Sunday, February 28, 2010

Bismillah..

banyak sangat cerita sampai tak tahu nak tulis apa.

perempuan kalau mood swing memang tak tahu kenapa tiba tiba terjadi mood swing macam yang entah apa2 entah...

dah lama rasa tak tengking orang sampai bila tetiba tertengking sampai rasa bersalah..ooo!

makanan hotel yang menarik tertarik kau memang debom tuh sangat menarik hati perut buncit neh!!but Alhamdulillah..

ooo pasal previous post..heheheee.aku dah sembuh dari tak tenang!tahniah pada mctat sebab dia pun kuat juga...

sebenarnya bila kita tak tahu apa sebenarnya yang kita nak, kadang2 bila MUNCUL benda yang kalau TAK ADA tak apa, kalau ADA itu satu bonus...oh maksud aku that thing is not a priority..
maka hati mulalah fikir wah that is what i'm really need!!!instead of what is really i want...

bak kata momma Odie....

You got to dig a little deeper
Find out who you are
You got to dig a little deeper
It really ain't that far


momma Odie tu seorang yang completely blind but she knows 'need' and 'want' are completely different...

~~~~~~~credit to Princess Frog

Tuesday, February 16, 2010

opsss...

bismillah..

hati tak tenang.

SEKALI LAGI.

ya ALLAH

Monday, February 8, 2010

listen to me!!

Bismillah...

sedang dalam mood yang entah apa2 sementara menunggu masuk waktu sembahyang.

rasa entah apa2 bila dapat call orang yang suara-mesti-nak-bengang sebab nombor aku naik kat handphone dia..suara macam seorang bini sedang mengesyaki aku nak mengorat laki dia,suara yang bila aku cakap aku tak kenal nombor dia terus macam suara jadi tinggi seperti aku sedang gunakan taktik nak selamatkan diri selepas terkantoi mengorat laki dia..hish....

aku pun tak faham kenapa nombor aku boleh ada ngan dia sedangkan AKU TAK PERNAH KENAL NOMBOR DIA DAN TAK BUAT CALL 2 3 JAM NI DAN TAK KENAL LAKI DIA YANG DIA BOLEH NAK BUAT SUARA YANG MACAM PEREMPUAN GILA TALAK!!!!!

cisss....tu maxis problem jangan sabitkan aku wahai wanita!!!!



sekejap tadi gak seorang rakan call semata2 nak suruh dengar dia sedang menangis..perempuan bila ada problem dia lebih suka bila kita mendengar problem dia dan jangan sibuk2 nak bagi solution sebab pada masa tu dia hanya nak seseorang yang boleh mendengar..dan dengarila dia ok!!walapupun masa dia bercakap kita hanya mendengar sayup sayup dan tak jelas apa yang disebut dan tak yah lah nak suruh dia ulang apa yang dia luahkan. just tangkap muat je apa info yang terdengar dan cuba integrate kan dan dengar saja..they just wanna feel relief and all we can do just listen to them!!ok?

semoga sahabat saya kuat dan tabah!!

Thursday, February 4, 2010

ketika cinta bertasbih


bismillah...

kali kedua sebak setelah dua kali menengok movie KCB. sangat terharu dan macam eh ya Allah hebat nya kepercayaan mereka pada ketentuan jodoh.wau!!!!

dari permerhatian pada rakan2 terdekat tentang jodoh dan kekasih,baru je tadi rakan A call bercerita betapa over excited bila rakan yang di admire dulu dah jumpa kembali..agak2 10 tahun juga.dan hampir tak percaya bila rakan tu turut macam eh eh eh aku macam admire ko jugak dulu.eh eh eh..sangat macam ewah hebat nya 10 tahun ni bila jumpa kembali dan ko admire aku dan aku admire kau!!!

juga ada yang pulun bercinta and at the end kau lepaskan aku dengan kata2 hinaan.kau cerca aku,aku cerca kau..apa yang tak baik semasa berkasih dan dan tu juga kena hambur sebaik perkataan kata clash dituturkan..ya lah masa nak semua baik2 aja.dan sekarang?masing2 sengih sahaja la

ada lagi yang wah ni memang tak disangka,wau eh macam mana nak cerita nih..berkekasih dengan A, putus dan bertunang dengan B dan putus dan berkahwin dengan C.oh dan sekarang C lagi disayangi Allah.maka ibu itu kini keseorangan.

kan weh?kalau kita betul2 yakin pasti kita akan dapat apa yang terbaik sebab semestinya Allah akan bagi yang terbaik untuk hambaNYA.teringat satu status rakan di fb..eh rakan bernama nadiah hakimi.

"And they planned and Allah also planned. And Allah is the best of planners" [3:54]

Monday, February 1, 2010

Alhamdulillah...

Bismillah..

Hari ahad yang cukup indah bila aku mampu lagi bernafas.Alhamdulillah..

Bila aku mampu untuk makan dan untuk senyum dan untuk rasa bad mood dan rasa untuk mendengar lagu ini dan untuk telefon ma untuk bagitahu aku dah selamat sampai di USM.dan juga untuk selamat sampai di USM setelah datang dari rumah..okeh Alhamdulillah…

Dan juga Alhamdulillah sebab berjaya menolak tawaran orang yang menjual donat depan pintu bilik..

Dan juga Alhamdulillah sebab pakcik teksi tadi dari kalangan yang baik2 sebab hanya mengenakan cas 5ya sahaja dari rumah. kadang2 bila aku bagi duit 10ya kat pakcik teksi yang lain, beliau hanya bagi baki dalam 3ya…dan pakcik tadi sebab aku syak beliau seperti pakcik2 yang mengambil untung yang banyak yang akan memberi baki dalam 3ya maka aku dengan nada yang berani berkata “pakcik 5ya kan?”dengan menghulur duit 10 ya dan beliau bagi baki lagi 5ya..Alhamdulillah sebab pakcik tadi tak macam pakcik lain yang akan naik angin tak disangka2 bila aku hanya bagi 5ya dan beliau akan meminta lagi 2,3 ya…

Dan Alhamdulillah sebab aku tak mencaci2 pakcik tadi dalam hati disebabkan dia bukan seperti pakcik2 teksi yang dahulu kala..

------Sejarah mengajar kita

menjadi lebih dewasa

Meniti arus angkara

Lupakan kisah nan lalu

Teguhkan tugu imanmu

Doaku buat kekasih------