Monday, November 8, 2010

surat cinta

kepada encik Bruno Mars,

hai.hai.hai.hai...sangat tak teruja dapat menulis surat cinta untuk awak. sungguh tak tipu. kalau la awak rasa saya menipu maka tak bolehla saya menipu untuk berkata yang saya amat suka tengok awak. sungguh.ni memang betul.(ok,awak dah percaya?) yes..!! hai hai hai sekalilagi. tak tahu nak cakap apa, takkan nak bagi salam kot, awak bukan tahu jawab pun. dan kalau awak tahu jawab nanti saya lagi terdiam tak tahu nak cakap apa. oh awak.. semoga lagi sukses ok.

p/s: boleh tak kurangkan senyum masa menyanyi. nanti awak buat ramai lagi orang tulis surat cinta untuk awak. bye.

yang benar,

-signature belitbelit-
(saya peminat awak suka tengok gigi awak yang sebaris comel.sebab tu awak suka senyum kan.?)

oh oh oh..lupa pantun

pecah kaca,
pecah gelas,
terimakasih sebab baca,
tak apa kalau tak nak balas.

Wednesday, November 3, 2010

november

berjumpa lagi kita dengan bulan november. umum tahu bulan ini adalah bulan hujan dan kesejukan di kelate. jadi semua, marilah kita tidur bersama stokin. bila sebut bulan kesejukan, semua juga harus tahu bulan november juga bulan final exam.oh ya...final exam jangan lupa ya disaat2 kesejukan ini. juga marilah kita study bersama stokin dikaki. lagi sekali stokin jangan dilupa.

kejap eh nak google gambar stokin.


lately ni banyak bencana alam kan. yang rasa bertuah, sebab tinggal kat Malaysia. tapi yang rasa sedih sebab ada saudara2 kita tak tinggal kat Malaysia. sebab apa diorang tak tinggal kat Malaysia??..sebab Malaysia ni kecil aje la,kalaula semua penduduk dunia tinggal di Malaysia,maka negara2 lain akan kosong. bila kosong, maka kita takkan la nak gi melancong ke OVERSEA dan tempat2 yang kosong tiada penghuni. dah.

betul ke Gunung Merapi dijaga oleh naga.?em..mereka kata gunung tu meletus sebab naga tu bergerak. sebelum ni naga ni tidur sebab tu la gunung tu tak aktif. sekarang ni baru la naga tu nak bangun. tapi kenapa naga tu tak terbang eh? naga bukan ke boleh terbang ke? macam cerita Merlin tu. ataupun cerita How to Train Your Dragon. ke naga Gunung Merapi lumpuh sayap nya, ke naga tu tak bangun lagi cuma menggeliat je. boleh bayang tak kalau naga tu tiba2 bangun dan "waooooo" (maksudnya sembur api dari mulut..) mesti ramai lagi yang terkorban dop. hem..

oh.tak lambat lagi kan nak kata tahniah kepada Red Warriors kita. walaupun bukan semua player Kelantan tu orang Kelantan tapi nama Kelantan yang diorang bawa tu tetap buat kami bangga okeh. kamu ada? bagi saya kan (eh saya?) meriahnya sebuah pasukan bila sepak tu adalah berdasarkan meriahnya penyokong2 mereka. umum tahu penyokong Kelantan ni kontroversi nya aaamaaaat banyak.malas nak type. tapi tanpa kami, tak meriah kot bola sepak Malaysia. bukan nak bangga tapi jangan la sebab nila setitik habis semua orang Kelantan kamu nak cop samseng. dalam pisang setandan ada juga yang buruk okeh. tak yah nak prejudis sangat..

sangat tak suka bila dengar "nasib la Kelantan menang hari tu.kalau tak apa la yang jadi kat stadium?"..

apa..? kamu ingat kami tak ada perasaan eh. tiba2 emo.

umum tahu penyokong Kelantan adalah penyokong paling ramai ada kat stadium semasa sesuatu perlawanan. so bila dah ramai banyakla ragam dia. paling tak tahan bila kami buat hal, nak juga letak nama MB kami sebagai penyebab penyokong Kelantan tak berdisiplin.? ada kaitan eh? mana kaitan dia. try bagitahu sikit. angin!

Wednesday, October 20, 2010

dunia hari ini

bismillah.

pernah tak masa tengah sembang2 dengan ibu sendiri.masa tu ibu cerita masa dia kecil2..main2 masih tak pakai baju.bawak duit 20 sen pergi sekolah.pergi sekolah ramai2 jalan kaki.masa tu selalu kena tinggal sebab nenek dengan datuk sibuk dengan tanam tembakau,jual ikan..masa tu masih buat terjun tiruk masuk sungai, masa tu sungai jernih sebab masih boleh nampak dasar sungai.masa tu boleh keluar bermain dari pagi sampai petang.masa tu nak tengok tv kena pergi kedai cina dan tengok ramai2.masa tu lantai rumah kayu sampai ada orang cucuk2 punggung guna lidi masa duduk mengaji dalam rumah.masa tu main congkak dengan gali lubang dan ganti guli guna serpihan atap2 batu rumah. masa tu bila kenduri meriah satu kampung.masa tu satu kampung ibarat keluarga sendiri.kampung sebelah macam saudara dekat2.rumah masa tu tanpa pagar.

masa sekarang.

sibuk dengan kelas pagi kelas petang.pergi sekolah masing2 driver hantar.tak boleh keluar main jauh2 takut kena culik.masa ni main2 video game.main perang2 guna controller.masa ni kenal burung,kenal ikan guna rancangan national geographic.masa ni nampak sungai geli nak mandi sebab macam mandi dalam air milo je.masa ni kena tinggal dengan pengasuh sebab ibubapa sibuk cari duit.masa ni tengok tv pun tak ada mood sebab every movie boleh senang2 nak download.masa ni jiran sebelah rumah dianggap orang asing,takut dibawa lari ke lombok.masa ni sepupu tak seperti saudara sendiri.macam2 boleh jadi.masa ni buat kenduri guna catering,tetamu datang makan dan senyum2 jea.dan masa ni pintu rumah lebih kurang 100 meter dari pintu pagar..

Sunday, August 22, 2010

malas

andainya malas ni boleh dilihat.mungkinkah ia dapat menyamai ketinggian gunung chemerong yang pernah ku daki dahulu.aiyok.!! dan aku hanyalah seorang pendaki yang amatur. panjat bila ada air disisi.kadang2 pancit,kadang2 rasa nak turun balik..kadang2 rasa nak terjun je kat tepi cerun gunung tu dengan harapan dapat landing seperti superman dan tahan bas dan pulang ke usm dan tidur dengan aman.!

mana semangat!!!mana2 mana2????

aku mengintai semangat yang menyala2..eh membara2

nak sekilo dua pun jadi lah.

tapi kan.

kalaulah malas itu gunung chemerong, otw naik rasa sangat penat.rasa nak give up..tapi at last aku sampai juga kan. tak kisah la lambat ke cepat.yang penting aku terus jalan. mungkin ditengah jalan aku jumpa semangat yang menyala2 tu. yang penting aku nak tawan kemalasan tu.kan??

p/s:boleh tak nak cakap yang aku ada perasan sensitif gak.giler...sensitif betol!!!!ngeng

Saturday, August 14, 2010

insecure

repeat

INSECURE.

end.

Friday, August 6, 2010

menyibukkan diri..

RULES :
1. PUT YOUR iTUNES , WINAMP , WINDOWS MEDIA PLAYER , ETC. ON SHUFFLE
2. FOR EACH QUESTION , PRESS THE NEXT BUTTON TO GET THE ANSWER
3.YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. TAG 25 FRIENDS.
5. EVERYONE TAGGED HAS TO DO THE SAME THING.
6. DO NOT CHEAT ! HAVE FUN !


7. WHO TAG YOU ? PUT HER/ HIS NAME HERE

mangsa laptopku

1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?

kebesaranMU (ST12)

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup


2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?

you raise me up-westlife

aku 'besar'kan badanku.

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

cant take my eyes off of you- laureen hill

You're just too good to be true
can't take my eyes off of you
you'd be like heaven to touch
I wanna hold you so much
at long last love has arrived
and I thank God I'm alive
you're just too good to be true
can't take my eyes off of you


4. HOW DO YOU FEEL TODAY?

semangat yang hilang-xpdc

~~~adoi memang sehati sejiwa aku dan playlist ku ini

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?

flowers are red-zain bikha

"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "


6. WHAT'S YOUR MOTTO?

bukan cinta biasa-afgan

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku


7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?

yang terindah hanya sementara-erra fazira

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa


8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?

ingatlah diriku-chandra feat sheila majid.
(hohohohoh..ingtlah anakanda di perantauan ni)

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?

taubat seorang hamba- hafiz hamidun feat irsyadee

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x…..
Taubatku ini


10. WHAT IS 2 + 2?

i can walk on water,i can fly-basshunter

La La la lala la la la la la la la la lalal la la la
I will never be affraid again
I will keep on fighting till the end
i can walk on water i can fly
I wil keep on fighting till i die

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?

world of our own-westlife

We got a little world of our own
I'll tell you things that no one else knows
I let you in where no-one else goes
What am I doing without you
And all of the things I've been looking for
Have always been here outside of my door
And all of the time I'm looking for something new
What am I doing without you


12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?

i'm all about you-aaron carter

13.TO BE WHEN YOU GROW UP?

all about you-mcfly

Yesterday you asked me something I thought you knew
So I told you with a smile, "It's all about you"
Then you whispered in my ear and you told me too
Said, "You make my life worth while"
"It's all about you


ehemm..isteri mithali to be

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?

here without you- 3 doors down

A hundred days have made me older
Since the last time that I saw your pretty face
A thousand lies have made me colder
And I don't think I can look at this the same
But all the miles that separate
They disappear now when I'm dreaming of your face


15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?

water bottle-davichi

I Love you , I need you
I Love you , I need you
나는 한번도 이별한적이없는데
naneun hanbeondo ibyeolhanjeogieomneunde
왜 내가 아파요, 왜 내가 슬퍼요
wae naega apayo, wae naega seulpeoyo
아무일없었던 보통날인데
amuireobseotdeon botongnarinde


*gila romantik sebab kawen ngan mamat korea.

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?

cerita hati-hafiz hamidun

*aku harap bacaan surah yasin keluar tapi lagu ni pintas.emmmm..

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?

oda bumi anbia-siti nurhaliza

Dunia bagai pejamkan mata
Serta terpasung tangannya
Tidak mampu berbuat apa
Sedangkan mungkar beraja…


18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?

friend-mocca

alamak!!!!aku takut kawan?!!

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?

can you hear me?- lee seung-chul

~~~tengah bagitau secret dalam hati

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW

the other side of the door-taylor swift

I said, "Leave," but all I really want is you
To stand outside my window, t

hrowing pebbles; screaming, "I'm in love with you."
Wait there in the pouring rain,
Come back for more.
And don't you leave,
'Cause I know all I need
is on the other side of the door


21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?

ketulusan hati-marshanda

kawan2 saya semuanya tulus dan mulus--ambil hati

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?

biarkan jatuh cinta-sT12

ehem2..

23. YOU WILL TAG THIS FOR?

patah hati-saujana

sapa patah hati sila buat benda alah nih.

okeh.done!!!

Sunday, August 1, 2010

kamoo..

may loratadine and parasetamol keep away this lame atikah, she is not needed in so-called everyone-is-rushing world!!oo God..

blink2 over someone, oh i just got too many blink2 times over many2 'someone'!.i guess it is easier getting blink2 than keeping closer.loser.eh no..positive!!!

wth u throw the baby heh!!that is the real LOSER..making that stupid single-minded decision, then bearing the burden for rest o your life la..alolaa

Tuesday, July 27, 2010

ayuh..

ayuh kembali ke sekolah!!!

AYUH!!!!...(beramai2)

ayuh gerakkan minda2 kamu!!

AYUH!!!..(beramai2)

ayuh kita....

AYUH AYUH AYUH!!!(beramai2)

*maksud beramai2 adalah menggunakan suara sebenar, manakala tanpa beramai2 adalah menggunakan monolog dalaman.

ok semua, tahulah kamu bahawa syaitan itu kreatif!

bila dalam hati kamu ada rasa untuk basuh baju di awal pagi maka mereka (syaiton2) akan mendakwa tidur di awal pagi itu best..bila ada dakwaan sebegitu maka hati mula lah ingin menguji dakwaan tersebut.maka siaplaah..

bila rasa ingin membuka sesuatu topik untuk study,mereka juga membuat dakwaan bahawa "ala, baru je belajar minggu lepas,mesti ingat lagi."maka hati pun berkata...emmm,

dakwaan terHEBAT!!

bila mereka mendakwa makan banyak itu untuk dapatkan hati gembira (sebab perut riang dan kenyang)maka kaki pula rajin untuk menguji dakwaan tersebut dengan melangkah ke cafe2 terdekat..(amboi2)..ngeh kau!

maka,jangan cuba menguji dakwaan syaiton. jangan sesekali

Wednesday, July 21, 2010

21/7

bismillah

walaupun date ni tak pernah bersambut tapi benda kalau dah tak ada, makin lama makin rindu..kalaupun dia ada lagi mungkin hari ni biasa saja macam hari2 lain

saya nak stay jauh.sebab kalau dekat saya rasa lagi sakit..

ahaaha..bila teringat nenek pernah cium aku dan cakap "cucu kesayangan chek neh!"..(hmm,walaupun pada setiap cucu dia pernah cakap gitu.)--tapi dalam hati tetap rasa zap.!!

bila buka mata dan tengok jam pukul 7 pagi---alamak,subuh..!!--tetap rasa bersyukur sebab boleh lagi buka mata dan tengok cina main gendang petang nanti.

ok,aku rasa dah terer masak bila boleh bezakan serbuk kari dan serbuk kunyit.

Monday, July 19, 2010

dayanto

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

so when people call you weak,at least you got a song to back you up. enduring things that cant even make you thrill is not a reason for that weak.it is just yourself who keep thinking things will not coloring you life. it is the thinking who keep adjusting yourself to fit everybody's need when you does not even try for yourself. every remark and sense does not occupy your soul,so why are you keep pretending. cant you just stop making pleasure of everyone and start do something for sake of yourself.?!

There is a word called FATE but it always came after TRYING.

Friday, July 16, 2010

wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Tuesday, July 13, 2010

masihkah?

bismillah

hai everybody!!eh no, every eye...and soul! welcome back to my hommy tommy blacky blog..i miss u all damn much.hope u all don't miss me because i dont like be missed by somebody.

hebat tak starter aku.?ngeh!


ok hari ni mungkin aku akan berterus terang dengan bersuluhkan kebenaran yang aku sudah dimiliki.

oleh siapa?si dia..bila aku kenal?baru baru ni je.tapi tak sangka cepat sangat aku terpaut.dia orang biasa je bukan lah kerabat diraja or anak somebody.rasa dimiliki bila aku tahu minat nya dan aku sangat sama iaitu bola.entahlah, harap jodoh kami kekal..bila dia sangat busy untuk contact aku,tak apa aku faham akan kerjaya dia.tapi biasalah perempuan nak juga dia care pasal diri kita kan?tapi kalau hubungan ni atas dasar kasih sayang dan persefahaman mungkin ia akan lagi terasa nikmatnya..


kenapa aku reveal semua ni?sebab aku tak nak ada siapa2 perempuan di luar sana atau kamu2 yang membaca luahan hati aku ini cuba2 nak contact atau nak simpan gambar dia.awas kamu!!!

oh Mesut Ozil!!!


with creamy memmy love

---your love,tomoko

takde kerja.!

Tuesday, June 8, 2010

kebesaranMU

layan lagu st12.best2..

siapa usaha lebih dia la dapat lebih
kau nak kecoh-kecoh dapat rendah apesal?
kau ada usaha lebih ke?
kalau tak ada, jangan banyak songeh.

ok.
kalau siapa dah lebih usaha dan dapat macam tak berbaloi?
so what?
result je pun.
positip okeh
mungkin kalau kau dapat tinggi kan takaBBur lak

ok senang cerita
apa yang dia dapat adalah yang terbaik yang Allah bagi
kau tak yakin dengan Allah ke?

say it loud..!!!

Thursday, June 3, 2010

ya indah aku rindu kamu

bismillah

sangat

masa dulu yang tak perlu fikir masalah

masa muda yang sentiasa gelak ketawa,menangis kadang2

masa dulu yang tengok kartun dan power rangers dan oggy and cockroaches

masa dulu yang buku2 mewarna dan isikan tempat kosong dan cari benda tersembunyi

masa dulu kalau pergi pantai boleh mandi buka baju

ohhh..

masa sekarang.

juga bakal dirindui

sangat menyampah bila dengar kanak2 menangis meraung2 dalam klinik dan nampak macam "eeeiii over giler budak ni nanges, nak buang taik telinga je pon, "

tapi dalam hati jeles sebab sekarang aku dah tak boleh menangis macam tu lagi
jangan mengeluh okeh.positip!

Sunday, May 23, 2010

konayuki

The season of dancing, powdered snow always passes us by
Even lost in the crowd, we're gazing at the same sky
The blowing wind chills us in a similar way
I probably don't know everything about you
Yet, out of a hundred million people I found you
And though there is no basis for it, I seriously feel this way
We can't be together
Without quarreling over trivial things
If we're unable to be honest with each other,
Sadness and even happiness are worthless
If the powdered snow has dyed our hearts white
Could we have shared our loneliness?


~boleh tak Asou-kun?!

Monday, May 17, 2010

isnin

bismillah

kena tinggal dengan roomate lagi. hari hari tidur seorang. dan setiap malam akan berbunyi suara kucing yang seperti baby menangis.aku tak kisah bila kena tidur seorang..tapi terkisah bila ada suara kucing seperti baby itu.tapi tak TAKUT!tapi sepatutnya tak payah la kucing tiru bunyi baby menangis, seharusnya kekalkan dengan bunyi comel miau miau anda tu. tolongla

.....
apabila seorang baby 2 bulan dan kedua ibubapa datang untuk membuat hearing screening dalam klinik, aku terasa macam happy tetiba.

baby, ibu dan bapa.

lengkapkan.?

bayangkan baby seorang dalam tong sampah?

taklengkap.

baby, ibu dan bapa dalam tong sampah.baru lengkap!

tak payah susah2 tanya baby siapa dalam tong sampah..

Saturday, May 15, 2010

berjuang

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku jaga
ayat- ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mula menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

~~mungkin aku tak perlu berfikir banyak
teruskan apa yang dimulakan
terus berjalan pada jalan yang telah dipilih
fikirkan untuk masa depan sebab dah tak boleh ulang masa silam
jalan jalan dan jalan
kadang2 kena berlari sebab dia dah terlalu laju
kalau dah lintas kena perlahan sebab dia semakin kebelakang
yang penting kena cuba
bersungguh2
yosh...!!!!!~~

need to face the direction towards the sun so that u will never see the shadow-helen keller
fill the tank before trying!

Sunday, May 9, 2010

sebab

bismillah

first day start praktikel, sangat penat. sakit kepala, rasa busy..rasa letih.malas!!!

tapi yang buat aku happy, dalam 24 hours ada 2 orang yang cakap muka aku macam familiar, tapi bila selidik2 tak de kaitan dengan pernah jumpa kat mana2.

mungkin betul cakap pakcik aku yang muka aku ada iras2 erra fazira.(muka serius sedang menaip..)

FAMILIAR kan?

patutla diorang macam kenal aku. peminat cilik beraksi bersama 'erra fazira' pelakon bila angin bertiup


notadidahi: sebab sekarang pukul 10.30 malam dan terasa awal untuk tidur maka tak salah untuk mengangkat diri sendiri

Tuesday, May 4, 2010

tengahari kusangka pagi

bismillah..

rutin biasa bagi seseorang yang degil mahu menghabiskan masa disisi usm tercentak walaupun tiada apa2 yang ingin dilakukan.

jangan degil sangat2 sampai tak nak berhentikan kereta masa polis cakap "woit berhenti2!!!!!)..takut terjadi macam adik 15 tahun kena tembak di kepala. aku terfikir kalau la seseorang itu bertauliah sebab ada kuasa pegang pistol, mereka juga ada cukup tauliah untuk fikir masa bila boleh lepaskan tembakan. dan kat mana nak tembak. kau tembakorang kau kena back up pula.lemak!

cuba fikir kalau family kau kena macam tu?kau akan jadi macam family budak tu juga yang beria2 nak defend kematian budak tu. logik kan?tapi bila kau yang salah, kau kena mengaku..jangan sorok tangan dalam baju orang yang ada pistol yang lebih BESAR!!

ye..memang tugas kau mulia, bukan salah semua kot tapi kita nak yang salah mengaku..bukan nak cakap."oh,kalau macam tu kami tak yah buat kerja la kalau semua nak salahkan kami!!"watdehek!!!!

siapalah keselamatan kami tanpa kamu disisi.tapi kalau kamu ada tersalah silap at least mengaku kot..

2nd..

baby kena buang lagi.adoih!

salah yang nyata. tapi bila akal dah ditutup dengan nafsu memang macam tu. kot!

apa pun, kita semua ni adalah dalam jagaan Allah.

bila DIA cakap jadi maka jadi lah. jangan kita yang TAK MEMBUANG BAYI ini berlagak sombong mengejek mengutuk perbuatan mereka.sebab aku banyak dengar orang yang ego sombong masa depan lagi banyak diuji.seperti dialog anak dan ibu dalam cerita obsesi

anak: mak tak payah risau la, anak mak ni pandai jaga dirilaa..

mak: anak, kau jangan cakap sombong. syaitan suka orang yang sombong.

-the end-

p/s:pagi yang emo bila baca benda2 nih.masa emo kena makan banyak!bye!

Sunday, May 2, 2010

tugas yang aku suka!

1. adakah anda merasakan anda hot?

opkos..kamu ingin merasa HOT seperti saya?? type HOT and send to my number okeh!

2. upload wallpaper pc/laptop anda gunakan sekarang


3. cerita pasal gambar ini.

umpama seseorang sedang menunggu aku.sambil menadah doa.orite..i datang sekarang!


4. kali terakhir makan pizza?

adalah pada kali terakhir minum air pepsi!

5. lagu terakhir anda dengar?

nota cinta-saujana

6. apa anda buat sambil menyelesaikan tag ini?

menaip kat keyboard?kot?ke apa?soklan xjelas..

7. selain name sendiri, anda dipanggil dengan name ape?

tikah!

atik!

ika!

kak ekah!

comel gebu comel dan gebu!

x..yang last tu aku panggil kucing yang xberak merata2

8. tag 5 orang yang anda nak tag

1. nani 2. nadiah 3.bibi 4.mctat 5. sesiapa yang abes exam

9. siapa no 1 anda? no 2?

nani adalah hanani..orang first yang aku kenal dan kawan and stay kawan and geng and bolok,and suka tidow jugak masa sekolah menengah dulu.sebab aku tegur tudung dia bolok kot..eh ke dia tegur tudung aku cemar..arghhh,yang pasti dia pakai tudung dan lipat tudung sempaimukanampak bulat dulu.anyway,,miss her!

nadiah pun kenal masa sekolah juga. dan sekarang jadi coursemate audiology ni dan dia sangat baik dan baik dab baik dan baik..dan orang first yang tahu aku ada blog..hee..bumi takluas pun.aku teringat satu cerita, pasal nadiah..ada sorang kawan tanya aku masa dekat usm ni,

orang itu: eh,nadiah tu ketuapelajar (kp) eh dulu?
aku: eh..taklah.orang lain rasanya..
aku?balik rumah dan cek majalah sekolah masa form 5..
dan muka nadiah ada kat kata2 aluan ketua pelajar!!!arghhhh...bengom mu atikah.kp sendirik tak ingat!!!


10. katakan sesuatu pade no 5

balik baliklaaaa..dah habisexam pon.!buat tag ni dulu yek

11. no 3 ade hubungan dengan siapa?

oho...nak aku sebut ke?terang2 kat sini?oho oho oho..skandalhangat!

12. kata kata cinta pada no 4

aku cinta sama kamu..sangat2!!!!
oooo yes..akhirnya terluah juga.thanx tag!

13. berikan 5 perkara yang anda tahu orang yang tag anda

tea o ais limau
sundae choc
eskrem
mempelam depan dm2
cekodok bilis!

Friday, April 30, 2010

emm

rasa sedih tiba2..

sunyi oh.

baru perasan aku selalu post entry yang sedih2 jea

oklaaa, esok la nak post entry yang gembira2..

ok nak tidur untuk tunggu esok

bye

Sunday, April 25, 2010

bukan

aku rasa aku bukan perempuan yang baik.

kalau perempuan yang baik, dia mampu untuk membimbing kan?

kalau dia perempuan yang baik,dia kena tegas kan?

kalau dia perempuan yang baik, dia boleh bertegas lagi kan?

kalau dia perempuan yang baik, dia kena kuat kan?

kalau dia perempuan yang baik, dia kena lagi kuat kan?

kalau dia perempauan yang baik dia kena berani kan?

kalau dia perempuan yang baik, dia kena mampu berkata tidak kan?

kalau dia perempuan yang baik, dia boleh berusaha lagi kan?

tapi...kalau dia bukan perempuan yang baik,dia tetap akan macam tu..selama2 nya...

sedih bila tahu diri sendiri bukan perempuan yang baik

sebab semua pilihan dalam tangan seorang perempuan

dia nak jadi baik ke tidak.

arghhh..jiwa kacau lagi..pergi study prempuan tak baik!!!

tapi bila sampai bab buat pilihan..jangan lupa pada YANG SATU.Dia maha mengetahui!

Saturday, April 24, 2010

apa saja untukmu

Untukmu kasih
Ku cuba meraih
Bintang di angkasa
Walau tak terdaya kan ku ikhtiar
Untukmu kasih
Gembira bersedih
Selagi ku bernyawa
Untukmu kasih, ku korban apa saja


masa tengah tengok cerita spongebob setiap petang pukul 5 tv9 sebelum berhoora2 diluar rumah..
aku berkata pada adik bongsuku

aku:dik,tau tak tapak sulaiman xde otak sebab tu patrick bodoh dan bengong..kalau sape takdop otak dia xde akal..xleh berfikir!(gaya bersungguh2)

adik bongsu:tau doh..

aku:(dalam hati)..eleh,baru nak eksyen sebagai kakak yang tahu segalanya

adik bongsu:tapi gano die boleh pikir nametag spongebob ada dalam tong sampah?

aku:ala..dia kan teka jah sebab spongebob kan cerita dia ada buang epal dalam tong sampah

adik bongsu: dah tu macamana dia boleh teka kalau dia tak ada otak?

aku:patrick kan kawan spongebob,dia mesti nak tolong kawan dia

adik bongsu: dah tu gano dia boleh bercakap dengan spongebob kalau dia tak ada otak?

aku:..erk!!!(lain kali malas nak bercakap dengan orang banyak mulut)...

adik bongsu: bukan ke kalau nak bercakap tu kita kena ada otak?

aku:SEBAB PATRICK KAN KARTUN!!!!!KARTUN....SEMUANYA MENIPU...!(nada masih lembut..)

p/s:apa saja untukmu adik.!layan!

Saturday, April 17, 2010

timeless

bismillah..

malam jumaat lalu kami mengadakan parti liar..

oh no?
malam jumaat?
parti liar?

well..biasala bagi budak2 kemaruk nak exam.

theme:cacamerba..chaotic syndrom
venue:atas tanah bawah rembulan..lighting kena sayup2 baru LIAR!
target:girls ppsk 3rd year yang bersungguh2 mahukan final exam

cacamerba theme adalah bagi berdasarkan pakaian yang kau pakai yang kau tak mahu orang lain tengok keselekehan pakaian itu. seluar tidur campur baju kemeja formal, seluar pendek dengan kasut dan tudung seperti makjah menjual etok..ok..itu pun boleh kira cacmerba.dan...arghhh..malas nak taip

memandangkan ia parti liar maka gambar amatla secret and confidential. even dalam facebook juga tidak dipublishkan. untuk menjaga peribadi personaliti yang berpakaian unik.oh dan ada juga award untuk princess chaotic dan pastinya AKU tak menang award tu..princess chaotic sangat 'debumbak debum' kalau di publish kan maka, oh tak dapat ditaipkan kedumbak debum itu.


oklaaa..gambar ni je tak la nampak liar sangat.ok..sekarang dah publish..mereka je tak ikut tema.DEGIL!dan nampak sedikit bayangan tangan princess chaotic itu

Timeless
Don’t let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It’s just timeless

notakaki:really enjoy that party..!!!

Wednesday, April 7, 2010

berseri2

bismillah..

disebabkan esok ada asignment untuk dihantar dan pada masa nie mic word masih belum diklik untuk menaip2,tangan pula sangatlah rajin ingin mengepost di blog ini..

oh..mahu tidur lewat!
nak siapkan.....

apa yang kita ingat baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak dan apa yang tidak disukai itu mungkin adalah yang terbaik..jadi~~~janganlah kamu membenci!

kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi pada masa depan..

yang kita tahu hanya merancang..

yang sebenarnya manusia boleh berubah

dan perubahan kepada yang lebih baik itu adalah yang diharapkan.

mungkin hari ini kamu jatuh dan siapa tahu masa depan kamu adalah yang terhebat..

jatuhlah dan menangislah sebab mungkin pada masa depan, hari kamu terjatuh ini akan mengingatkan kamu erti susah dan payah.

yang buatkan kamu tidak sombong suatu hari nanti..
sekian~~~

Thursday, April 1, 2010

next door!

bismillah..

terbaca satu berita macamana seorang pengutip tin kosong berjaya menjadi seorang jutawan.dan rahsia ke'jutawanan' beliau hanya diketahui selepas kematian beliau..macaman dia habiskan masa selama 40 tahun menjadi pengutip tin dan berselindung dengan imej selekeh yang busuk dan hobi beliau suka ke library untuk mengkaji tentang pasaran kewangan dan saham..semua orang macam wauuuu!!!!!

2 hari yang terasa sekejap je tanpa berbuat apa2 faedah akademik.hanya untuk dinner yang havoc nanti..wah..havoc ke mek?!!!




bila hati sedang rasa indah saya harap dia masih tak lalai..

Friday, March 26, 2010

tipulaaa lagi..tolong!

bismillah...

rasa sakit kena tipu..oh!

memang kau senang kena tipu kan?

tak perasan ke dia sedang guling2 gelak2 sama kamu?

kau kat sini senyum2 macam kambing...oh no macam kambing dapat rumput!

bodoh yang amat!

lain kali senyum la lagi.

lagi sekali...

kau kan memang senang kena tipu!!!!

padan muka laaa...

hah!!!Sengih la lagi...!!!!

bongok~~~~~~

ok..nampak jalan lurus sekarang?

boleh jalan dan pergi dari situ boleh tak?

jalan sekarang...

tolong...

sebelum hati jadi lagi sakit...

SENAK...

perempuan do a lot of thinking,right?

Wednesday, March 24, 2010

harihari

bismillah..

sesungguhnya wajah stress dan masam tidak sesuai untuk personaliti anggun.bibir tanpa senyum juga tidak menawan..begitu juga dengan dahi yang mampu berkerut kerut bila masalah "cakkk" depan mata..tak gojes okeh!!marilaaaah kita sama2 hindar diri dari stress melampau2..cukuplaaah sedikit stress untuk kita bergerak kehadapan dan bukan melebih2 sehingga dapat menarik kita kembali kebelakang dan jadi mundur..

oiiiii jadi MUNDUR???kenapa nak jadi MUNDUR,,?kita sedang menuju wawasan 2020..wake up people!!

2 tips untuk tidak menjadi MUNDUR..

1. sentiasa positip...

2. ingat tip nombor 1..

p/s:tips adalah seperti warren buffett.tips to become billionair..

1.dont lose money

2.dont forget rule no.1...

notakaki hebat:

keranaku manusia lemah dan tidak berdaya disisiMu..sering kali terlupa nikmatMu datang tidak jemu

Wednesday, March 17, 2010

kehilangan lagi..

bismillah..

hidup memang tak lengkap kalau tiada kehilangan..

aku dah kehilangan guru mengaji aku.

aku dah kehilangan seorang ketua dalam keluarga besar kami..

aku dah kehilangan seorang yang dirujuk jika kami ada masalah.

kalau la dalam hidup boleh ada perkataan KALAU,macam2 aku nak buat.tapi KALAU memang tak wujud kan?

setiap sesuatu ada hikmahnya kan?

semuga keluarga kami baik2 sahaja lepas ni.

dan kami akan terus rindukan nasihat dia..

Monday, March 15, 2010

oittt dunia!!!

bismillah..

aku memang gatal kan??

hahhaa..bongok punya hati.!!

but i guess it goes beyond the limit already n i have to let it flies over the border..it is not a try, yet it is not uncertainty even.and i guess it is what my heart asked me to do..nway thanx!!

jap nak garu garu...

Thursday, March 11, 2010

songtosing..watertobath!!!

bismillah..

saya sangat sukasangat suka sangat suka sangat sukasangatsukasukasangat...

antara 2 kasih-UNIC.!!

best nesheed ever after~~~~

cuti sekolah?!!!!!

boley skip 1 hari untuk menikmati cuti sekolah..thanx to my beloved lecture.he is very eager to make up a class on weekend.thanx eh..relly thanx.deep bottom o m heart..yeayhhh really THANX!!!

lastly..very THANXXXX!!

hhhah??no it is really true...very THANXX

Monday, March 8, 2010

rebirth..

bismillah..

maka ini lah kelahiran semula yang bermakna..dengan wajah yang tiada jerawat,dengan menggunakan pencuci muka baru,dengan suara serak basah yang lebih mantap,dengan kepantasan perjalanan yang maksima ditambah pula dengan aplikasi teknologi tanpa jalur gemilang!!hanya rm 50..maka inilah hasilnyaaa..inilahhhhh asus siri %###@Q....(siri terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan populariti mereka bertambah di pasaran..)
~~~~baru format ok~~

walaupun ada orang yang membuatkan kamu terasa ingin sepak terajang muka mereka dengan kepantasan kaki bersama tulang femur yang besar..eh jap tahukah kamu tulang femur merupakan tulang yang terbesar dalam kalangan anggota tulang yang lain manakala tulang telinga merupakan tulang yang terkecil(adik bongsu)

sambung lagi...

tapi lupakah kamu pada Justin Timberlake yang pernah cakap:

what goes around goes around goes around
comes all the way back around

Italic
cukuplah kalau mereka buat kamu terasa macam nak marah gila dengan mimik muka ...aaaahaa..marahla marahlaaa marahlaaa,,padan muka!!!

tapikan kalau kamu dapat menahan sabar tanpa menggunakan sifat marah sebenar kamu adalah lebih baik..bukan ke sifat marah itu adalah sifat syaitan. malah kalau kita tak marah itu adalah seperti sebuah kemenangan buat kita sendiri..iyaaalaaaa tak perasan ke masa kita nak marah tu ada la sepupu sepapat syaitan dok melilau dibelakang cuping telinga anda,?maka kita adalah pemenang jika kita dengar bisikan syaitan itu tapi tidak menurut arahan mereka..okeh!

cukuplah orang yang membuat kita rasa marah tu termalu sendiri dengan kesabaran kita.weh malu yea bila kita membuat sesorang jadi annoying yet orang tu still rilex jea..macam taktik untuk membuat orang lain jadik annoying tak jadi!!ala macam buat donat keras..mesti malu nak bagi orang makan..huhu

bukan saya tak nak balas perbuatan kamu tapi saya tahu Allah maha mengetahui apa yang saya lakukan dan saya takut kalau saya balas perbuatan kamu maka saya nanti ditimpa bergunung lagi kejahatan..anyway thanks!

hye...my nAme is MARAH!!!

Sunday, February 28, 2010

Bismillah..

banyak sangat cerita sampai tak tahu nak tulis apa.

perempuan kalau mood swing memang tak tahu kenapa tiba tiba terjadi mood swing macam yang entah apa2 entah...

dah lama rasa tak tengking orang sampai bila tetiba tertengking sampai rasa bersalah..ooo!

makanan hotel yang menarik tertarik kau memang debom tuh sangat menarik hati perut buncit neh!!but Alhamdulillah..

ooo pasal previous post..heheheee.aku dah sembuh dari tak tenang!tahniah pada mctat sebab dia pun kuat juga...

sebenarnya bila kita tak tahu apa sebenarnya yang kita nak, kadang2 bila MUNCUL benda yang kalau TAK ADA tak apa, kalau ADA itu satu bonus...oh maksud aku that thing is not a priority..
maka hati mulalah fikir wah that is what i'm really need!!!instead of what is really i want...

bak kata momma Odie....

You got to dig a little deeper
Find out who you are
You got to dig a little deeper
It really ain't that far


momma Odie tu seorang yang completely blind but she knows 'need' and 'want' are completely different...

~~~~~~~credit to Princess Frog

Tuesday, February 16, 2010

opsss...

bismillah..

hati tak tenang.

SEKALI LAGI.

ya ALLAH

Monday, February 8, 2010

listen to me!!

Bismillah...

sedang dalam mood yang entah apa2 sementara menunggu masuk waktu sembahyang.

rasa entah apa2 bila dapat call orang yang suara-mesti-nak-bengang sebab nombor aku naik kat handphone dia..suara macam seorang bini sedang mengesyaki aku nak mengorat laki dia,suara yang bila aku cakap aku tak kenal nombor dia terus macam suara jadi tinggi seperti aku sedang gunakan taktik nak selamatkan diri selepas terkantoi mengorat laki dia..hish....

aku pun tak faham kenapa nombor aku boleh ada ngan dia sedangkan AKU TAK PERNAH KENAL NOMBOR DIA DAN TAK BUAT CALL 2 3 JAM NI DAN TAK KENAL LAKI DIA YANG DIA BOLEH NAK BUAT SUARA YANG MACAM PEREMPUAN GILA TALAK!!!!!

cisss....tu maxis problem jangan sabitkan aku wahai wanita!!!!



sekejap tadi gak seorang rakan call semata2 nak suruh dengar dia sedang menangis..perempuan bila ada problem dia lebih suka bila kita mendengar problem dia dan jangan sibuk2 nak bagi solution sebab pada masa tu dia hanya nak seseorang yang boleh mendengar..dan dengarila dia ok!!walapupun masa dia bercakap kita hanya mendengar sayup sayup dan tak jelas apa yang disebut dan tak yah lah nak suruh dia ulang apa yang dia luahkan. just tangkap muat je apa info yang terdengar dan cuba integrate kan dan dengar saja..they just wanna feel relief and all we can do just listen to them!!ok?

semoga sahabat saya kuat dan tabah!!

Thursday, February 4, 2010

ketika cinta bertasbih


bismillah...

kali kedua sebak setelah dua kali menengok movie KCB. sangat terharu dan macam eh ya Allah hebat nya kepercayaan mereka pada ketentuan jodoh.wau!!!!

dari permerhatian pada rakan2 terdekat tentang jodoh dan kekasih,baru je tadi rakan A call bercerita betapa over excited bila rakan yang di admire dulu dah jumpa kembali..agak2 10 tahun juga.dan hampir tak percaya bila rakan tu turut macam eh eh eh aku macam admire ko jugak dulu.eh eh eh..sangat macam ewah hebat nya 10 tahun ni bila jumpa kembali dan ko admire aku dan aku admire kau!!!

juga ada yang pulun bercinta and at the end kau lepaskan aku dengan kata2 hinaan.kau cerca aku,aku cerca kau..apa yang tak baik semasa berkasih dan dan tu juga kena hambur sebaik perkataan kata clash dituturkan..ya lah masa nak semua baik2 aja.dan sekarang?masing2 sengih sahaja la

ada lagi yang wah ni memang tak disangka,wau eh macam mana nak cerita nih..berkekasih dengan A, putus dan bertunang dengan B dan putus dan berkahwin dengan C.oh dan sekarang C lagi disayangi Allah.maka ibu itu kini keseorangan.

kan weh?kalau kita betul2 yakin pasti kita akan dapat apa yang terbaik sebab semestinya Allah akan bagi yang terbaik untuk hambaNYA.teringat satu status rakan di fb..eh rakan bernama nadiah hakimi.

"And they planned and Allah also planned. And Allah is the best of planners" [3:54]

Monday, February 1, 2010

Alhamdulillah...

Bismillah..

Hari ahad yang cukup indah bila aku mampu lagi bernafas.Alhamdulillah..

Bila aku mampu untuk makan dan untuk senyum dan untuk rasa bad mood dan rasa untuk mendengar lagu ini dan untuk telefon ma untuk bagitahu aku dah selamat sampai di USM.dan juga untuk selamat sampai di USM setelah datang dari rumah..okeh Alhamdulillah…

Dan juga Alhamdulillah sebab berjaya menolak tawaran orang yang menjual donat depan pintu bilik..

Dan juga Alhamdulillah sebab pakcik teksi tadi dari kalangan yang baik2 sebab hanya mengenakan cas 5ya sahaja dari rumah. kadang2 bila aku bagi duit 10ya kat pakcik teksi yang lain, beliau hanya bagi baki dalam 3ya…dan pakcik tadi sebab aku syak beliau seperti pakcik2 yang mengambil untung yang banyak yang akan memberi baki dalam 3ya maka aku dengan nada yang berani berkata “pakcik 5ya kan?”dengan menghulur duit 10 ya dan beliau bagi baki lagi 5ya..Alhamdulillah sebab pakcik tadi tak macam pakcik lain yang akan naik angin tak disangka2 bila aku hanya bagi 5ya dan beliau akan meminta lagi 2,3 ya…

Dan Alhamdulillah sebab aku tak mencaci2 pakcik tadi dalam hati disebabkan dia bukan seperti pakcik2 teksi yang dahulu kala..

------Sejarah mengajar kita

menjadi lebih dewasa

Meniti arus angkara

Lupakan kisah nan lalu

Teguhkan tugu imanmu

Doaku buat kekasih------

Sunday, January 10, 2010

ahad yang ada kelas tiba2 sebaliknya..

bismillah..

sehari ahad ini tiada kelas.tetapi sepatutnya ada..~~huh

bila dah buat list-to-do pada ahad yang ada kelas dan tiba2 sebaliknya dan diketahui pada saat2 akhir...semua list-to-to tiba2 digantikan dengan masuk ke alam mimpi.

enak kan?

weh enak kan mimpi tadi..

bila mimpi harga kain yang dibeli rm 101 tapi kain yang didapati sangat banyak dan konon2 berfikir dalam mimpi

"betul ke harga ni..ke dia nie silap bagi kain k?"

"weh macam kena bagitahu dia ni"

"weh kenapa harga macam nie?sepatutnya mahal lagi"

arghhh...bunyi telefon kegemaran tiba2 (di luar alam mimpi.)

penjual kain sebenar datang ke bilik..dan harga yang sebenar adalah rm48 dengan satu kain..(ok..penjual kain datang selepas call untuk memaklumkan kedatangan...dan aku menunggu kedatangan dengan harapan harga adalah rm101 dengan banyak kain akan diperoleh...)

p/s: rm 101 dalam mimpi mungkin sebab hari ini date;10/1..kalau esok mungkin mimpi esok 11/1 harga naik dengan kain yang berbunga2

Saturday, January 9, 2010

bosan

bismillah...

aku rasa kalau orang dah bosan dengar kita bercerita maka orang tu akan mengatakan "haah.." sebanyak atau melebihi 3 kali setiap kali kita menghabiskan sesuatu ayat sambil mengangguk2 dan tidak memandang mata kamu..tak percaya??silakan menjalankan eksperimen.

perubahan tingkahlaku mungkin tertakluk pada masa dia mengambil makanan. contoh..kalau cerita kamu 'yang membosan kan itu' diceritakan pada masa 2-4 jam selepas mereka makan mungkin tingkahlaku yang ingin dikaji tidak ditunjukkan disebabkan oleh faktor kekenyangan sehingga mereka tidak lagi mendengar penceritaan kamu kerana tertidur sambil duduk sehingga kamu tidak sedar bahawa mereka sedang tertidur kerana terlalu teruja untuk bercerita. .

berbalik kepada statement di perenggan yang pertama.. peratus kejayaan yang tinggi akan diperoleh jika kamu ingin menguji statement saya yang pertama di atas dengan bercerita cerita 'yang membosankan itu' pada masa mereka sedang kelaparan dan malas turun untuk membeli makanan di kafe disebabkan tidak mahu menukar baju untuk turun kerana tidak mahu membanyakkan timbunan baju yang belum dibasuh yang telah dikumpul pada hari2 sebelum cuti minggu bermula..

ok.silakan menguji!!

Friday, January 8, 2010

sikap manusia..

bismillah..

"tanda kasih yang abadi..dalam senang jua dalam kesempitan..kasih Ilahi tiada bersempadan..tak memilih siapa..tidak berakhir..kekal selamanya.."----antara 2 kasih(UNIC)

bila disaat2 akhir, baru nak berlatih untuk buat persembahan malam pentomin dan nasyid.bila di saat2 akhir sedang kalut nak mencari pelakon dan menghafal lirik lagu.bila juga di saat2 akhir baru nak mencari pakaian yang sesuai..dan masa itu juga lah saya suka.

suka bila benda yang disaat akhir dan tengok betapa bersungguhnya ahli2 kumpulan yang sangat2 betanggungjawab.bila tengok kesungguhan mereka berlatih dan menghafal.suka bila tengok mereka bekerjasama..sungguh ini adalah indah. dan sangat suka bila dapat berhimpun ramai2..dan juga suka bila tengok sokongan pasukan batch kami yang sungguh supportive..saya suka!!..

kalaupun tidak mendapat top 5 biarpun hanya 6 kumpulan yang bertanding.(oho..), sekurang- kurangnya kami berusaha..dan kenangan itu sangat indah.terima kasih..

Monday, January 4, 2010

you raise me up

bismillah..

sedangkan aku tengah dengar lagu ini..maka tajuk haruslah begitu.

sebenarnya perasaan ni tak seperti dulu.tapi aku lebih suka begini..aku lebih suka dia senyap begitu.ok stop!!!!

next story..

nanti la kot.ngantuk dah