Friday, November 6, 2009

mekah

bismillah..

bila pagi tadi pak sedara aku call nak bagitahu dia dah nak pergi mekah,tetiba aku rasa sayu.

perasan tak orang bila nak pergi mekah,dia akan minta maaf,call saudara mara minta maaf dan masa tu saudara mara dia akan rasa sayu sebab bakal haji ini nak pergi mekah..

dulu aku tak faham..

aku tak faham kenapa bila pergi nak buat haji jea mesti nak macam tu.minta2 maaf, balik kampung sebab nak jumpa saudara mara sebelum pergi mekah,lepas tu saudara mara akan rasa sedih dan sayu..kenapa?buatla macam biasa,macam nak pergi outstation ke?pergi je la.tak payah nak call2,nak minta2 maaf..kalau kat kampung aku,ma aku mesti nak pergi jumpa bakal2 haji dan hajah ni.nak minta maaf sebelum mereka pergi.riuh satu kampung "orang ni nak pergi mekah" "orang tu nak pergi mekah"..

adoyai,jahil sebenarnya aku ni..

lepas tu baru aku tahu..

dulu masa orang nak pergi mekah tunaikan haji,diorang macam pergi yang takkan kembali.naik kapal 6 bulan pergi 6 bulan balik.macam pergi berjuang.kalau meninggal memang akan ditanam dalam laut tu...sebab tu sebelum diorang pergi mereka akan bermaaf2 maafan macam diorang takkan balik lagi..

dan sekarang adat tu diteruskan..

mereka juga pergi berjuang..menunaikan ibadah..bayangkan kena bersesak2 dengan berjuta orang disana.walaupun sekrang dah tak naik kapal lagi.tapi..macam2 boleh terjadi..demi mendapatkan haji yang mabrur

ma aku kata..orang yang pergi haji ni takkan rasa penat,takkan rasa letih walaupun dengan cuaca panas,bersesak2..kerana Allah.diorang akan rasa tenang..diorang akan fikir untuk beribadah jea..

kalau jumpa dengan bakal2 haji ni,muka diorang ceria jea..senyum2,tenang..mereka dah dapat seru itu.,mereka akan pergi ke Rumah Allah.ya Allah..

dan hari ini..tetiba aku rasa sayu.sayu bila fikir macaman kalau aku tak dapat jumpa pak sedara aku lagi?

semoga diselamatkan perjalanan mereka ya Allah..

No comments: