Wednesday, August 5, 2009

mood

bismillah...



kalau ikut mood aku, nak saja aku baring atas tilam yang dikatakan empuk itu..dan bangun balik agak2 dalam 12 jam lagi. biarkan mata ini bengkak dan lingkaran bawah mata ini berubah kehitaman. so aku boleh lah jadikan ia alasan nak beli garnier yang fasha sandha duk promote tu.



ikut mood aku ini, nak saja aku balik rumah selepas 12 jam 'koma' tu. agak2 dalam seminggu baru datang balik selepas ditanya oleh ma aku "tak apa ke ponteng kelas sampai seminggu ni?".ok aku tak nak ma aku fikir aku malas pergi kelas. tapi hakikatnya macam itu la .



ikut mood aku ini nak saja lepas seminggu tu, aku pergi melancong dekat DIsneyland ke, Genting ke, pergi terjun gunung yang ada tali kat belakang badan kita tu. nak pergi naik jetski dekat mana2 pantai ke sambil jerit kuat2 "woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"



ikut mood aku ini nak saja aku pergi mana2 kebun durian lepas balik naik jetski tu, makan durian banyak2 lepas tu minum air yang diletak dalam kulit durian. bagi suhu badan cool balik.



ikut mood aku ini nak saja aku naik kereta dan drift dekat litar. buat stail fast and furious tu..mesti drift kat litar sebab masih takut nak drift jalan biasa..drift mesti dalam keadaan buka tingkap so boleh dengar orang luar kereta menjerit2 kekaguman.



lepas tu, baru fikir balik apa yang nak buat untuk mulakan balik apa yang ditinggalkan..sebab lepas itu akan serabut balik pemikiran ni.lepas tu mula nak fikir balik apa yang nak buat untuk release tension ni. lepas itu akan berakhir atas kerusi menghadap laptop dan cuba masukkan certificate untuk login internet USM ini.ok...i'm done!!!!!!

No comments: