Monday, February 1, 2010

Alhamdulillah...

Bismillah..

Hari ahad yang cukup indah bila aku mampu lagi bernafas.Alhamdulillah..

Bila aku mampu untuk makan dan untuk senyum dan untuk rasa bad mood dan rasa untuk mendengar lagu ini dan untuk telefon ma untuk bagitahu aku dah selamat sampai di USM.dan juga untuk selamat sampai di USM setelah datang dari rumah..okeh Alhamdulillah…

Dan juga Alhamdulillah sebab berjaya menolak tawaran orang yang menjual donat depan pintu bilik..

Dan juga Alhamdulillah sebab pakcik teksi tadi dari kalangan yang baik2 sebab hanya mengenakan cas 5ya sahaja dari rumah. kadang2 bila aku bagi duit 10ya kat pakcik teksi yang lain, beliau hanya bagi baki dalam 3ya…dan pakcik tadi sebab aku syak beliau seperti pakcik2 yang mengambil untung yang banyak yang akan memberi baki dalam 3ya maka aku dengan nada yang berani berkata “pakcik 5ya kan?”dengan menghulur duit 10 ya dan beliau bagi baki lagi 5ya..Alhamdulillah sebab pakcik tadi tak macam pakcik lain yang akan naik angin tak disangka2 bila aku hanya bagi 5ya dan beliau akan meminta lagi 2,3 ya…

Dan Alhamdulillah sebab aku tak mencaci2 pakcik tadi dalam hati disebabkan dia bukan seperti pakcik2 teksi yang dahulu kala..

------Sejarah mengajar kita

menjadi lebih dewasa

Meniti arus angkara

Lupakan kisah nan lalu

Teguhkan tugu imanmu

Doaku buat kekasih------

No comments: