Sunday, October 25, 2009

kan?

bismillah..

sungguh aku sangat jarang sangat tidak menyukai sesorang. aku selalu ingat kalau kita tak suka seseorang maka akan ada orang lain tak suka kita.iya aku ingat itu.sebab itu aku selalu bertolak ansur dalam semua perkara.mengiyakan apa yang terjadi demi tidak mahu menyebabkan seseorang tidak menyukai aku. aku cuba fikir positip pasal semua benda sebab aku tak mahu salah anggap dan menyebabkan aku tak suka seseorang. dan itu la aku..aku ada prinsip yang aku tak suka minta maaf pada orang dan sebab tu aku cuba tak buat kesilapan.aku tak suka ada perasaan tidak sukakan seseorang.

tapi kan..aku juga manusia biasa.ada hati juga perasaan.dan aku tak suka diperkotak-katikkan (ceh ayat!!)bila aku dah lama bertolak ansur.aku dah rasa letih.aku rasa semua benda yang aku buat tak sedarkan seseorang pasal motif aku yang tak suka diperlakukan macam tu.sungguh aku paling tak suka bila aku dah azam untuk jadi jahat pada seseorang!!aku tak suka perasaan ini.

bukan aku tak cuba bertolak ansur weh.aku dah try..aku try pendam perasaan yang aku tak suka dia.aku try senyum setiap kali dia buat aku marah.aku try jernihkan hati aku dengan berbaik2 dengan dia walaupun dia tengah sakitkan aku.aku try..bukan aku tak try ok!!!

tapi aku dah rasa penat.sangat letih.sangat rasa usaha ini sia2..tapi demi ingatkan selama ini aku dah cuba..apakata aku teruskan lagi usaha aku demi aku tak mahu kami bermusuh.senang ok mencari musuh tapi bukan tak bagi aku yang tak mahu seorang kawan selama ni bertukar jadi musuh pada diri sendiri.tak mahu ada perasaan benci itu..tak mahu!!!!

tapi aku dah rasa penat juga letih dan jemu dan tidak bermaya lagi.tengok dia tak menghormati aku sebagai seorang kawan..dan aku juga letih mencuba.aku dah tak tahan.dan kali ni kamu tengok lah sikap yang selama ni aku tak mahu tunjuk.aku akan tunjuk macamana aku layan seseorang yang aku tak suka...dan kamu akan tahu betapa jahatnya aku bila aku ambil keputusan untuk menjadi jahat..ok!!!!

i got to be strong..just keep pushing on.!!!-

Wednesday, October 21, 2009

sekian..

bismillah..

kadang2 apa yang berlaku dalam hidup kita buat kita rasa berat dan tak termampu nak ditanggung,sampaikan airmata ini mengalir dan juga kadang2 rasa Allah itu tak adil. iya saya pernah rasa begitu. saya juga rasa tak larat nak teruskan hidup.saya rasa tiada sesiapa lagi saya nak percaya.benar dugaan itu sungguh hebat sehingga kan saya rasa sungguh lemah.saya hanya mampu melihat sebab saya rasa tak kuat untuk menghadapinya.kadang2 dugaan itu umpama sebiji bom yang tiba2 meletup di saat kita rasa tiada sesiapa mampu mengambil kebahagiaan itu.sungguh ia sangat tiba2 terjadi..dan sungguh saya rasa tak kuat waktu itu dan saya cuma mampu menangis..

namun,seketika saya berfikir,ini adalah dugaan untuk saya.sungguh ia adalah sangat kadang2 berbanding dengan masa kebahagian saya.sungguh ia sangat sedikit berbanding dengan waktu yang pernah buat saya gembira. tetiba saya rasa Allah itu sangat adil.sungguh Dia mencipta duka untuk saya ketemukan apa yang lebih baik untuk saya dalam hidup ini. waktu saya tak kuat..bila saya dah tak percayakan sesiapa..sungguh Dia selalu ada untuk saya.hanya Dia yang maha mendengar segala rintihan hati dan kesedihan saya. sungguh Dia maha adil bila Dia ada saat saya memerlukan seseorang untuk saya mengadu. bila saya rasa sangat letih saya hanya perlu mengadu pada Dia agar berikan saya kekuatan,sungguh bila saya rasa sangat lemah saya hanya perlu memohon padaNya agar anugerahkan saya ketabahan untuk saya teruskan hidup.benar setiap sesuatu dugaan ada hikmahnya..samada saya nampak atau tidak, hikmah itu ada disitu.kalaupun saya sekarang tidak pernah mengalami dugaan itu mungkin saya tidak sekuat sekarang untuk terus dekat denganNya..,

dan sekarang.saya rasa lebih yakin untuk melngkah sebab saya tahu Dia sentiasa memerhatikah hamba2 Nya.sungguh saya tak takut kalau saya jatuh sebab saya tahu Dia akan berikan saya peluang untuk bangun lagi.sungguh pengalaman hidup dulu mengajar saya bahawa kepercayaan terhadap manusia sangat tak sama dengan kepercayaan terhadap Dia.sungguh saya akan terus letakkan kebergantungan saya terhadap Dia melebihi daripada kebergantungan saya terhadap hamba2 Nya.dan sekarang juga saya dah tak yakin untuk mengadu pada manusia kerana saya takut mereka membuka aib saya,saya takut mereka merendah2kan saya,saya takut mereka tak memahami saya dan kenapa saya harus bergantung pada mereka sedangkan saya sudah ada Dia?

subhanallahwalhamdulillahwalaailahaillallahwalallahhuakhbar..

*sungguh entry ini sangat serius sebab saya memang sedang serius.

Monday, October 12, 2009

sungguh

bismillah...

sungguh rasa tak ada mood bila tak jawab call adik sendiri.rasa sangat tak bermood bila libatkan soal keluarga.lagi2 disebabkan kecuaian sendiri..

ok lain kali kalau dah tukar ringtone sila alert pada ringtone itu dan jangan bertanya kepada seseorang semasa dikedai makan yang mempunyai ramai pelanggan..

A:eh bunyi apa tu?cam best....

B: orang belakang ko la...

A:ooooo..(muka menghayati bunyi cambest dan agak2 cam pernah dengar)

1jam kemudian....

A:giler banyak miskol..................gilakkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!

Monday, October 5, 2009

hari ini

bismillah..

jarang aku pos entry yang berkaitan dengan tarikh entry ditulis.biasanya dah basi..

hari ini sangat tak suka bila waktu dihabiskan dengan menunggu.entahlah..paling tak suka jika menunggu.macam menunggu nak masuk bilik mandi,menunggu bila nak start cerita "gadis melayu musim-2",menunggu bas datang dan juga menunggu bila nak cuti panjang bersama adik2 berada dirumah...dan hari ini menunggu seorang lecturer untuk memberi lecture.saya sangat tak suka menunggu....hohuhaa!

dan juga minta2 orang yang mengetuk2 bilik sebelah tak dengar saya melaung dengan kuat "masokkkkkkkkkkkkkkkk!!" dengan menyangka pintu sendiri diketuk..ulps.....sepatutnya bilik aku diasingkan jauh daripada kelibat orang untuk mengelakkan termalu sendiri..malu okes!

dan juga hari ini berjaya memujuk seseorang untuk melakukan sesuatu.mudah2han ALLAH permudahkan urusan kami..

dan juga dapat mengambil pengajaran jangan mengangguk2 atau berkata "hon hon hon"atau bahasa patriotik "iya iya iya" bila kamu agak2 dengar atau tidak apa yang seseorang itu berkata..jika tidak mahu bil makanan naik angkara anda tersilap "hon" pada sesuatu yang anda agak..contoh:

A: saya mahu set 1 dan 2 iye?

B:makan sini?

A:hon

B: itu sahaja?

A:honn

B:yang large?

A:(mula konfius antara dengar atau tidak)honnn..(tetapi muka tetap yakin telah mendengar)

B:2 skup aiskrem?

A:(juga tengah konfius)honnnn

B:okkkkk.ini harga mereka semua...

A:aaaaaaaaaaaa?


lirik hari ini...

...can't you see that you're smothering me
holding too tightly
afraid to lose control
cause everything that you thought I would be
has fallen apart right in front of you

-----numb (linkinpark)