Thursday, November 12, 2009

lets forgive and forget..

bismillah..

maafkan dan lupakan?..

betul ke boleh maafkan dan juga lupakan..?

seperti sebatang paku bila diketuk pada sebatang tiang..takkan hilang kesannya jika dicabut..



juga seperti dosa..

memang boleh diampunkan tapi kesan dosa itu masih ada..

tak senang untuk memulihkan apa yang berlaku walau seribu kemaafan telah diterima..

mungkin senang mengatakan maaf tapi hati yang sakit mungkin takkan terubat seperti dulu..

bayangkan kata- kata yang menghiris hati seseorang?

bayangkan perbuatan yang mencalar emosi mereka?

bayangkan gurauan yang mungkin buat mereka terasa?

oh...saya minta maaf!!dan saya maafkan tapi saya masih ingat itu semua..

saya masih ingat sakit nya..

mungkin itu rapuhnya hati manusia..

mudah terguris..mudah dipatahkan..mudah tersentuh..

itulah kelemahan manusia..


hati2 dengan kesalahan dan kesilapan kerna mereka boleh dimaafkan tapi mereka takkan dilupakan..

ya Allah

credit to google image

Friday, November 6, 2009

mekah

bismillah..

bila pagi tadi pak sedara aku call nak bagitahu dia dah nak pergi mekah,tetiba aku rasa sayu.

perasan tak orang bila nak pergi mekah,dia akan minta maaf,call saudara mara minta maaf dan masa tu saudara mara dia akan rasa sayu sebab bakal haji ini nak pergi mekah..

dulu aku tak faham..

aku tak faham kenapa bila pergi nak buat haji jea mesti nak macam tu.minta2 maaf, balik kampung sebab nak jumpa saudara mara sebelum pergi mekah,lepas tu saudara mara akan rasa sedih dan sayu..kenapa?buatla macam biasa,macam nak pergi outstation ke?pergi je la.tak payah nak call2,nak minta2 maaf..kalau kat kampung aku,ma aku mesti nak pergi jumpa bakal2 haji dan hajah ni.nak minta maaf sebelum mereka pergi.riuh satu kampung "orang ni nak pergi mekah" "orang tu nak pergi mekah"..

adoyai,jahil sebenarnya aku ni..

lepas tu baru aku tahu..

dulu masa orang nak pergi mekah tunaikan haji,diorang macam pergi yang takkan kembali.naik kapal 6 bulan pergi 6 bulan balik.macam pergi berjuang.kalau meninggal memang akan ditanam dalam laut tu...sebab tu sebelum diorang pergi mereka akan bermaaf2 maafan macam diorang takkan balik lagi..

dan sekarang adat tu diteruskan..

mereka juga pergi berjuang..menunaikan ibadah..bayangkan kena bersesak2 dengan berjuta orang disana.walaupun sekrang dah tak naik kapal lagi.tapi..macam2 boleh terjadi..demi mendapatkan haji yang mabrur

ma aku kata..orang yang pergi haji ni takkan rasa penat,takkan rasa letih walaupun dengan cuaca panas,bersesak2..kerana Allah.diorang akan rasa tenang..diorang akan fikir untuk beribadah jea..

kalau jumpa dengan bakal2 haji ni,muka diorang ceria jea..senyum2,tenang..mereka dah dapat seru itu.,mereka akan pergi ke Rumah Allah.ya Allah..

dan hari ini..tetiba aku rasa sayu.sayu bila fikir macaman kalau aku tak dapat jumpa pak sedara aku lagi?

semoga diselamatkan perjalanan mereka ya Allah..

Sunday, November 1, 2009

jangan talk banyak2..

bismillah..

mari kita mulakan dengan kehebatan pasukan bola kelantan yang berjaya mara ke final piala Malaysia..hohooo.sila bangga.tapi tak boleh berlebih2..pastikan kita menang piala itu baru boleh bermegah2 dengan hidung bergebah2..uwuwuu.gomo kelate gomo..kito pakat rohok set nogori tu.!!!

7hb nov.kelantan vs n9.

disini dilema aku muncul.aku dah fanatik dengan bola kelantan.walaupun,aku suka si zaquan adha tu.dulu aku suka abang kembar dia.tapi disebabkan dia dah jadi bapak orang,maka aku beralih pada si adik..walaupun ada desas desus dia bercintun dengan sorang awek neh.namuuuuunnnn..aku tetap memuja dia.namuuunnn juga aku takkan pertaruhkan sokongan aku pada kelantan dengan menyokong zaquan adha.tapi bila bola berada dikaki zaquan maka aku akan bersorak "wohhh hebat gewe aku neh.cepat2 weh sumbat gol..sumbat gol laluh weh.sat dok bazir maso la"..dengan alpa sebentar siapa sebenar aku sokong.tapi bila bola dikaki orang nogori selain zaquan maka aku tetap menyokong kelantan.jadi disini..sokongan aku tetap pada kelantan melainkan bola ada dikaki zaquan adha..harap maklum


notakaki:mungkin aku masih dalam minggu "study week" yang bila minggu "study week" aku teramat la sangat malas tahap apa kebenda pun aku tak tahu..

natokaki 2:..
laailahaillah anta subhanaka inni kuntu minazzoolimi..

--"tiada tuhan yang lain selain Engkau, maha suci Engkau, sungguh aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri"..

-sungguh aku sedang gelisah atas sesuatu.maka bacalah doa ini semasa sedang kegelisahan..

Sunday, October 25, 2009

kan?

bismillah..

sungguh aku sangat jarang sangat tidak menyukai sesorang. aku selalu ingat kalau kita tak suka seseorang maka akan ada orang lain tak suka kita.iya aku ingat itu.sebab itu aku selalu bertolak ansur dalam semua perkara.mengiyakan apa yang terjadi demi tidak mahu menyebabkan seseorang tidak menyukai aku. aku cuba fikir positip pasal semua benda sebab aku tak mahu salah anggap dan menyebabkan aku tak suka seseorang. dan itu la aku..aku ada prinsip yang aku tak suka minta maaf pada orang dan sebab tu aku cuba tak buat kesilapan.aku tak suka ada perasaan tidak sukakan seseorang.

tapi kan..aku juga manusia biasa.ada hati juga perasaan.dan aku tak suka diperkotak-katikkan (ceh ayat!!)bila aku dah lama bertolak ansur.aku dah rasa letih.aku rasa semua benda yang aku buat tak sedarkan seseorang pasal motif aku yang tak suka diperlakukan macam tu.sungguh aku paling tak suka bila aku dah azam untuk jadi jahat pada seseorang!!aku tak suka perasaan ini.

bukan aku tak cuba bertolak ansur weh.aku dah try..aku try pendam perasaan yang aku tak suka dia.aku try senyum setiap kali dia buat aku marah.aku try jernihkan hati aku dengan berbaik2 dengan dia walaupun dia tengah sakitkan aku.aku try..bukan aku tak try ok!!!

tapi aku dah rasa penat.sangat letih.sangat rasa usaha ini sia2..tapi demi ingatkan selama ini aku dah cuba..apakata aku teruskan lagi usaha aku demi aku tak mahu kami bermusuh.senang ok mencari musuh tapi bukan tak bagi aku yang tak mahu seorang kawan selama ni bertukar jadi musuh pada diri sendiri.tak mahu ada perasaan benci itu..tak mahu!!!!

tapi aku dah rasa penat juga letih dan jemu dan tidak bermaya lagi.tengok dia tak menghormati aku sebagai seorang kawan..dan aku juga letih mencuba.aku dah tak tahan.dan kali ni kamu tengok lah sikap yang selama ni aku tak mahu tunjuk.aku akan tunjuk macamana aku layan seseorang yang aku tak suka...dan kamu akan tahu betapa jahatnya aku bila aku ambil keputusan untuk menjadi jahat..ok!!!!

i got to be strong..just keep pushing on.!!!-

Wednesday, October 21, 2009

sekian..

bismillah..

kadang2 apa yang berlaku dalam hidup kita buat kita rasa berat dan tak termampu nak ditanggung,sampaikan airmata ini mengalir dan juga kadang2 rasa Allah itu tak adil. iya saya pernah rasa begitu. saya juga rasa tak larat nak teruskan hidup.saya rasa tiada sesiapa lagi saya nak percaya.benar dugaan itu sungguh hebat sehingga kan saya rasa sungguh lemah.saya hanya mampu melihat sebab saya rasa tak kuat untuk menghadapinya.kadang2 dugaan itu umpama sebiji bom yang tiba2 meletup di saat kita rasa tiada sesiapa mampu mengambil kebahagiaan itu.sungguh ia sangat tiba2 terjadi..dan sungguh saya rasa tak kuat waktu itu dan saya cuma mampu menangis..

namun,seketika saya berfikir,ini adalah dugaan untuk saya.sungguh ia adalah sangat kadang2 berbanding dengan masa kebahagian saya.sungguh ia sangat sedikit berbanding dengan waktu yang pernah buat saya gembira. tetiba saya rasa Allah itu sangat adil.sungguh Dia mencipta duka untuk saya ketemukan apa yang lebih baik untuk saya dalam hidup ini. waktu saya tak kuat..bila saya dah tak percayakan sesiapa..sungguh Dia selalu ada untuk saya.hanya Dia yang maha mendengar segala rintihan hati dan kesedihan saya. sungguh Dia maha adil bila Dia ada saat saya memerlukan seseorang untuk saya mengadu. bila saya rasa sangat letih saya hanya perlu mengadu pada Dia agar berikan saya kekuatan,sungguh bila saya rasa sangat lemah saya hanya perlu memohon padaNya agar anugerahkan saya ketabahan untuk saya teruskan hidup.benar setiap sesuatu dugaan ada hikmahnya..samada saya nampak atau tidak, hikmah itu ada disitu.kalaupun saya sekarang tidak pernah mengalami dugaan itu mungkin saya tidak sekuat sekarang untuk terus dekat denganNya..,

dan sekarang.saya rasa lebih yakin untuk melngkah sebab saya tahu Dia sentiasa memerhatikah hamba2 Nya.sungguh saya tak takut kalau saya jatuh sebab saya tahu Dia akan berikan saya peluang untuk bangun lagi.sungguh pengalaman hidup dulu mengajar saya bahawa kepercayaan terhadap manusia sangat tak sama dengan kepercayaan terhadap Dia.sungguh saya akan terus letakkan kebergantungan saya terhadap Dia melebihi daripada kebergantungan saya terhadap hamba2 Nya.dan sekarang juga saya dah tak yakin untuk mengadu pada manusia kerana saya takut mereka membuka aib saya,saya takut mereka merendah2kan saya,saya takut mereka tak memahami saya dan kenapa saya harus bergantung pada mereka sedangkan saya sudah ada Dia?

subhanallahwalhamdulillahwalaailahaillallahwalallahhuakhbar..

*sungguh entry ini sangat serius sebab saya memang sedang serius.

Monday, October 12, 2009

sungguh

bismillah...

sungguh rasa tak ada mood bila tak jawab call adik sendiri.rasa sangat tak bermood bila libatkan soal keluarga.lagi2 disebabkan kecuaian sendiri..

ok lain kali kalau dah tukar ringtone sila alert pada ringtone itu dan jangan bertanya kepada seseorang semasa dikedai makan yang mempunyai ramai pelanggan..

A:eh bunyi apa tu?cam best....

B: orang belakang ko la...

A:ooooo..(muka menghayati bunyi cambest dan agak2 cam pernah dengar)

1jam kemudian....

A:giler banyak miskol..................gilakkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!

Monday, October 5, 2009

hari ini

bismillah..

jarang aku pos entry yang berkaitan dengan tarikh entry ditulis.biasanya dah basi..

hari ini sangat tak suka bila waktu dihabiskan dengan menunggu.entahlah..paling tak suka jika menunggu.macam menunggu nak masuk bilik mandi,menunggu bila nak start cerita "gadis melayu musim-2",menunggu bas datang dan juga menunggu bila nak cuti panjang bersama adik2 berada dirumah...dan hari ini menunggu seorang lecturer untuk memberi lecture.saya sangat tak suka menunggu....hohuhaa!

dan juga minta2 orang yang mengetuk2 bilik sebelah tak dengar saya melaung dengan kuat "masokkkkkkkkkkkkkkkk!!" dengan menyangka pintu sendiri diketuk..ulps.....sepatutnya bilik aku diasingkan jauh daripada kelibat orang untuk mengelakkan termalu sendiri..malu okes!

dan juga hari ini berjaya memujuk seseorang untuk melakukan sesuatu.mudah2han ALLAH permudahkan urusan kami..

dan juga dapat mengambil pengajaran jangan mengangguk2 atau berkata "hon hon hon"atau bahasa patriotik "iya iya iya" bila kamu agak2 dengar atau tidak apa yang seseorang itu berkata..jika tidak mahu bil makanan naik angkara anda tersilap "hon" pada sesuatu yang anda agak..contoh:

A: saya mahu set 1 dan 2 iye?

B:makan sini?

A:hon

B: itu sahaja?

A:honn

B:yang large?

A:(mula konfius antara dengar atau tidak)honnn..(tetapi muka tetap yakin telah mendengar)

B:2 skup aiskrem?

A:(juga tengah konfius)honnnn

B:okkkkk.ini harga mereka semua...

A:aaaaaaaaaaaa?


lirik hari ini...

...can't you see that you're smothering me
holding too tightly
afraid to lose control
cause everything that you thought I would be
has fallen apart right in front of you

-----numb (linkinpark)

Monday, September 28, 2009

kahwin...

bismillah..

agak skema bila menaip ayat KAHWIN padahal aku selalu sebut kawen.tetiba rasa skema padahal tak ada sebab pun. kenapa ayat ini sangat blur.macam kosong..adakah aku masih homesick pada rumahku dan adik2 ku dan katil dirumah..

masa raya ke-6 lepas..ala hari ni raya ke-10.tak lama dahulu...ayah sepupu aku kawen(bukan ayah kepada sepupu).sebenarnya dah kawen tapi ada kenduri sambut menantu.macam tua jea pangkat dia tapi kami masa kecil2 dulu..hahahaaa kecil.sering ber"geng".dia baru 26 ala aku baru 21.kira beza umur tak la banyak.kami dulu kamceng ar kira.gelak2 sekali, mandi kat jeram pasu sekali, kira macam teman masa kecil dulu.aiseh!!!kami disini bermaksud KAMI sepupu sepapat. sekarang ni dia dah jadi cikgu wife dia guru.
tak sangka dia dah kawen sebab rasa baru jea kami kecil.sungguh masa ni terlalu cepat berlalu.tahu2 dia dah kawen tak lama lagu tahu2 jea ada orang masuk pinang aku,,hakhakhak....sungguh cepat weh.macam baru jea aku bersama penduduk kampung dan juga 1 malaysia meraikan satu syawal.iya...macam tu la rasa sekejap jea masa berlalu.!!
dulu kami pernah melalui pengalaman garang arwah abah aku.kami pernah dibuang ke kaki bukit sebab buat bising waktu tengah malam masa aku tinggal kat taman di terengganu. masa itu terlalu happy weh..dengan semua kanak- kanak riang berkumpul.dan kami mulakan aksi2 ganaz dalam bilik.masa tu pakai katil double decker. adik aku aziz buat aksi superman dengan sangkut baju atas leher.ala2 terbang dari katil atas ke katil bawah,lepas tu abang lie (the groom) buat aksi hantu menakut2kan kami yang masih naif ini.sangat2 bising dengan ketawa riam dan suara berteriak suruh buka lampu.hohh...masa itu abah aku tak balik rumah lagi.maka kami teruskan aksi2 riam kami...
sekali abah balik..hahahahha.dia ajak kami keluar.kami yang suka makan dengan harapan abah bawa pergi makan setelah penat ber'galok'.sumbat2 dalam kereta sebab kami ramai. sekali abah pusing masuk dekat area bukit dan berhenti disitu.dan kami semua disuruh keluar.waaaa.....bayangkan masa tu pada pukul 1 setengah pagi kami ditinggalkan depan area berbukit dengan tiada neon dan kedengaran anjing2 liar bersahut2 sahutan...abah pun pergi tanpa menoleh.
kami yang masih kecil dengan aku darjah 3,abang aku darjah 5,aziz si hero baru 6 tahun,dan adik2 abang lie yang sebaya dengan aku dan aziz dan juga adik aku yang baru 4 tahun turut kena tinggal.abang lie yang paling dewasa.malas nak kira umur beliau masa tu..beliau berlagak matang dengan berkata kami semua akan berjalan pulang ke kampung di kelantan malam itu juga .(sebab abang lie dan adik2 dia tinggal kat kelantan)..kami yang masih naif yang tak dapat menganggar jauh nya kuala terengganu dan kelantan apabila pulang dengan berjalan kaki menurut arahan beliau.maka kami berpimpim tangan bergerak menuju ke arah jalan raya yang berneon.ya...untuk mencari sedikit sinar dalam kegelapan di kaki bukit.
penat berjalan..tetiba datang satu kereta laju kearah kami dengan tak pasang lampu.wohh.gila takut teringat aksi2 penculikan dramatis dalam filem..dan kami semua bertempiaran lari.bila dah dekat tetiba kereta tu nyalakan lampu tinggi (((wooooooooohhh silau weh)))))tetiba berhenti dengan mendadak dan senyap disitu.kami pun berhenti lari2 dan jalan slow2 pergi dekat kereta tu.sungguh tak nampak kereta jenis apa bila dalam keadaan gelap dan tak perasan itu kereta abah...kalau tak, kami tak lari lintang pukang macam nampak hantu dalam kain semayang weh dan takkan buat abah gelak2kan kami dari dalam kereta.sungguh takkan!!!
masuk dalam kereta abah suruh cakap sesorang berjanji tak buat bising waktu malam..sebab jiran2 nak tidur.!!!ok jiran2 dalam kawasan perumahan nak tidur!!!dan aku lebih suka rumah aku sekarang yang bukan dalam kawasan taman perumahan sebab jiran2 yang nak tidur jauh dari sebelah rumahku dan boleh buat bising tanpa kena buang di kaki bukit!

*bebudak yang tak terlibat dalam siri kena tinggal di kaki bukit..

*juga tidak terlibat

*krew dibahagian dapur terbuka

*sebelum*selepas

okeslaaa..penat meng'update' berita kawen ini.
semoga kekal abadi sejahtera buat abg lie dan kak ayu


credit to:http://www.curiousonion.com/wp-content/uploads/2009/02/sh11.jpg
*tak faham kenapa tak boleh buat spacing untuk paragraph

Thursday, September 17, 2009

memang tak tahu

bismillah..

muka sangat ceri ceria melihat sebentuk kad raya tersangkut dimeja. itu kad raya awal dan terakhir mungkin untuk tahun ini. daripada azrin ye.dia sangat rajin menulis kad raya daripada saya yang hanya rajin membuat homework sahaja disaat2 akhir dan memang tak terfikir berbagai2 kad raya ini.syukur! sekarang sudah zaman it semua pakai sms dan ecard sahaja. mudah kan. duit sungguh jimat..bukan langsung tak guna duit tapi sangat jimat. silakan amalkan teknologi sekarang.

tajuk post adalah MEMANG TAK TAHU!

tadi seseorang ingin balik awal raya untuk jumpa seseorang yang dia sayangi.seseorang itu pulang awal.iye memang sangat seronok pulang awal untuk tidur dirumah lagi2 bila tidur dimalam raya.seronok!okeh seseorang yang ingin ditemuinya sedang sakit. dia fikir sempat untuk balik tengok.balik pagi dan sampai ketempat tujuan petang. memang dia sempat tengok seseorang itu tapi dalam keadaan seseorang itu sedang tak sedar.nazak..tapi alhamdulillah dia sempat tengok seseorang itu disaat2 akhir hayat dia. sangat bersyukur daripada kamu meninggalkan dia untuk tempoh seminggu tanpa menjenguk dan kamu dapat berita kehilangannnya..sungguh seronok bila dapat jadik macam seseorang.semacam seseorang itu sedang menunggu untuk seseorang melihatnya.sangat bersyukur daripada kamu mengetahui selepas kehilangannyaa bahawa dia teringin untuk bertemu dengan kamu dan kamu tak sempat menemuinya.sangat seronok menjadi seperti seseorang...

dan kamu memang tak tahu bila dia akan meninggalkan kamu kan.?

kalau kamu tahu mesti kamu sedang seronok seperti seseorang...

bila sesuatu yang dah berlaku terjadi..kamu hanya perlu menerima dengan redha.

dan jangan ulangi..

sebab kamu tak tahu apa yang akan terjadi masa hadapan...

p/s:tak pernah dapat ecard..nak2

Monday, September 14, 2009

masa berjalan hayunan tangan mesti fokus..

bismillah..

mendung hari ini.perasan masa 10 terakhir ramadhan ini hari2 makin mendung. molek sangat tuh. jadi tak dahaga sangat juga sangat laju untuk membuat kerja. perasan juga lagi 3 hari nak balik raya. juga perasan kerja untuk disiapkan sebelum cuti juga banyak.tapi disebabkan hari mendung yang membantu,semangat membuat kerja2 dengan tekun semakin tinggi!

ayat melayu aku dah semakin tunggang langgang. disebabkan aku terlalu fluent berbahasa kelate jadi untuk berbahasa patriotik makin pudar. tapi tapi..aku ingatkan diriku jati kelantan sejati tapi tapi masih kalah pada seseorang yang pertuturan kelantannya membuatkan diriku konfius atau terkeliru. aiseh..!!sangat keliru adakah bermaksud "tok mudoh"=susah. tapi tapi tapi dia bermaksud "tok mudoh"=senang.eh eh eh ehhhhh????WATTEHEK!

fikir

fikirrrrrrr


fikirrrrrrrrrrr

iya aku berdebat dengan dia. !berdebat!...

mengikut kefahaman patriotik aku sangat kontra ok.tok mudah=tak mudah=susah.

tapi tapi (nada tak puas hati) dia: tok mudoh=tak mudah=senang.

bukan ke MUDAH itu SENANG dan TAK yang berada didepan itu menafikan keSENANGan dan kata lain bagi TAK MUDAH itu= SUSAH!!!!!!

TOLONG FAHAM KENAPA AKU MASIH KELIRU DENGAN BAHASA PATRIOTIK DAN KELATE YANG SANGAT KONTRA INI!!

Wednesday, September 9, 2009

rindu..

bismillah..

betul tak lagu boleh mempengaruhii mood seseorang yang-sedang-kesepian.??atau mood seseorang yang-kesepian mempengaruhii bentuk lagu yang didengar??

betul.aku sedang rindukan seseorang.bila rindukan seseorang yang tak mungkin kamu jumpa lagi..apa yang patut dan perlu dilakukan?dan aku suka tidur supaya boleh jumpa dia..dan lagu sekarang buatkan aku betul2 teringat pasal dia.

so..betulkah lagu ini sedang mengingatkan aku tentang dia atau aku sedang teringatkan dia lalu memutarkan lagu ini.?

if i love you a little more than i should?
-please forgive me!

plan

bismillah

baru dok godek2 tenet cari jurnal untuk etika assignment.banyak untuk aku yang sangat malas ini. sungguh banyak bagi aku. aku sentiasa rasa banyak untuk buat assignment. tapi cukup sikit kalau disuruh makan. saya suka makan. kenapa makan itu sangat indah waktu puasa ini?teringat air tembikai tadi.dan kfc malam tadi.dan juga martabak sahur tadi..uhuu.rindu murtabak pisang belakang sekolah dekat pantai timur dulu.

untuk tajuk.ini bukan entry kosong. baru aku perasan. diri aku sentiasa ada plan. kira macam hidup yang teratur la. sebelum tidur selalu je ada dalam kepala "esok basuh kain,pergi klinik,tidur petang 2jam sahaja..wajib 2jam sahaja atikah.!!pergi approve jurnal.kalau lapar sangat pergi bazar,kalau sedang2 sahaja pergi surau..emmm..oho report klinik mesti siap.lagi baca buku aka study.bangun awal.kena set masa dalam hati...lagi2,review jurnal untuk group assignment ethic dan RM.lagi...tidur mesti lambat dan bermakna!!"

andai esok terbangun lambat. bila dah lambat aku hilang mood untuk melakukan plan tadi. macam dah hilang semangat sebab dah terambil waktu basuh kain. kalau tak basuh kain akan tak ada mood untuk pergi klinik.bila macam tu jadi dah tak bermaya masa tengok patient. bila tak focus macam tak reti nak karang report. bila dah fikir pasal klinik akan tak ingat nak pergi approve jurnal.bila duk fikir timing ssesuai untuk pergi approve esok pula dah tak ingat nak review jurnal group assignment..uhuuuu.bila rasa sedikit stress mula pandang katil dan fikir tidur sekejap..opsss..bila bangun dah terlebih 2jam.bila dah lebih rasa nak makan banyak masa berbuka.bila pegi bazar banyak pula membeli..

p/s:kita hanya merancang.siapa yang menentukan? hanya ALLAH

notakakakiku: harap aku bangun awal.

kill 2 birds with one stone..no no better shoot million jewish with one bullet. -DOA

Wednesday, September 2, 2009

tolong jangan

bismillah

tolong jangan buat aku tak suka

tolong jangan ulang lagi

tolong jangan buat aku judge personaliti kamu

tolong jangan buat aku tak percaya kamu lagi

tolong jangan buat aku tak suka seluruh kerabat kamu

tolong jangan buat aku jadi jahat lagi

tolong jangan buat aku semakin serabut

tolong jangan buat aku post entry yang berbentuk begini

tolong jangan teruskan lagi

tolong jangan

sebab aku boleh jadi terlalu kejam...

sila teruskan untuk melihat kejahatan peribadi aku.

kerna hanya jarang2 kamu dapat melihatnya.

dan aku hanya tunjukkan ia pada kamu

dan akan pastikan kamu mengingatinya selamanya dan menghantui dalam mimpi2 kamu itu.

sebab aku boleh jadi begitu

tolong jangan

cis....sungguh aku tak suka jadi begini..

please "somebody call 911".-sean kingston!!

Saturday, August 29, 2009

dush!!

bismillah..

kawan aku si Nadiah itu sangat la pandai men'spy'2 orang. aku kagum dengan bakat semulajadi dia..sangat kagum!disamping bakat ketua kelas, bakat menjadi detective conan juga okkk.hehheee..anyway,(clap2 to you) orang first.kena bagi hour reward dalam clinic nanti.hahahhaa.
sekarang ini tengah nak siapkan assignment. ada dua okkk..ala dua jea.nak hantar lagi satu hari.banyak masa lagi dan boleh type post lagi. rileks la tomoko. okkk..minda kena sentiasa positip!
minggu lepas kena halau keluar oleh supervisor sebab demam dan selsema.sebenarnya tak demam lagi dan tengah selsema aja. bukan halau sebenarnya tapi diberi mc tanpa hour.macam mc tanpa gaji ok. itu yang aku tak boleh terima. apa perasaan bila dah pakai cantik2,pakai kasut dengan heel (seciput heel) pakai tudung silang2 kebahu, pakai kad matrik.agak malas kalau hendak dibuat hari biasa. tapi alih2 aku disuruh balik rehat.tapi aku tak demam.tapi aku kena balik.tapi aku nak hour.tolong aku nak hour. saya amat gilakan hour tolong saya!namun kaki juga sentiasa redha untuk balik.balik bilik okkk..tapi aku sentiasa positip.mungkin malam ini saya demam.ops..mungkin petang nanti saya demam..positip2!!yessssssser.......aku demam akhirnya.dan hilang perasaan gilakan hour itu.dan aku terlebih demam sampai dua hari tercirit birit.tapi aku suka sebab orang kata boleh kurus.sem ini aku amat gilakan hour dan kurus.harap maklum.dan minda positip aku sentiasa berfungsi..
satu quote yang best dalam cerita the connfession of shopaholic
"nothing defines me except you and your mother"-mr bloomwoods
sangat terharu ok bila ayah dia cakap macam tu.rasa sebak. siapa tak tengok sila tengok.ambil yang jernih2 dan putih2 aja.masa ini si shopaholic tengah down gileeer. bayangkan ditinggalkan kekasih (kekasih dia macho okkk, sila tengok part ini), tak ada kerja..bestfriend pula misunderstood (bestfriend sangat supportive dulu tetiba boleh turn over macam itu).siapa lagi..haaa,dah tak dapat kerja yang diidam2kan.hutang disekeliling pinggang serta rambut juga.sangat down kalau aku tuh.tetiba mr n mrs bloomwoods datang, bagi support. sedangkan sebelum ini si shopaholic selalu je macam layan ala kadar je diorang. see..walau sejauh mana kita pergi sehebat mana kerjaya kita secomel mana rupa kita seriang mana kita apatah lagi vice versa keadaan kita... diorang ada disitu untuk kita.hebat tak?wiwiwiwiiiwi..tetiba emo.!miss him....ayah dia sanggup nak jualkan yang macam van besar yang dalam tu ada rumah yang ayah dia simpan duit selama sepanjang hayat kerja untuk beli dan sangat baru dan besar semata2 untuk langsaikan hutang si anak.fuhhh...bayangkan!!!!okkk..nanges gak tengok.ada point disitu.dan kalau kita masih tak boleh melihatnya..mungkin masih tak terasa lagi sebab kita masih mempunyai nya.cuba bila dah tak ada...mungkin.!
okk..sekarang untuk focus.

Tuesday, August 11, 2009

ini tajuk

assalamuailaikum wbt.

"aku tak percaya cinta...."sekali keluar lagu si budak liyana ni masa nak tulis post ni.ooo...ini la lagu yang aku dengan adik2 aku selalu gelak.iye la siapa suruh jadi lagu tema untuk tv3 hari tu .memang selalu keluar tv dan lirik yang sama diulang2 beberapa kali..dan tiada rentak yang menarik..dan memang patut kena gelak..dan kebetulan kami peminat tv3..dan kami suka gelak2 dirumah..dan kami suka gelak lagu kamu..ok..mungkin ada sesiapa minat dia.maaf ye kamu.
ok..ini sedang serius..ini kawasan post yang serius.
tadi sedang melipat baju yang telah diangkat tengahari tadi. tetiba minda separuh sedar aku tetiba take over minda yang sedar.aku tak sedar eh kurang sedar yang aku telah melipat baju seperti ma. ala yang lipat seperti kemas dan nampak kolar baju masa susun baju dalam almari tu!kemas kan?
aku dulu selalu nak lain dari ma. kalau lipat baju nak juga buat stail lain.konon2 nampak lagi matang sebab tak ikut sangat stail mak.konon2 independent laa..huuu!lipat baju sengaja nak sembunyikan kolar baju.lipat sipi2..tapi macam nampak kemas bagi aku la.tapi ma selalu komen "apa budak ni lipat baju..kecik2..tak kemas"ok..lagi la aku suka sebab stail lain dari ma. aku pun menjawab"lawa la ni ma..macam ni la budak2 sekarang lipat baju"konon2 aku la budak alaf melenium @ milinium @ milenium.. (da confuse ejaan)..huu.macam bajet la independent.tapi sekali aku kagum dengan lipatan ma.memang kemas eh..emm.
sekarang aku tengah muhasabah diri.selalu je kita nak nampak lain dari orang.selalu je nak buat sesuatu yang konon2 akan mengagumkan orang lain.nampak macam hebat diluar.sanjungan dan pujian..tapi sebenarnya kita tak suka benda yang kita buat tu.buat semata2 untuk mengembirakan hati orang lain tapi sebenarnya hati kita rasa lain.rasa tertekan.rasa macam terpaksa. macam contoh:
"awe..ameklaa mek ni sebagai calon istri awe.budok ni baek we.."suara 1
"pok..sayo tok sey dio..sayo nok ngaji dulu pok"suara 2
"awe..tok molek bantoh kecek ore2 tuo" suara 1
suara 2 membangkang lagi..ada lagi 2,3 keping dialog.
"orait pok..sayo ikot kecek pok tuh"suara 2
"bagus2 anok kawe neh.dengar buoh ore tuo"suara 1
tapi hati suara 2 tak seceria.tapi dia nak membahagiakan orang tua nya. perlukah dia?
ok berbalik pada situasi aku tadi.lipat baju nak guna cara lain.sebab nak nampak lain dari ma.konon2 aku boleh cipta satu teknik lipat baju yang hebat..nampak hebat kan?kan?tapi sebenarnya hati aku tak suka.aku nak ikut cara ma.aku nak buat cara ma.aku kan anak ma.that is it..itu la point nya.
kadang2 kita terpaksa buat sesuatu yang nampak hebat.tapi sebenarnya kita dah ignore hati kita sendiri.kita tak suka tapi kenapa masih nak ikut..kita rasa terpaksa tapi terpaksa juga buat untuk memuaskan hati orang lain.mungkin cerita lipat kain aku nampak sipi je.tapi itu la titik permulaan pada setiap perkara yang kita buat.semua yang dilakukan ada agenda tersendiri.samada ia betul dari hati sendiri atau hanya...memang kita perlukan guideline dari orang yang lebih dulu makan lada.tapi hanya guideline..jangan terus ikut.kena ambil kira juga kata hati..sebab kalau hati rasa macam sedih kita seorang yang tanggung. orang lain hanya mampu tengok.dan masa ni rasa macam nak salahkan orang lain sebab kita dah buat cara mereka dan abaikan hati sendiri.sekurang2nya..kalau point dari hati dimasukkan sekali..kita akan tahu ia adalah keputusan sendiri dan tak dipengaruhi oleh cara orang lain.dan kita masih ada ALLAH untuk meminta petunjuk terus kedalam hati..biar DIA yang menunjukkan segalanya.andai hati rasa begitu sedih sebab keputusan dulu maka mintalah dengan DIA agar tenangkan hati supaya kita yakin setiap sesuatu yang terjadi semua dalah yang terbaik untuk kita.dan berhenti salahkan orang lain.tolong..!!
kekadang fikir terlalu lemah nak buat sesuatu..terasa malas.tapi itu la permulaan..
notakakiku:
1)tak sabar nak balik rumah walau diperintah suruh berkurung sepanjang cuti..ala..kata hati juga rasa nak balik..oleh itu jom balik!!!

Sunday, August 9, 2009

tika mata

bismillah

""Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya""

credit to::http://www.lirik.tv/showlyric/5/106038/Nasyid/UNIC-Atas-Nama-Cinta

ya Allah!!

Wednesday, August 5, 2009

mood

bismillah...



kalau ikut mood aku, nak saja aku baring atas tilam yang dikatakan empuk itu..dan bangun balik agak2 dalam 12 jam lagi. biarkan mata ini bengkak dan lingkaran bawah mata ini berubah kehitaman. so aku boleh lah jadikan ia alasan nak beli garnier yang fasha sandha duk promote tu.



ikut mood aku ini, nak saja aku balik rumah selepas 12 jam 'koma' tu. agak2 dalam seminggu baru datang balik selepas ditanya oleh ma aku "tak apa ke ponteng kelas sampai seminggu ni?".ok aku tak nak ma aku fikir aku malas pergi kelas. tapi hakikatnya macam itu la .



ikut mood aku ini nak saja lepas seminggu tu, aku pergi melancong dekat DIsneyland ke, Genting ke, pergi terjun gunung yang ada tali kat belakang badan kita tu. nak pergi naik jetski dekat mana2 pantai ke sambil jerit kuat2 "woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"



ikut mood aku ini nak saja aku pergi mana2 kebun durian lepas balik naik jetski tu, makan durian banyak2 lepas tu minum air yang diletak dalam kulit durian. bagi suhu badan cool balik.



ikut mood aku ini nak saja aku naik kereta dan drift dekat litar. buat stail fast and furious tu..mesti drift kat litar sebab masih takut nak drift jalan biasa..drift mesti dalam keadaan buka tingkap so boleh dengar orang luar kereta menjerit2 kekaguman.



lepas tu, baru fikir balik apa yang nak buat untuk mulakan balik apa yang ditinggalkan..sebab lepas itu akan serabut balik pemikiran ni.lepas tu mula nak fikir balik apa yang nak buat untuk release tension ni. lepas itu akan berakhir atas kerusi menghadap laptop dan cuba masukkan certificate untuk login internet USM ini.ok...i'm done!!!!!!

Thursday, July 30, 2009

frust then focus!!

rasa macam tak layak nak tulis. rasa macam nonsense je feeling ni.rasa macam wth..!!!
pergi2 jauh..sesungguhnya kasih ku pada yang maha Esa.mesti focus..okeh tomoko..stay focus!!!
focus

focuss

fooocussssssssss...

but then,still deep inside there..blazing,sharp,....it's hurt weh!!!adoyai...

sakit tak?

"Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2 Nya..."u got 2 believe then!

"setiap muslim itu bersaudara"...takkan lepas ikatan ini walau ia sakit.

"u deserve the better 1" -a friend...emmm.thanks!!!

"tomoko...i'm i love with tut utuutuututut"..hye,u hurt me but u never knew.!!

p/s:stay away..beware!!!

Monday, July 20, 2009

bismillah..

hare and mullen!tadi sepupu aku message dan tanya maksud hare and mullen..aku?ops..bunyi macam peribahasa, tapi awat pendek sangat?!!(please baca dengan nada iklan power root "kenapa banyak sangat?") tapi macam susah je meaning dia ni,kenapa aku tak pernah dengar pun. okeh, aku pun cari-cari dalam kamus tebal dan free aku tuh..then jumpalah ia. rupanya arnab dan kerang!!cheescake tol!

song of this week: rythm si jantung hati-ukays. listening to the bits of guitar at starting of the song. so cool neh!!!...dengar je deh. mesti masuk kanan dan keluar kiri. nak masuk kiri pun tak apa asalkan keluar kanan.kalau nak keluar dari sama arah juga tak apa...the point here "jangan nak jiwang pula." wait..siapa pandai main gitar dengan rentak cool itu??waa...so sejuk!!

perasan tak hari makin panas. pagi- pagi dah makin panas. tak sejuk macam dulu. kalau kat kampung aku pagi- pagi still tak nak mandi lagi sebab sejuk tapi sekarang dah terpaksa mandi sebab dah berpeluh tanpa berbuat apa- apa. otw pergi kelas dah terasa panas.. dulu okeh jea. pergi kelas dulu masih rasa begitu energetic macam anak azizah arifin selepas minum air bio aura tuh. tapi sekarang macam dah lesu dan tidak bermaya. sebab bumi kita makin tua..kesan penipisan o3 dah makin nampak. patutlah USM ini dah begitu berusaha mengurangkan eh menghilangkan straw dari kacamata warga USM. plastik juga dah tak ada. betul2..

notabawah: siapa yang nak masuk klinik esok sila makan pagi aka breakfast. ini untuk mengelakkan wujudnya irama sahut menyahut di dalam bilik kedap bunyi lantaran meminta untuk di isi.. sesungguhnya irama itu tidak se cool rythm si jantung hati!!!

Friday, May 1, 2009

evolusi abam sam

bismillah..

baru download bunkface /revolusi..tapi aku menyanyi sebut evolusi..sama je rasa.tolong terangkan perbezaan antara revolusi dan evolusi.ok..mungkin pada ejaan nya.semak sekali lagi...
di hari terkahir di USM.nanti aku datang lagi la.dont miss me USM.tapi bilik dah tak sama..maybe!
sekarang berkemas2 sambil layan lagu evolusi..evolusi..evolusi.
kalau dengar masa nak exam mesti rasa bersemangat nak study.
senyap myself..final dah habis.ok...
actually, aku merempat di rumah bb nt.mak abah dia tak ada kt rumah.so aku teman la dia untuk seminggu..sebagai chef kehormat.banyak permintaan sebenarnya..tapi aku tak nak tunjuk skill.sibuk cari resepi baru nak implement kat rumah dia nanti..cari cari cari..jumpa..select..copy..paste,(oh tak sedap neh)..select.delete..cari lagi cari cari..jumpa.ok ulang langkah tadi..ok myself teruskan walaupun beg tak kemas lagi..walau hujan nak turun dan baju mu selambak di bawah sana..ok myself..nyanyi lagi..nyanyi lagi..


"rasional diriku rasional dirimu..penentu masa masa depanku..
evolusi..evolusi..evolusi...."

Friday, April 24, 2009

konflik

bismillahirahmaanirrahiim..



Semua orang ada konflik (ayat dramatis memulakan esei)..begitu juga aku (menunjukkan kunci utama didalam esei)..bila orang terdekat mempunyai konflik dalaman mengheret aku untuk mempunyai konflik itu juga. Ya Allah..sungguh aku tak kuat untuk menyatukan mereka. Sungguh aku terasa dengan kedinginan mereka.jika ini penutup untuk kisah kami, aku harap masih ada jalan untuk menyatukan mereka. Walau ia pahit,walau ia pedih..seseorang mesti memulakan. Aku tak sanggup tengok seseorang makan hati (peribahasa) namun seseorang lagi tak menyedarinya. Aku terhimpit ya Allah..

sungguh kalau ada orang bertanya antara kemanisan berkasih atau persahabatan,lantang aku berbangga menyatakan pershabatan melebihi segalanya...

Monday, April 20, 2009

..rumah sakit..

bismillahirrahmaanirrahiim..

sekarang minggu final exam.tapi aku tengah rumah sakit. sebenarnya dah plan nak balik masa ada gap tapi sebagai student satu kos yang lecture tak pernah habis dan terpaksa di ganti dalam study week dan tengah- tengah gap final exam...aku terpaksa redha.!!!!!



pernah dengar tak lirik ini? best kan. sekali dengar masa tengah rumah sakit,,sayu je.aku baru plan nak tengok shaolin soccer dengan adik bongsu aku tue. tapi macam ini la..kita hanya boleh merancang. last- last aku dah give up nak balik. iye la rugi je. gap dah tak banyak tapi subject minggu depan ni killer pulak. adoi...

ok.aku nak review lirik atas jap

1: kasih Allah pada hambaNya

2:kasih ibu pada anaknya

3:kasih ayah juga pada anaknya

4:kasih kekasih,kawan,teman,lecturer,adik- adik..pakcik kafe,pakcik bas..etc

kalau tengok pada lirik memang masyuk lah. tapi sekarang ramai orang dah tak fikir kasih 1,2,3..paling penting no.4 tue, itu pun narrow lagi, yang kasih kekasih itu... aku ada terbaca satu artikel ini. berapa banyak gadis2 masuk pusat pemulihan untuk lahirkan anak2 yang tak sah taraf. statistik juga ada sebut jumlah yang masuk adalah berkadar langsung dengan selepas berlangsungnya sesuatu sambutan ala macam sambutan valentine day ke, new year ke..merdeka ke. konon macam upacara pecah dara lah. pastu, lepas 3-5 bulan mereka pun baru sedar diri dah ada seorang lagi makhluk bernyawa di dalam nya. itu lah anak2 yang pure, tak berdosa..tapi sayang tak sah taraf. nauzubillahi min zaalik.

apa pun bayi2 ini bernasib baik sebab akan dilahirkan dan di serahkan pada keluarga angkat. tapi ada juga mereka di buang, di campak, dibiarkan tepi tong sampah, stesen bas..ada dalam semak. macam buang najis je. ya Allah... teringat lagi aku pada satu gambar baby yang dibuang dalam semak, tanpa pakaian,dah meninggal,cukup sifat..dengan semut lagi...terlentang.itu pun nasib ada orang jumpa.kalau tak agak2 la anjing mana yang tak terliur tengok lauk depan mata tuh.adoi..sifat keibuan aku tersentuh.!!emo..

ok..apa kaitan dengan "rumah sakit" aku tuh.?miss home..

Friday, April 17, 2009

masa itu harta

Bismillahirrahmanirrahim..

Pernahkah kamu terfikir harta yang senang kita sia- siakan adalah MASA.Iye betul, ia adalah MASA. cuba renungkan kembali dalam 24 jam kita bernafas, adakah masa yang telah diberikan itu cukup - cukup dimanfaatkan.? Adakah hanya dibiarkan berlalu dengan pantas (menonton berulang- kali untuk pemahaman cerita pirates of carribean- versi dimana- jack sparrow- dibiarkan- berhalunisasi- dengan- black pearl- di- pulau- ketam, merendek- rendek di kb mall , tidur yang melampau- lampau dengan azam untuk hilangkan stress exam)wuhoh... bila ingat-ingat, banyak masa ku yang dibazirkan. Rugi2..Lagi- lagi dalam minggu exam ini.
Tapi pandangan dalam cara untuk memanfaatkan masa berbeza mengikut individu, ala macam beauty is in the eyes of beholder. subjektif. Ada orang menganggap penggunaan masa sangat penting.Jangan bazirkan untuk benda- benda sampingan, fokus pada matlamat hidup. Ada sesetengah pihak pula masa bersama kawan- kawan juga penting sebab masa ini la kita nak enjoy..Lagi ada yang menggunakan masa dia bermain game, tak kira minggu exam ke minggu balik kampung ke minggu orang tidur ke.Apa pun

Mari kita renungi surah al- 'Asr

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Melainkan orang- orang yang beriman dan beramal soleh ,dan mereka berpesan- pesan dengan kebenaran dan berpesan- pesan dengan kesabaran"1-3

Ayat cukup jelas mengenai penggunaan masa. Masa jika digunakan sebaiknya boleh memberi impak yang besar. Cuba bayangkan 3 jam masa untuk jack sparrow dan gantikan ia dengan study epidemiology-yang- hampeh- tadi? Ok..mungkin sedikit ketidak-blur-an didalam dewan exam.
Dalam konteks ibadat pula, masa perlu dimanfaatkan sebaik- baiknya. Gunakan masa yang ada untuk mendalami lagi ilmu agama, hukum tajwid, memahami al-Quran.InsyaAllah, persoalan dimana masa kita di dunia di habiskan akan dapat dijawab sebaiknya disana nanti.

Q: Takkan lah semua waktu yang kita ada asyik nak pergi kuliah agama je. Kalau macam tu bila nak study, nak keluar enjoy?Boring laa
A: Ok.Nak enjoy ya...Oho,konteks ibadah itu sendiri adalah luas. Selama kita dekat dengan Nya itu adalah ibadah. Menuntut ilmu juga ibadah, merapatkan silaturrahim juga ibadah asalkan kita tidak bercampur yang halal dan haram. Apa- apa yang kita lakukan kerana Allah itu ibadah.InsyaAllah..

*setiap sesuatu yang dilakukan, hujungnya menanti sebuah pertanyaan...
(semoga diriku juga dirimu sentiasa dalam rahmat dan petunjuk Nya, insyaAllah)

Wednesday, April 15, 2009

final exam!!!

Bismillah.

Ok, sekarang aku dah mempunyai satu belog. Akhirnya, semua idea yang aku nak tulis dah hilang sebaik belog ini disediakan. Mungkin ini hikmah supaya aku ngak membuang masa mereka dan mengarang memandangkan aku ada paper esok.
okeh myself, please concentrate on bunches of your note.!!!

"When we are no longer able to change a situation... We are challenged to change ourselves"~ VIKTOR FRANKL

p/s: ada lebih kurang 23 nota untuk masa kurang dari 24 jam untuk subjek 3 kredit.. iye aku tahu.