Wednesday, October 20, 2010

dunia hari ini

bismillah.

pernah tak masa tengah sembang2 dengan ibu sendiri.masa tu ibu cerita masa dia kecil2..main2 masih tak pakai baju.bawak duit 20 sen pergi sekolah.pergi sekolah ramai2 jalan kaki.masa tu selalu kena tinggal sebab nenek dengan datuk sibuk dengan tanam tembakau,jual ikan..masa tu masih buat terjun tiruk masuk sungai, masa tu sungai jernih sebab masih boleh nampak dasar sungai.masa tu boleh keluar bermain dari pagi sampai petang.masa tu nak tengok tv kena pergi kedai cina dan tengok ramai2.masa tu lantai rumah kayu sampai ada orang cucuk2 punggung guna lidi masa duduk mengaji dalam rumah.masa tu main congkak dengan gali lubang dan ganti guli guna serpihan atap2 batu rumah. masa tu bila kenduri meriah satu kampung.masa tu satu kampung ibarat keluarga sendiri.kampung sebelah macam saudara dekat2.rumah masa tu tanpa pagar.

masa sekarang.

sibuk dengan kelas pagi kelas petang.pergi sekolah masing2 driver hantar.tak boleh keluar main jauh2 takut kena culik.masa ni main2 video game.main perang2 guna controller.masa ni kenal burung,kenal ikan guna rancangan national geographic.masa ni nampak sungai geli nak mandi sebab macam mandi dalam air milo je.masa ni kena tinggal dengan pengasuh sebab ibubapa sibuk cari duit.masa ni tengok tv pun tak ada mood sebab every movie boleh senang2 nak download.masa ni jiran sebelah rumah dianggap orang asing,takut dibawa lari ke lombok.masa ni sepupu tak seperti saudara sendiri.macam2 boleh jadi.masa ni buat kenduri guna catering,tetamu datang makan dan senyum2 jea.dan masa ni pintu rumah lebih kurang 100 meter dari pintu pagar..

No comments: