Friday, April 30, 2010

emm

rasa sedih tiba2..

sunyi oh.

baru perasan aku selalu post entry yang sedih2 jea

oklaaa, esok la nak post entry yang gembira2..

ok nak tidur untuk tunggu esok

bye

Sunday, April 25, 2010

bukan

aku rasa aku bukan perempuan yang baik.

kalau perempuan yang baik, dia mampu untuk membimbing kan?

kalau dia perempuan yang baik,dia kena tegas kan?

kalau dia perempuan yang baik, dia boleh bertegas lagi kan?

kalau dia perempuan yang baik, dia kena kuat kan?

kalau dia perempuan yang baik, dia kena lagi kuat kan?

kalau dia perempauan yang baik dia kena berani kan?

kalau dia perempuan yang baik, dia kena mampu berkata tidak kan?

kalau dia perempuan yang baik, dia boleh berusaha lagi kan?

tapi...kalau dia bukan perempuan yang baik,dia tetap akan macam tu..selama2 nya...

sedih bila tahu diri sendiri bukan perempuan yang baik

sebab semua pilihan dalam tangan seorang perempuan

dia nak jadi baik ke tidak.

arghhh..jiwa kacau lagi..pergi study prempuan tak baik!!!

tapi bila sampai bab buat pilihan..jangan lupa pada YANG SATU.Dia maha mengetahui!

Saturday, April 24, 2010

apa saja untukmu

Untukmu kasih
Ku cuba meraih
Bintang di angkasa
Walau tak terdaya kan ku ikhtiar
Untukmu kasih
Gembira bersedih
Selagi ku bernyawa
Untukmu kasih, ku korban apa saja


masa tengah tengok cerita spongebob setiap petang pukul 5 tv9 sebelum berhoora2 diluar rumah..
aku berkata pada adik bongsuku

aku:dik,tau tak tapak sulaiman xde otak sebab tu patrick bodoh dan bengong..kalau sape takdop otak dia xde akal..xleh berfikir!(gaya bersungguh2)

adik bongsu:tau doh..

aku:(dalam hati)..eleh,baru nak eksyen sebagai kakak yang tahu segalanya

adik bongsu:tapi gano die boleh pikir nametag spongebob ada dalam tong sampah?

aku:ala..dia kan teka jah sebab spongebob kan cerita dia ada buang epal dalam tong sampah

adik bongsu: dah tu macamana dia boleh teka kalau dia tak ada otak?

aku:patrick kan kawan spongebob,dia mesti nak tolong kawan dia

adik bongsu: dah tu gano dia boleh bercakap dengan spongebob kalau dia tak ada otak?

aku:..erk!!!(lain kali malas nak bercakap dengan orang banyak mulut)...

adik bongsu: bukan ke kalau nak bercakap tu kita kena ada otak?

aku:SEBAB PATRICK KAN KARTUN!!!!!KARTUN....SEMUANYA MENIPU...!(nada masih lembut..)

p/s:apa saja untukmu adik.!layan!

Saturday, April 17, 2010

timeless

bismillah..

malam jumaat lalu kami mengadakan parti liar..

oh no?
malam jumaat?
parti liar?

well..biasala bagi budak2 kemaruk nak exam.

theme:cacamerba..chaotic syndrom
venue:atas tanah bawah rembulan..lighting kena sayup2 baru LIAR!
target:girls ppsk 3rd year yang bersungguh2 mahukan final exam

cacamerba theme adalah bagi berdasarkan pakaian yang kau pakai yang kau tak mahu orang lain tengok keselekehan pakaian itu. seluar tidur campur baju kemeja formal, seluar pendek dengan kasut dan tudung seperti makjah menjual etok..ok..itu pun boleh kira cacmerba.dan...arghhh..malas nak taip

memandangkan ia parti liar maka gambar amatla secret and confidential. even dalam facebook juga tidak dipublishkan. untuk menjaga peribadi personaliti yang berpakaian unik.oh dan ada juga award untuk princess chaotic dan pastinya AKU tak menang award tu..princess chaotic sangat 'debumbak debum' kalau di publish kan maka, oh tak dapat ditaipkan kedumbak debum itu.


oklaaa..gambar ni je tak la nampak liar sangat.ok..sekarang dah publish..mereka je tak ikut tema.DEGIL!dan nampak sedikit bayangan tangan princess chaotic itu

Timeless
Don’t let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It’s just timeless

notakaki:really enjoy that party..!!!

Wednesday, April 7, 2010

berseri2

bismillah..

disebabkan esok ada asignment untuk dihantar dan pada masa nie mic word masih belum diklik untuk menaip2,tangan pula sangatlah rajin ingin mengepost di blog ini..

oh..mahu tidur lewat!
nak siapkan.....

apa yang kita ingat baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak dan apa yang tidak disukai itu mungkin adalah yang terbaik..jadi~~~janganlah kamu membenci!

kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi pada masa depan..

yang kita tahu hanya merancang..

yang sebenarnya manusia boleh berubah

dan perubahan kepada yang lebih baik itu adalah yang diharapkan.

mungkin hari ini kamu jatuh dan siapa tahu masa depan kamu adalah yang terhebat..

jatuhlah dan menangislah sebab mungkin pada masa depan, hari kamu terjatuh ini akan mengingatkan kamu erti susah dan payah.

yang buatkan kamu tidak sombong suatu hari nanti..
sekian~~~

Thursday, April 1, 2010

next door!

bismillah..

terbaca satu berita macamana seorang pengutip tin kosong berjaya menjadi seorang jutawan.dan rahsia ke'jutawanan' beliau hanya diketahui selepas kematian beliau..macaman dia habiskan masa selama 40 tahun menjadi pengutip tin dan berselindung dengan imej selekeh yang busuk dan hobi beliau suka ke library untuk mengkaji tentang pasaran kewangan dan saham..semua orang macam wauuuu!!!!!

2 hari yang terasa sekejap je tanpa berbuat apa2 faedah akademik.hanya untuk dinner yang havoc nanti..wah..havoc ke mek?!!!




bila hati sedang rasa indah saya harap dia masih tak lalai..