Thursday, November 12, 2009

lets forgive and forget..

bismillah..

maafkan dan lupakan?..

betul ke boleh maafkan dan juga lupakan..?

seperti sebatang paku bila diketuk pada sebatang tiang..takkan hilang kesannya jika dicabut..



juga seperti dosa..

memang boleh diampunkan tapi kesan dosa itu masih ada..

tak senang untuk memulihkan apa yang berlaku walau seribu kemaafan telah diterima..

mungkin senang mengatakan maaf tapi hati yang sakit mungkin takkan terubat seperti dulu..

bayangkan kata- kata yang menghiris hati seseorang?

bayangkan perbuatan yang mencalar emosi mereka?

bayangkan gurauan yang mungkin buat mereka terasa?

oh...saya minta maaf!!dan saya maafkan tapi saya masih ingat itu semua..

saya masih ingat sakit nya..

mungkin itu rapuhnya hati manusia..

mudah terguris..mudah dipatahkan..mudah tersentuh..

itulah kelemahan manusia..


hati2 dengan kesalahan dan kesilapan kerna mereka boleh dimaafkan tapi mereka takkan dilupakan..

ya Allah

credit to google image

Friday, November 6, 2009

mekah

bismillah..

bila pagi tadi pak sedara aku call nak bagitahu dia dah nak pergi mekah,tetiba aku rasa sayu.

perasan tak orang bila nak pergi mekah,dia akan minta maaf,call saudara mara minta maaf dan masa tu saudara mara dia akan rasa sayu sebab bakal haji ini nak pergi mekah..

dulu aku tak faham..

aku tak faham kenapa bila pergi nak buat haji jea mesti nak macam tu.minta2 maaf, balik kampung sebab nak jumpa saudara mara sebelum pergi mekah,lepas tu saudara mara akan rasa sedih dan sayu..kenapa?buatla macam biasa,macam nak pergi outstation ke?pergi je la.tak payah nak call2,nak minta2 maaf..kalau kat kampung aku,ma aku mesti nak pergi jumpa bakal2 haji dan hajah ni.nak minta maaf sebelum mereka pergi.riuh satu kampung "orang ni nak pergi mekah" "orang tu nak pergi mekah"..

adoyai,jahil sebenarnya aku ni..

lepas tu baru aku tahu..

dulu masa orang nak pergi mekah tunaikan haji,diorang macam pergi yang takkan kembali.naik kapal 6 bulan pergi 6 bulan balik.macam pergi berjuang.kalau meninggal memang akan ditanam dalam laut tu...sebab tu sebelum diorang pergi mereka akan bermaaf2 maafan macam diorang takkan balik lagi..

dan sekarang adat tu diteruskan..

mereka juga pergi berjuang..menunaikan ibadah..bayangkan kena bersesak2 dengan berjuta orang disana.walaupun sekrang dah tak naik kapal lagi.tapi..macam2 boleh terjadi..demi mendapatkan haji yang mabrur

ma aku kata..orang yang pergi haji ni takkan rasa penat,takkan rasa letih walaupun dengan cuaca panas,bersesak2..kerana Allah.diorang akan rasa tenang..diorang akan fikir untuk beribadah jea..

kalau jumpa dengan bakal2 haji ni,muka diorang ceria jea..senyum2,tenang..mereka dah dapat seru itu.,mereka akan pergi ke Rumah Allah.ya Allah..

dan hari ini..tetiba aku rasa sayu.sayu bila fikir macaman kalau aku tak dapat jumpa pak sedara aku lagi?

semoga diselamatkan perjalanan mereka ya Allah..

Sunday, November 1, 2009

jangan talk banyak2..

bismillah..

mari kita mulakan dengan kehebatan pasukan bola kelantan yang berjaya mara ke final piala Malaysia..hohooo.sila bangga.tapi tak boleh berlebih2..pastikan kita menang piala itu baru boleh bermegah2 dengan hidung bergebah2..uwuwuu.gomo kelate gomo..kito pakat rohok set nogori tu.!!!

7hb nov.kelantan vs n9.

disini dilema aku muncul.aku dah fanatik dengan bola kelantan.walaupun,aku suka si zaquan adha tu.dulu aku suka abang kembar dia.tapi disebabkan dia dah jadi bapak orang,maka aku beralih pada si adik..walaupun ada desas desus dia bercintun dengan sorang awek neh.namuuuuunnnn..aku tetap memuja dia.namuuunnn juga aku takkan pertaruhkan sokongan aku pada kelantan dengan menyokong zaquan adha.tapi bila bola berada dikaki zaquan maka aku akan bersorak "wohhh hebat gewe aku neh.cepat2 weh sumbat gol..sumbat gol laluh weh.sat dok bazir maso la"..dengan alpa sebentar siapa sebenar aku sokong.tapi bila bola dikaki orang nogori selain zaquan maka aku tetap menyokong kelantan.jadi disini..sokongan aku tetap pada kelantan melainkan bola ada dikaki zaquan adha..harap maklum


notakaki:mungkin aku masih dalam minggu "study week" yang bila minggu "study week" aku teramat la sangat malas tahap apa kebenda pun aku tak tahu..

natokaki 2:..
laailahaillah anta subhanaka inni kuntu minazzoolimi..

--"tiada tuhan yang lain selain Engkau, maha suci Engkau, sungguh aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri"..

-sungguh aku sedang gelisah atas sesuatu.maka bacalah doa ini semasa sedang kegelisahan..