Saturday, August 29, 2009

dush!!

bismillah..

kawan aku si Nadiah itu sangat la pandai men'spy'2 orang. aku kagum dengan bakat semulajadi dia..sangat kagum!disamping bakat ketua kelas, bakat menjadi detective conan juga okkk.hehheee..anyway,(clap2 to you) orang first.kena bagi hour reward dalam clinic nanti.hahahhaa.
sekarang ini tengah nak siapkan assignment. ada dua okkk..ala dua jea.nak hantar lagi satu hari.banyak masa lagi dan boleh type post lagi. rileks la tomoko. okkk..minda kena sentiasa positip!
minggu lepas kena halau keluar oleh supervisor sebab demam dan selsema.sebenarnya tak demam lagi dan tengah selsema aja. bukan halau sebenarnya tapi diberi mc tanpa hour.macam mc tanpa gaji ok. itu yang aku tak boleh terima. apa perasaan bila dah pakai cantik2,pakai kasut dengan heel (seciput heel) pakai tudung silang2 kebahu, pakai kad matrik.agak malas kalau hendak dibuat hari biasa. tapi alih2 aku disuruh balik rehat.tapi aku tak demam.tapi aku kena balik.tapi aku nak hour.tolong aku nak hour. saya amat gilakan hour tolong saya!namun kaki juga sentiasa redha untuk balik.balik bilik okkk..tapi aku sentiasa positip.mungkin malam ini saya demam.ops..mungkin petang nanti saya demam..positip2!!yessssssser.......aku demam akhirnya.dan hilang perasaan gilakan hour itu.dan aku terlebih demam sampai dua hari tercirit birit.tapi aku suka sebab orang kata boleh kurus.sem ini aku amat gilakan hour dan kurus.harap maklum.dan minda positip aku sentiasa berfungsi..
satu quote yang best dalam cerita the connfession of shopaholic
"nothing defines me except you and your mother"-mr bloomwoods
sangat terharu ok bila ayah dia cakap macam tu.rasa sebak. siapa tak tengok sila tengok.ambil yang jernih2 dan putih2 aja.masa ini si shopaholic tengah down gileeer. bayangkan ditinggalkan kekasih (kekasih dia macho okkk, sila tengok part ini), tak ada kerja..bestfriend pula misunderstood (bestfriend sangat supportive dulu tetiba boleh turn over macam itu).siapa lagi..haaa,dah tak dapat kerja yang diidam2kan.hutang disekeliling pinggang serta rambut juga.sangat down kalau aku tuh.tetiba mr n mrs bloomwoods datang, bagi support. sedangkan sebelum ini si shopaholic selalu je macam layan ala kadar je diorang. see..walau sejauh mana kita pergi sehebat mana kerjaya kita secomel mana rupa kita seriang mana kita apatah lagi vice versa keadaan kita... diorang ada disitu untuk kita.hebat tak?wiwiwiwiiiwi..tetiba emo.!miss him....ayah dia sanggup nak jualkan yang macam van besar yang dalam tu ada rumah yang ayah dia simpan duit selama sepanjang hayat kerja untuk beli dan sangat baru dan besar semata2 untuk langsaikan hutang si anak.fuhhh...bayangkan!!!!okkk..nanges gak tengok.ada point disitu.dan kalau kita masih tak boleh melihatnya..mungkin masih tak terasa lagi sebab kita masih mempunyai nya.cuba bila dah tak ada...mungkin.!
okk..sekarang untuk focus.

Tuesday, August 11, 2009

ini tajuk

assalamuailaikum wbt.

"aku tak percaya cinta...."sekali keluar lagu si budak liyana ni masa nak tulis post ni.ooo...ini la lagu yang aku dengan adik2 aku selalu gelak.iye la siapa suruh jadi lagu tema untuk tv3 hari tu .memang selalu keluar tv dan lirik yang sama diulang2 beberapa kali..dan tiada rentak yang menarik..dan memang patut kena gelak..dan kebetulan kami peminat tv3..dan kami suka gelak2 dirumah..dan kami suka gelak lagu kamu..ok..mungkin ada sesiapa minat dia.maaf ye kamu.
ok..ini sedang serius..ini kawasan post yang serius.
tadi sedang melipat baju yang telah diangkat tengahari tadi. tetiba minda separuh sedar aku tetiba take over minda yang sedar.aku tak sedar eh kurang sedar yang aku telah melipat baju seperti ma. ala yang lipat seperti kemas dan nampak kolar baju masa susun baju dalam almari tu!kemas kan?
aku dulu selalu nak lain dari ma. kalau lipat baju nak juga buat stail lain.konon2 nampak lagi matang sebab tak ikut sangat stail mak.konon2 independent laa..huuu!lipat baju sengaja nak sembunyikan kolar baju.lipat sipi2..tapi macam nampak kemas bagi aku la.tapi ma selalu komen "apa budak ni lipat baju..kecik2..tak kemas"ok..lagi la aku suka sebab stail lain dari ma. aku pun menjawab"lawa la ni ma..macam ni la budak2 sekarang lipat baju"konon2 aku la budak alaf melenium @ milinium @ milenium.. (da confuse ejaan)..huu.macam bajet la independent.tapi sekali aku kagum dengan lipatan ma.memang kemas eh..emm.
sekarang aku tengah muhasabah diri.selalu je kita nak nampak lain dari orang.selalu je nak buat sesuatu yang konon2 akan mengagumkan orang lain.nampak macam hebat diluar.sanjungan dan pujian..tapi sebenarnya kita tak suka benda yang kita buat tu.buat semata2 untuk mengembirakan hati orang lain tapi sebenarnya hati kita rasa lain.rasa tertekan.rasa macam terpaksa. macam contoh:
"awe..ameklaa mek ni sebagai calon istri awe.budok ni baek we.."suara 1
"pok..sayo tok sey dio..sayo nok ngaji dulu pok"suara 2
"awe..tok molek bantoh kecek ore2 tuo" suara 1
suara 2 membangkang lagi..ada lagi 2,3 keping dialog.
"orait pok..sayo ikot kecek pok tuh"suara 2
"bagus2 anok kawe neh.dengar buoh ore tuo"suara 1
tapi hati suara 2 tak seceria.tapi dia nak membahagiakan orang tua nya. perlukah dia?
ok berbalik pada situasi aku tadi.lipat baju nak guna cara lain.sebab nak nampak lain dari ma.konon2 aku boleh cipta satu teknik lipat baju yang hebat..nampak hebat kan?kan?tapi sebenarnya hati aku tak suka.aku nak ikut cara ma.aku nak buat cara ma.aku kan anak ma.that is it..itu la point nya.
kadang2 kita terpaksa buat sesuatu yang nampak hebat.tapi sebenarnya kita dah ignore hati kita sendiri.kita tak suka tapi kenapa masih nak ikut..kita rasa terpaksa tapi terpaksa juga buat untuk memuaskan hati orang lain.mungkin cerita lipat kain aku nampak sipi je.tapi itu la titik permulaan pada setiap perkara yang kita buat.semua yang dilakukan ada agenda tersendiri.samada ia betul dari hati sendiri atau hanya...memang kita perlukan guideline dari orang yang lebih dulu makan lada.tapi hanya guideline..jangan terus ikut.kena ambil kira juga kata hati..sebab kalau hati rasa macam sedih kita seorang yang tanggung. orang lain hanya mampu tengok.dan masa ni rasa macam nak salahkan orang lain sebab kita dah buat cara mereka dan abaikan hati sendiri.sekurang2nya..kalau point dari hati dimasukkan sekali..kita akan tahu ia adalah keputusan sendiri dan tak dipengaruhi oleh cara orang lain.dan kita masih ada ALLAH untuk meminta petunjuk terus kedalam hati..biar DIA yang menunjukkan segalanya.andai hati rasa begitu sedih sebab keputusan dulu maka mintalah dengan DIA agar tenangkan hati supaya kita yakin setiap sesuatu yang terjadi semua dalah yang terbaik untuk kita.dan berhenti salahkan orang lain.tolong..!!
kekadang fikir terlalu lemah nak buat sesuatu..terasa malas.tapi itu la permulaan..
notakakiku:
1)tak sabar nak balik rumah walau diperintah suruh berkurung sepanjang cuti..ala..kata hati juga rasa nak balik..oleh itu jom balik!!!

Sunday, August 9, 2009

tika mata

bismillah

""Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya""

credit to::http://www.lirik.tv/showlyric/5/106038/Nasyid/UNIC-Atas-Nama-Cinta

ya Allah!!

Wednesday, August 5, 2009

mood

bismillah...



kalau ikut mood aku, nak saja aku baring atas tilam yang dikatakan empuk itu..dan bangun balik agak2 dalam 12 jam lagi. biarkan mata ini bengkak dan lingkaran bawah mata ini berubah kehitaman. so aku boleh lah jadikan ia alasan nak beli garnier yang fasha sandha duk promote tu.



ikut mood aku ini, nak saja aku balik rumah selepas 12 jam 'koma' tu. agak2 dalam seminggu baru datang balik selepas ditanya oleh ma aku "tak apa ke ponteng kelas sampai seminggu ni?".ok aku tak nak ma aku fikir aku malas pergi kelas. tapi hakikatnya macam itu la .



ikut mood aku ini nak saja lepas seminggu tu, aku pergi melancong dekat DIsneyland ke, Genting ke, pergi terjun gunung yang ada tali kat belakang badan kita tu. nak pergi naik jetski dekat mana2 pantai ke sambil jerit kuat2 "woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"



ikut mood aku ini nak saja aku pergi mana2 kebun durian lepas balik naik jetski tu, makan durian banyak2 lepas tu minum air yang diletak dalam kulit durian. bagi suhu badan cool balik.



ikut mood aku ini nak saja aku naik kereta dan drift dekat litar. buat stail fast and furious tu..mesti drift kat litar sebab masih takut nak drift jalan biasa..drift mesti dalam keadaan buka tingkap so boleh dengar orang luar kereta menjerit2 kekaguman.



lepas tu, baru fikir balik apa yang nak buat untuk mulakan balik apa yang ditinggalkan..sebab lepas itu akan serabut balik pemikiran ni.lepas tu mula nak fikir balik apa yang nak buat untuk release tension ni. lepas itu akan berakhir atas kerusi menghadap laptop dan cuba masukkan certificate untuk login internet USM ini.ok...i'm done!!!!!!