Monday, September 28, 2009

kahwin...

bismillah..

agak skema bila menaip ayat KAHWIN padahal aku selalu sebut kawen.tetiba rasa skema padahal tak ada sebab pun. kenapa ayat ini sangat blur.macam kosong..adakah aku masih homesick pada rumahku dan adik2 ku dan katil dirumah..

masa raya ke-6 lepas..ala hari ni raya ke-10.tak lama dahulu...ayah sepupu aku kawen(bukan ayah kepada sepupu).sebenarnya dah kawen tapi ada kenduri sambut menantu.macam tua jea pangkat dia tapi kami masa kecil2 dulu..hahahaaa kecil.sering ber"geng".dia baru 26 ala aku baru 21.kira beza umur tak la banyak.kami dulu kamceng ar kira.gelak2 sekali, mandi kat jeram pasu sekali, kira macam teman masa kecil dulu.aiseh!!!kami disini bermaksud KAMI sepupu sepapat. sekarang ni dia dah jadi cikgu wife dia guru.
tak sangka dia dah kawen sebab rasa baru jea kami kecil.sungguh masa ni terlalu cepat berlalu.tahu2 dia dah kawen tak lama lagu tahu2 jea ada orang masuk pinang aku,,hakhakhak....sungguh cepat weh.macam baru jea aku bersama penduduk kampung dan juga 1 malaysia meraikan satu syawal.iya...macam tu la rasa sekejap jea masa berlalu.!!
dulu kami pernah melalui pengalaman garang arwah abah aku.kami pernah dibuang ke kaki bukit sebab buat bising waktu tengah malam masa aku tinggal kat taman di terengganu. masa itu terlalu happy weh..dengan semua kanak- kanak riang berkumpul.dan kami mulakan aksi2 ganaz dalam bilik.masa tu pakai katil double decker. adik aku aziz buat aksi superman dengan sangkut baju atas leher.ala2 terbang dari katil atas ke katil bawah,lepas tu abang lie (the groom) buat aksi hantu menakut2kan kami yang masih naif ini.sangat2 bising dengan ketawa riam dan suara berteriak suruh buka lampu.hohh...masa itu abah aku tak balik rumah lagi.maka kami teruskan aksi2 riam kami...
sekali abah balik..hahahahha.dia ajak kami keluar.kami yang suka makan dengan harapan abah bawa pergi makan setelah penat ber'galok'.sumbat2 dalam kereta sebab kami ramai. sekali abah pusing masuk dekat area bukit dan berhenti disitu.dan kami semua disuruh keluar.waaaa.....bayangkan masa tu pada pukul 1 setengah pagi kami ditinggalkan depan area berbukit dengan tiada neon dan kedengaran anjing2 liar bersahut2 sahutan...abah pun pergi tanpa menoleh.
kami yang masih kecil dengan aku darjah 3,abang aku darjah 5,aziz si hero baru 6 tahun,dan adik2 abang lie yang sebaya dengan aku dan aziz dan juga adik aku yang baru 4 tahun turut kena tinggal.abang lie yang paling dewasa.malas nak kira umur beliau masa tu..beliau berlagak matang dengan berkata kami semua akan berjalan pulang ke kampung di kelantan malam itu juga .(sebab abang lie dan adik2 dia tinggal kat kelantan)..kami yang masih naif yang tak dapat menganggar jauh nya kuala terengganu dan kelantan apabila pulang dengan berjalan kaki menurut arahan beliau.maka kami berpimpim tangan bergerak menuju ke arah jalan raya yang berneon.ya...untuk mencari sedikit sinar dalam kegelapan di kaki bukit.
penat berjalan..tetiba datang satu kereta laju kearah kami dengan tak pasang lampu.wohh.gila takut teringat aksi2 penculikan dramatis dalam filem..dan kami semua bertempiaran lari.bila dah dekat tetiba kereta tu nyalakan lampu tinggi (((wooooooooohhh silau weh)))))tetiba berhenti dengan mendadak dan senyap disitu.kami pun berhenti lari2 dan jalan slow2 pergi dekat kereta tu.sungguh tak nampak kereta jenis apa bila dalam keadaan gelap dan tak perasan itu kereta abah...kalau tak, kami tak lari lintang pukang macam nampak hantu dalam kain semayang weh dan takkan buat abah gelak2kan kami dari dalam kereta.sungguh takkan!!!
masuk dalam kereta abah suruh cakap sesorang berjanji tak buat bising waktu malam..sebab jiran2 nak tidur.!!!ok jiran2 dalam kawasan perumahan nak tidur!!!dan aku lebih suka rumah aku sekarang yang bukan dalam kawasan taman perumahan sebab jiran2 yang nak tidur jauh dari sebelah rumahku dan boleh buat bising tanpa kena buang di kaki bukit!

*bebudak yang tak terlibat dalam siri kena tinggal di kaki bukit..

*juga tidak terlibat

*krew dibahagian dapur terbuka

*sebelum*selepas

okeslaaa..penat meng'update' berita kawen ini.
semoga kekal abadi sejahtera buat abg lie dan kak ayu


credit to:http://www.curiousonion.com/wp-content/uploads/2009/02/sh11.jpg
*tak faham kenapa tak boleh buat spacing untuk paragraph

No comments: