Saturday, January 9, 2010

bosan

bismillah...

aku rasa kalau orang dah bosan dengar kita bercerita maka orang tu akan mengatakan "haah.." sebanyak atau melebihi 3 kali setiap kali kita menghabiskan sesuatu ayat sambil mengangguk2 dan tidak memandang mata kamu..tak percaya??silakan menjalankan eksperimen.

perubahan tingkahlaku mungkin tertakluk pada masa dia mengambil makanan. contoh..kalau cerita kamu 'yang membosan kan itu' diceritakan pada masa 2-4 jam selepas mereka makan mungkin tingkahlaku yang ingin dikaji tidak ditunjukkan disebabkan oleh faktor kekenyangan sehingga mereka tidak lagi mendengar penceritaan kamu kerana tertidur sambil duduk sehingga kamu tidak sedar bahawa mereka sedang tertidur kerana terlalu teruja untuk bercerita. .

berbalik kepada statement di perenggan yang pertama.. peratus kejayaan yang tinggi akan diperoleh jika kamu ingin menguji statement saya yang pertama di atas dengan bercerita cerita 'yang membosankan itu' pada masa mereka sedang kelaparan dan malas turun untuk membeli makanan di kafe disebabkan tidak mahu menukar baju untuk turun kerana tidak mahu membanyakkan timbunan baju yang belum dibasuh yang telah dikumpul pada hari2 sebelum cuti minggu bermula..

ok.silakan menguji!!

No comments: