Sunday, January 10, 2010

ahad yang ada kelas tiba2 sebaliknya..

bismillah..

sehari ahad ini tiada kelas.tetapi sepatutnya ada..~~huh

bila dah buat list-to-do pada ahad yang ada kelas dan tiba2 sebaliknya dan diketahui pada saat2 akhir...semua list-to-to tiba2 digantikan dengan masuk ke alam mimpi.

enak kan?

weh enak kan mimpi tadi..

bila mimpi harga kain yang dibeli rm 101 tapi kain yang didapati sangat banyak dan konon2 berfikir dalam mimpi

"betul ke harga ni..ke dia nie silap bagi kain k?"

"weh macam kena bagitahu dia ni"

"weh kenapa harga macam nie?sepatutnya mahal lagi"

arghhh...bunyi telefon kegemaran tiba2 (di luar alam mimpi.)

penjual kain sebenar datang ke bilik..dan harga yang sebenar adalah rm48 dengan satu kain..(ok..penjual kain datang selepas call untuk memaklumkan kedatangan...dan aku menunggu kedatangan dengan harapan harga adalah rm101 dengan banyak kain akan diperoleh...)

p/s: rm 101 dalam mimpi mungkin sebab hari ini date;10/1..kalau esok mungkin mimpi esok 11/1 harga naik dengan kain yang berbunga2

Saturday, January 9, 2010

bosan

bismillah...

aku rasa kalau orang dah bosan dengar kita bercerita maka orang tu akan mengatakan "haah.." sebanyak atau melebihi 3 kali setiap kali kita menghabiskan sesuatu ayat sambil mengangguk2 dan tidak memandang mata kamu..tak percaya??silakan menjalankan eksperimen.

perubahan tingkahlaku mungkin tertakluk pada masa dia mengambil makanan. contoh..kalau cerita kamu 'yang membosan kan itu' diceritakan pada masa 2-4 jam selepas mereka makan mungkin tingkahlaku yang ingin dikaji tidak ditunjukkan disebabkan oleh faktor kekenyangan sehingga mereka tidak lagi mendengar penceritaan kamu kerana tertidur sambil duduk sehingga kamu tidak sedar bahawa mereka sedang tertidur kerana terlalu teruja untuk bercerita. .

berbalik kepada statement di perenggan yang pertama.. peratus kejayaan yang tinggi akan diperoleh jika kamu ingin menguji statement saya yang pertama di atas dengan bercerita cerita 'yang membosankan itu' pada masa mereka sedang kelaparan dan malas turun untuk membeli makanan di kafe disebabkan tidak mahu menukar baju untuk turun kerana tidak mahu membanyakkan timbunan baju yang belum dibasuh yang telah dikumpul pada hari2 sebelum cuti minggu bermula..

ok.silakan menguji!!

Friday, January 8, 2010

sikap manusia..

bismillah..

"tanda kasih yang abadi..dalam senang jua dalam kesempitan..kasih Ilahi tiada bersempadan..tak memilih siapa..tidak berakhir..kekal selamanya.."----antara 2 kasih(UNIC)

bila disaat2 akhir, baru nak berlatih untuk buat persembahan malam pentomin dan nasyid.bila di saat2 akhir sedang kalut nak mencari pelakon dan menghafal lirik lagu.bila juga di saat2 akhir baru nak mencari pakaian yang sesuai..dan masa itu juga lah saya suka.

suka bila benda yang disaat akhir dan tengok betapa bersungguhnya ahli2 kumpulan yang sangat2 betanggungjawab.bila tengok kesungguhan mereka berlatih dan menghafal.suka bila tengok mereka bekerjasama..sungguh ini adalah indah. dan sangat suka bila dapat berhimpun ramai2..dan juga suka bila tengok sokongan pasukan batch kami yang sungguh supportive..saya suka!!..

kalaupun tidak mendapat top 5 biarpun hanya 6 kumpulan yang bertanding.(oho..), sekurang- kurangnya kami berusaha..dan kenangan itu sangat indah.terima kasih..

Monday, January 4, 2010

you raise me up

bismillah..

sedangkan aku tengah dengar lagu ini..maka tajuk haruslah begitu.

sebenarnya perasaan ni tak seperti dulu.tapi aku lebih suka begini..aku lebih suka dia senyap begitu.ok stop!!!!

next story..

nanti la kot.ngantuk dah