Monday, September 28, 2009

kahwin...

bismillah..

agak skema bila menaip ayat KAHWIN padahal aku selalu sebut kawen.tetiba rasa skema padahal tak ada sebab pun. kenapa ayat ini sangat blur.macam kosong..adakah aku masih homesick pada rumahku dan adik2 ku dan katil dirumah..

masa raya ke-6 lepas..ala hari ni raya ke-10.tak lama dahulu...ayah sepupu aku kawen(bukan ayah kepada sepupu).sebenarnya dah kawen tapi ada kenduri sambut menantu.macam tua jea pangkat dia tapi kami masa kecil2 dulu..hahahaaa kecil.sering ber"geng".dia baru 26 ala aku baru 21.kira beza umur tak la banyak.kami dulu kamceng ar kira.gelak2 sekali, mandi kat jeram pasu sekali, kira macam teman masa kecil dulu.aiseh!!!kami disini bermaksud KAMI sepupu sepapat. sekarang ni dia dah jadi cikgu wife dia guru.
tak sangka dia dah kawen sebab rasa baru jea kami kecil.sungguh masa ni terlalu cepat berlalu.tahu2 dia dah kawen tak lama lagu tahu2 jea ada orang masuk pinang aku,,hakhakhak....sungguh cepat weh.macam baru jea aku bersama penduduk kampung dan juga 1 malaysia meraikan satu syawal.iya...macam tu la rasa sekejap jea masa berlalu.!!
dulu kami pernah melalui pengalaman garang arwah abah aku.kami pernah dibuang ke kaki bukit sebab buat bising waktu tengah malam masa aku tinggal kat taman di terengganu. masa itu terlalu happy weh..dengan semua kanak- kanak riang berkumpul.dan kami mulakan aksi2 ganaz dalam bilik.masa tu pakai katil double decker. adik aku aziz buat aksi superman dengan sangkut baju atas leher.ala2 terbang dari katil atas ke katil bawah,lepas tu abang lie (the groom) buat aksi hantu menakut2kan kami yang masih naif ini.sangat2 bising dengan ketawa riam dan suara berteriak suruh buka lampu.hohh...masa itu abah aku tak balik rumah lagi.maka kami teruskan aksi2 riam kami...
sekali abah balik..hahahahha.dia ajak kami keluar.kami yang suka makan dengan harapan abah bawa pergi makan setelah penat ber'galok'.sumbat2 dalam kereta sebab kami ramai. sekali abah pusing masuk dekat area bukit dan berhenti disitu.dan kami semua disuruh keluar.waaaa.....bayangkan masa tu pada pukul 1 setengah pagi kami ditinggalkan depan area berbukit dengan tiada neon dan kedengaran anjing2 liar bersahut2 sahutan...abah pun pergi tanpa menoleh.
kami yang masih kecil dengan aku darjah 3,abang aku darjah 5,aziz si hero baru 6 tahun,dan adik2 abang lie yang sebaya dengan aku dan aziz dan juga adik aku yang baru 4 tahun turut kena tinggal.abang lie yang paling dewasa.malas nak kira umur beliau masa tu..beliau berlagak matang dengan berkata kami semua akan berjalan pulang ke kampung di kelantan malam itu juga .(sebab abang lie dan adik2 dia tinggal kat kelantan)..kami yang masih naif yang tak dapat menganggar jauh nya kuala terengganu dan kelantan apabila pulang dengan berjalan kaki menurut arahan beliau.maka kami berpimpim tangan bergerak menuju ke arah jalan raya yang berneon.ya...untuk mencari sedikit sinar dalam kegelapan di kaki bukit.
penat berjalan..tetiba datang satu kereta laju kearah kami dengan tak pasang lampu.wohh.gila takut teringat aksi2 penculikan dramatis dalam filem..dan kami semua bertempiaran lari.bila dah dekat tetiba kereta tu nyalakan lampu tinggi (((wooooooooohhh silau weh)))))tetiba berhenti dengan mendadak dan senyap disitu.kami pun berhenti lari2 dan jalan slow2 pergi dekat kereta tu.sungguh tak nampak kereta jenis apa bila dalam keadaan gelap dan tak perasan itu kereta abah...kalau tak, kami tak lari lintang pukang macam nampak hantu dalam kain semayang weh dan takkan buat abah gelak2kan kami dari dalam kereta.sungguh takkan!!!
masuk dalam kereta abah suruh cakap sesorang berjanji tak buat bising waktu malam..sebab jiran2 nak tidur.!!!ok jiran2 dalam kawasan perumahan nak tidur!!!dan aku lebih suka rumah aku sekarang yang bukan dalam kawasan taman perumahan sebab jiran2 yang nak tidur jauh dari sebelah rumahku dan boleh buat bising tanpa kena buang di kaki bukit!

*bebudak yang tak terlibat dalam siri kena tinggal di kaki bukit..

*juga tidak terlibat

*krew dibahagian dapur terbuka

*sebelum*selepas

okeslaaa..penat meng'update' berita kawen ini.
semoga kekal abadi sejahtera buat abg lie dan kak ayu


credit to:http://www.curiousonion.com/wp-content/uploads/2009/02/sh11.jpg
*tak faham kenapa tak boleh buat spacing untuk paragraph

Thursday, September 17, 2009

memang tak tahu

bismillah..

muka sangat ceri ceria melihat sebentuk kad raya tersangkut dimeja. itu kad raya awal dan terakhir mungkin untuk tahun ini. daripada azrin ye.dia sangat rajin menulis kad raya daripada saya yang hanya rajin membuat homework sahaja disaat2 akhir dan memang tak terfikir berbagai2 kad raya ini.syukur! sekarang sudah zaman it semua pakai sms dan ecard sahaja. mudah kan. duit sungguh jimat..bukan langsung tak guna duit tapi sangat jimat. silakan amalkan teknologi sekarang.

tajuk post adalah MEMANG TAK TAHU!

tadi seseorang ingin balik awal raya untuk jumpa seseorang yang dia sayangi.seseorang itu pulang awal.iye memang sangat seronok pulang awal untuk tidur dirumah lagi2 bila tidur dimalam raya.seronok!okeh seseorang yang ingin ditemuinya sedang sakit. dia fikir sempat untuk balik tengok.balik pagi dan sampai ketempat tujuan petang. memang dia sempat tengok seseorang itu tapi dalam keadaan seseorang itu sedang tak sedar.nazak..tapi alhamdulillah dia sempat tengok seseorang itu disaat2 akhir hayat dia. sangat bersyukur daripada kamu meninggalkan dia untuk tempoh seminggu tanpa menjenguk dan kamu dapat berita kehilangannnya..sungguh seronok bila dapat jadik macam seseorang.semacam seseorang itu sedang menunggu untuk seseorang melihatnya.sangat bersyukur daripada kamu mengetahui selepas kehilangannyaa bahawa dia teringin untuk bertemu dengan kamu dan kamu tak sempat menemuinya.sangat seronok menjadi seperti seseorang...

dan kamu memang tak tahu bila dia akan meninggalkan kamu kan.?

kalau kamu tahu mesti kamu sedang seronok seperti seseorang...

bila sesuatu yang dah berlaku terjadi..kamu hanya perlu menerima dengan redha.

dan jangan ulangi..

sebab kamu tak tahu apa yang akan terjadi masa hadapan...

p/s:tak pernah dapat ecard..nak2

Monday, September 14, 2009

masa berjalan hayunan tangan mesti fokus..

bismillah..

mendung hari ini.perasan masa 10 terakhir ramadhan ini hari2 makin mendung. molek sangat tuh. jadi tak dahaga sangat juga sangat laju untuk membuat kerja. perasan juga lagi 3 hari nak balik raya. juga perasan kerja untuk disiapkan sebelum cuti juga banyak.tapi disebabkan hari mendung yang membantu,semangat membuat kerja2 dengan tekun semakin tinggi!

ayat melayu aku dah semakin tunggang langgang. disebabkan aku terlalu fluent berbahasa kelate jadi untuk berbahasa patriotik makin pudar. tapi tapi..aku ingatkan diriku jati kelantan sejati tapi tapi masih kalah pada seseorang yang pertuturan kelantannya membuatkan diriku konfius atau terkeliru. aiseh..!!sangat keliru adakah bermaksud "tok mudoh"=susah. tapi tapi tapi dia bermaksud "tok mudoh"=senang.eh eh eh ehhhhh????WATTEHEK!

fikir

fikirrrrrrr


fikirrrrrrrrrrr

iya aku berdebat dengan dia. !berdebat!...

mengikut kefahaman patriotik aku sangat kontra ok.tok mudah=tak mudah=susah.

tapi tapi (nada tak puas hati) dia: tok mudoh=tak mudah=senang.

bukan ke MUDAH itu SENANG dan TAK yang berada didepan itu menafikan keSENANGan dan kata lain bagi TAK MUDAH itu= SUSAH!!!!!!

TOLONG FAHAM KENAPA AKU MASIH KELIRU DENGAN BAHASA PATRIOTIK DAN KELATE YANG SANGAT KONTRA INI!!

Wednesday, September 9, 2009

rindu..

bismillah..

betul tak lagu boleh mempengaruhii mood seseorang yang-sedang-kesepian.??atau mood seseorang yang-kesepian mempengaruhii bentuk lagu yang didengar??

betul.aku sedang rindukan seseorang.bila rindukan seseorang yang tak mungkin kamu jumpa lagi..apa yang patut dan perlu dilakukan?dan aku suka tidur supaya boleh jumpa dia..dan lagu sekarang buatkan aku betul2 teringat pasal dia.

so..betulkah lagu ini sedang mengingatkan aku tentang dia atau aku sedang teringatkan dia lalu memutarkan lagu ini.?

if i love you a little more than i should?
-please forgive me!

plan

bismillah

baru dok godek2 tenet cari jurnal untuk etika assignment.banyak untuk aku yang sangat malas ini. sungguh banyak bagi aku. aku sentiasa rasa banyak untuk buat assignment. tapi cukup sikit kalau disuruh makan. saya suka makan. kenapa makan itu sangat indah waktu puasa ini?teringat air tembikai tadi.dan kfc malam tadi.dan juga martabak sahur tadi..uhuu.rindu murtabak pisang belakang sekolah dekat pantai timur dulu.

untuk tajuk.ini bukan entry kosong. baru aku perasan. diri aku sentiasa ada plan. kira macam hidup yang teratur la. sebelum tidur selalu je ada dalam kepala "esok basuh kain,pergi klinik,tidur petang 2jam sahaja..wajib 2jam sahaja atikah.!!pergi approve jurnal.kalau lapar sangat pergi bazar,kalau sedang2 sahaja pergi surau..emmm..oho report klinik mesti siap.lagi baca buku aka study.bangun awal.kena set masa dalam hati...lagi2,review jurnal untuk group assignment ethic dan RM.lagi...tidur mesti lambat dan bermakna!!"

andai esok terbangun lambat. bila dah lambat aku hilang mood untuk melakukan plan tadi. macam dah hilang semangat sebab dah terambil waktu basuh kain. kalau tak basuh kain akan tak ada mood untuk pergi klinik.bila macam tu jadi dah tak bermaya masa tengok patient. bila tak focus macam tak reti nak karang report. bila dah fikir pasal klinik akan tak ingat nak pergi approve jurnal.bila duk fikir timing ssesuai untuk pergi approve esok pula dah tak ingat nak review jurnal group assignment..uhuuuu.bila rasa sedikit stress mula pandang katil dan fikir tidur sekejap..opsss..bila bangun dah terlebih 2jam.bila dah lebih rasa nak makan banyak masa berbuka.bila pegi bazar banyak pula membeli..

p/s:kita hanya merancang.siapa yang menentukan? hanya ALLAH

notakakakiku: harap aku bangun awal.

kill 2 birds with one stone..no no better shoot million jewish with one bullet. -DOA

Wednesday, September 2, 2009

tolong jangan

bismillah

tolong jangan buat aku tak suka

tolong jangan ulang lagi

tolong jangan buat aku judge personaliti kamu

tolong jangan buat aku tak percaya kamu lagi

tolong jangan buat aku tak suka seluruh kerabat kamu

tolong jangan buat aku jadi jahat lagi

tolong jangan buat aku semakin serabut

tolong jangan buat aku post entry yang berbentuk begini

tolong jangan teruskan lagi

tolong jangan

sebab aku boleh jadi terlalu kejam...

sila teruskan untuk melihat kejahatan peribadi aku.

kerna hanya jarang2 kamu dapat melihatnya.

dan aku hanya tunjukkan ia pada kamu

dan akan pastikan kamu mengingatinya selamanya dan menghantui dalam mimpi2 kamu itu.

sebab aku boleh jadi begitu

tolong jangan

cis....sungguh aku tak suka jadi begini..

please "somebody call 911".-sean kingston!!