Saturday, May 25, 2013

My extra G.

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak jenguk blog ini. Sumpah tak ingat sebab tak ada yang menarik dalam ni, tapi seorang sahabat dah tegur kenapa blog senyap je. Mungkin dia selalu buka link blog ini harapkan ada cerita tapi hampa..(hampa ke weh.??!!!) hahaha..perasan plok ambo nih. Bukan senyap sebab tak ada cerita tapi tuan dia sangat malas nak menaip.

Ok quick update.

Sekarang dah pindah (again) ke Terengganu. Tempat kerja baru, kawan- kawan baru, rumah baru, dan azam baru. (ecehh!) Terengganu again. Sebenarnya pernah membesar di sini 11 tahun sebelum pindah hometown Kelantan. Secara purata nya zaman kanak2 adalah di Terengganu sebelum zaman remaja which is start darjah 6 di Kelantan. Jadi accent Terengganu ada lagi la weh. Berat nanang!!

Terengganu yang best adalah pantai nya. CANTIK dengan capslock! Kat semua tempat ada pantai. Dan sangat dekat. Seperti kalau terasa malas dan down dan rasa nak dekat jiwa2 kacau tu terus tekan minyak dan turunkan handbreak ke Pantai!!!! dari Pantai Chendor ke Pantai MokNik ke Pantai Kemasik ke Pantai Dungun (lupa nama..) ke Kelulut ke Batu Buruk ke mana2 ada PANTAI weh! Macam setiap tempat yang ada di ganu ni msti dekat dengan pantai. Dan subhanallah the view is very2 peaceful.

Selain pantai, Terengganu yang best adalah loghat nya. tambah saja G. macanG kalu kite nok makanG ork,kite gi ar masok nunG.kanG lapor perot plok. 

so im so in love with Terengganu!!




Thursday, June 14, 2012

Bola ke hape tidur tetap diutamakan

Euro 2012 ni buat aku teringat memori tengok Euro 2008 kat hotel somewhere in Jerteh. Plan nak tengok final sama2 jadi budak bilik sebelah akan menyusup bilik kami yang jadi port  pukul 3 pagi sebab konon2 tak boleh setinggan lah. Jadi sebab nak feel seludup2 sama macam zaman asrama dulu gigih budak bilik sebelah bangun pagi2 bawak bantal ketuk2 bilik kami then masuk bilik hanya untuk menyelit dalam selimut tidur berjemaah sampai subuh.

Tengok berita je result malam tu. Ceh.

Saturday, June 9, 2012

2 cents.

Assalamualaikum wbt

Mari letak point sahaja sebab kalau nak buat karangan macam nak kena fikir tatabahasa dan penanda wacana yang betul pula.

1. Kalau perasan lah, Malaysia ni macam dah tak selamat kan. Ada je kes culik, rompak, bunuh, ragut, rogol dan etc (mari gelarkan mereka 6jahanam). Latest yang Chinese girl kena culik di Curve dan cerita macamana dia struggle nak lepaskan diri. Dan imagine kalau diri sendiri kat tempat dia dan rasa..sangat bertuah kalau being crazy on the right time. Tapi kalau tak?..~ok tak nak imagine dah~

Dan dari perspektif 6jahanam ni. Sebab apa jadi sangat berani nak buat jahat depan  orang ramai, open place bukan lagi di tempat2 ladang kelapa sawit dan ladang tebu? kenapa? kenapa? bakpo??~emosi dimasukkan disini~

Sebab THE LAW! Macam kalau ditangkap boleh dijamin. Kena penjara, boleh dibayar denda..upah peguam terhebat. So what? Money boleh dicari maaa.......TAK TAKUT!!

Memang lah ladies, kids even men kena berwaspada keluar rumah, tapi kalau si 6jahanam ni berani, dalam rumah pun boleh jadi maaa..so soal disini adalah KEBERANIAN 6jahanam tersebut. Bila fikir hari2 baca berita macam ni, mungkin..mungkin sesuatu perlu dibuat dengan sistem perundangan kita. Something has to be polished.and it is THE LAW.noktah

2. Belia harapan negara. Pernah dengar tak slogan hikmah ni. Jadi kalau dah ada slogan ni boleh faham la kan belia hari ini lah yang akan pegang dan rule negara Malaysia tercintak nanti. Siapa mereka dan bagaimana mereka dibentuk, mereka itu lah orang yang akan rule the country nanti. Lepas faham boleh pandang sekeliling dan pandang belia Malaysia hari ini.

Apa jadi dengan himpunan jutaan belia? Macamana pasal artis dan pergaulan bebas. Macaman boleh tunjuk pemimpin live pakai rantai dan macam tu boleh ke? Macamana artis kpop menjolok mata. Macam tu boleh ke? Macamana pagi2 buka tv tunjuk akak2 menari2 aerobik yang sungguh menggoda tu di Himpunan Jutaan Belia. Macam tu ke nak membentuk. Macam mana pengisian rohani tidak di highligt kan?

Macamana nak membentuk belia yang takut kan dosa kalau guna acuan macam ni wahai pemimpin?

Ini bukan shallow mind tapi hiburan dan maksiat sudah banyak. Bila nak kurang kan? Boleh tak difikirkan caranya wahai pemimpin.

The Reflection. Bad or good.
Kadang2 takut dengan hari ini, bila hari ini dosa dianggap benda remeh.

Hari2 senak otak bila baca paper. Risau.





Saturday, May 19, 2012

Red is always Warrior.

Assalamualaikum

Yeh semua orang! Malam ni tengok bola ye..Dan sokong la Red Warriors!

A few updates for this 2 months on 'why my blog is sooo not updated!'

1. Saya stress! stress kerja..stress kerja dan stress kerja! Saya bagaikan kijang yang tersepit diantara 2 gajahs.Saya bagaikan kijang yang hidup segan mati tak mahu. Tapi this month gajah satu sudah mengalah. Jadi saya berjaya melangkah seiring dengan gajah.  Sebab tu sudah boleh tulis blog.

2. One day saya nak tulis blog tapi bila masuk blog tetiba layout untuk compose post sudah berubah. Saya macam eh eh..ni kena adakan minggu orientasi dengan design baru.So it took 2 months!

3. Oh ye..i have great weekend last month with my besties. Bila nak update tapi macam nak update entry bergambar ala ala wordless wednesday tapi tetiba pendrive tak ada dan gambar dekat member kat Bangi jadi macam eh malas la pergi amik eh tak yah update lah. Eh memang malas lah!

4. Jiwa kacau!

5. Jiwa kacau lagi sebab bila gajah satu sudah boleh mengalah dengan gajah dua tetiba gajah satu pergi block facebook dan youtube. Dan macam what the heel...baik aku pergi update blog! So taaadaaaa!!Here is new entry!


Jersi ni tak cantik kan? Ada ke nama penaja lagi besar dari nama Kelantan tu sendiri. Tahu la ditaja tapi boleh tak kasi lagi cantik sikit. Belakang jersi lagi lah tak cantik!

Sekian.

Friday, March 23, 2012

Warna warni


Assalamualaikum everyone. Peace no war ok!

Sempena bulan ketiga tahun 2012 ini saya mahu anda semua makin bersemangat menempuh onak duri halangan dan juga ketidakpuasan jiwa kacau dan sebagainya. Sebab apa? sebab hidup ni ada warna warni. Tu pun nak cakap ke..

Mari kita sentap dengan berita ni.~~lari rumah ikot jantan dan buat drama macam diculik~~ itulah pasal suka tengok drama tanpa bimbingan. Budak2 macam ni kalau jumpa je terus lempang dua das, pasal dia tak kesian adik-adik dia yang trauma sebab tengok kakak diculik depan mata. Adoyaiii panjang akal pula budak ni buat drama..kalau lah kau panjang akal masa jawab esei PMR nanti ado jugak moleknya..

Sekarang ni musim bebudak perempuan gatal geletik ikot jantan ke hape hah? macam trend pulak. Bebudak sekarang tak sensitif ke perasaan reader newsfeed yang pergi kerja muka stress sebab fikir dunia sekarang makin bahaya dengan penculik sedang berleluasa padahal engkau yang merela hati buat drama. oooiii dik!!stress tau tak. Mahu jugak lempang tiga das kang..

Apa pun dik akak harap kes ni jadi turning point untuk awak jadi lagi matang. Apa kebenda nak hadap sangat jantan yang bukan suami kita tu dik. Banyak benda lagi dalam hidup selain couple dik oiii..keluarga ni jahat mana pun mereka tetap darah daging sendiri, ada apa dengan orang luar tu. Akak ni penah amik PMR, akak tahu la stress macamana..jangan buat drama sudah ler. Peace!

Wednesday, February 15, 2012

Make my day

Kadang2 hari saya macam gloomy. it is like when you woke up from sleep and something popped out in your head "lor dah pagi ke?nak gi kerja ke tak? kalau tak, nak bagi alasan apa..eh tak leh makan gaji buta.tak berkat..." and the popping thought always happen everyday!

jadi saya melangkah juga ke clinic. but if my patient was acting good like today he said "hey you look like a chinese.."

i macam dalam hati "yes!!!!"

dibibir pula cakap "of course la my grandma is a chinese."~~tetiba~ and it happened spontaneously.

and all the day i kept smiling in front the lappy.

lor..really make my day!~terus minum air kosong banyak2.psiko.

Friday, February 10, 2012

Kerana seringgit

Psiko betul bila ada seringgit dalam purse.

sebabkan seringgit ni, cafe2 terdekat tidak lagi kulewati.

Thanks seringgit.

i owe u 2 ringgit!