Monday, November 8, 2010

surat cinta

kepada encik Bruno Mars,

hai.hai.hai.hai...sangat tak teruja dapat menulis surat cinta untuk awak. sungguh tak tipu. kalau la awak rasa saya menipu maka tak bolehla saya menipu untuk berkata yang saya amat suka tengok awak. sungguh.ni memang betul.(ok,awak dah percaya?) yes..!! hai hai hai sekalilagi. tak tahu nak cakap apa, takkan nak bagi salam kot, awak bukan tahu jawab pun. dan kalau awak tahu jawab nanti saya lagi terdiam tak tahu nak cakap apa. oh awak.. semoga lagi sukses ok.

p/s: boleh tak kurangkan senyum masa menyanyi. nanti awak buat ramai lagi orang tulis surat cinta untuk awak. bye.

yang benar,

-signature belitbelit-
(saya peminat awak suka tengok gigi awak yang sebaris comel.sebab tu awak suka senyum kan.?)

oh oh oh..lupa pantun

pecah kaca,
pecah gelas,
terimakasih sebab baca,
tak apa kalau tak nak balas.

Wednesday, November 3, 2010

november

berjumpa lagi kita dengan bulan november. umum tahu bulan ini adalah bulan hujan dan kesejukan di kelate. jadi semua, marilah kita tidur bersama stokin. bila sebut bulan kesejukan, semua juga harus tahu bulan november juga bulan final exam.oh ya...final exam jangan lupa ya disaat2 kesejukan ini. juga marilah kita study bersama stokin dikaki. lagi sekali stokin jangan dilupa.

kejap eh nak google gambar stokin.


lately ni banyak bencana alam kan. yang rasa bertuah, sebab tinggal kat Malaysia. tapi yang rasa sedih sebab ada saudara2 kita tak tinggal kat Malaysia. sebab apa diorang tak tinggal kat Malaysia??..sebab Malaysia ni kecil aje la,kalaula semua penduduk dunia tinggal di Malaysia,maka negara2 lain akan kosong. bila kosong, maka kita takkan la nak gi melancong ke OVERSEA dan tempat2 yang kosong tiada penghuni. dah.

betul ke Gunung Merapi dijaga oleh naga.?em..mereka kata gunung tu meletus sebab naga tu bergerak. sebelum ni naga ni tidur sebab tu la gunung tu tak aktif. sekarang ni baru la naga tu nak bangun. tapi kenapa naga tu tak terbang eh? naga bukan ke boleh terbang ke? macam cerita Merlin tu. ataupun cerita How to Train Your Dragon. ke naga Gunung Merapi lumpuh sayap nya, ke naga tu tak bangun lagi cuma menggeliat je. boleh bayang tak kalau naga tu tiba2 bangun dan "waooooo" (maksudnya sembur api dari mulut..) mesti ramai lagi yang terkorban dop. hem..

oh.tak lambat lagi kan nak kata tahniah kepada Red Warriors kita. walaupun bukan semua player Kelantan tu orang Kelantan tapi nama Kelantan yang diorang bawa tu tetap buat kami bangga okeh. kamu ada? bagi saya kan (eh saya?) meriahnya sebuah pasukan bila sepak tu adalah berdasarkan meriahnya penyokong2 mereka. umum tahu penyokong Kelantan ni kontroversi nya aaamaaaat banyak.malas nak type. tapi tanpa kami, tak meriah kot bola sepak Malaysia. bukan nak bangga tapi jangan la sebab nila setitik habis semua orang Kelantan kamu nak cop samseng. dalam pisang setandan ada juga yang buruk okeh. tak yah nak prejudis sangat..

sangat tak suka bila dengar "nasib la Kelantan menang hari tu.kalau tak apa la yang jadi kat stadium?"..

apa..? kamu ingat kami tak ada perasaan eh. tiba2 emo.

umum tahu penyokong Kelantan adalah penyokong paling ramai ada kat stadium semasa sesuatu perlawanan. so bila dah ramai banyakla ragam dia. paling tak tahan bila kami buat hal, nak juga letak nama MB kami sebagai penyebab penyokong Kelantan tak berdisiplin.? ada kaitan eh? mana kaitan dia. try bagitahu sikit. angin!