Thursday, September 17, 2009

memang tak tahu

bismillah..

muka sangat ceri ceria melihat sebentuk kad raya tersangkut dimeja. itu kad raya awal dan terakhir mungkin untuk tahun ini. daripada azrin ye.dia sangat rajin menulis kad raya daripada saya yang hanya rajin membuat homework sahaja disaat2 akhir dan memang tak terfikir berbagai2 kad raya ini.syukur! sekarang sudah zaman it semua pakai sms dan ecard sahaja. mudah kan. duit sungguh jimat..bukan langsung tak guna duit tapi sangat jimat. silakan amalkan teknologi sekarang.

tajuk post adalah MEMANG TAK TAHU!

tadi seseorang ingin balik awal raya untuk jumpa seseorang yang dia sayangi.seseorang itu pulang awal.iye memang sangat seronok pulang awal untuk tidur dirumah lagi2 bila tidur dimalam raya.seronok!okeh seseorang yang ingin ditemuinya sedang sakit. dia fikir sempat untuk balik tengok.balik pagi dan sampai ketempat tujuan petang. memang dia sempat tengok seseorang itu tapi dalam keadaan seseorang itu sedang tak sedar.nazak..tapi alhamdulillah dia sempat tengok seseorang itu disaat2 akhir hayat dia. sangat bersyukur daripada kamu meninggalkan dia untuk tempoh seminggu tanpa menjenguk dan kamu dapat berita kehilangannnya..sungguh seronok bila dapat jadik macam seseorang.semacam seseorang itu sedang menunggu untuk seseorang melihatnya.sangat bersyukur daripada kamu mengetahui selepas kehilangannyaa bahawa dia teringin untuk bertemu dengan kamu dan kamu tak sempat menemuinya.sangat seronok menjadi seperti seseorang...

dan kamu memang tak tahu bila dia akan meninggalkan kamu kan.?

kalau kamu tahu mesti kamu sedang seronok seperti seseorang...

bila sesuatu yang dah berlaku terjadi..kamu hanya perlu menerima dengan redha.

dan jangan ulangi..

sebab kamu tak tahu apa yang akan terjadi masa hadapan...

p/s:tak pernah dapat ecard..nak2

No comments: