Wednesday, November 3, 2010

november

berjumpa lagi kita dengan bulan november. umum tahu bulan ini adalah bulan hujan dan kesejukan di kelate. jadi semua, marilah kita tidur bersama stokin. bila sebut bulan kesejukan, semua juga harus tahu bulan november juga bulan final exam.oh ya...final exam jangan lupa ya disaat2 kesejukan ini. juga marilah kita study bersama stokin dikaki. lagi sekali stokin jangan dilupa.

kejap eh nak google gambar stokin.


lately ni banyak bencana alam kan. yang rasa bertuah, sebab tinggal kat Malaysia. tapi yang rasa sedih sebab ada saudara2 kita tak tinggal kat Malaysia. sebab apa diorang tak tinggal kat Malaysia??..sebab Malaysia ni kecil aje la,kalaula semua penduduk dunia tinggal di Malaysia,maka negara2 lain akan kosong. bila kosong, maka kita takkan la nak gi melancong ke OVERSEA dan tempat2 yang kosong tiada penghuni. dah.

betul ke Gunung Merapi dijaga oleh naga.?em..mereka kata gunung tu meletus sebab naga tu bergerak. sebelum ni naga ni tidur sebab tu la gunung tu tak aktif. sekarang ni baru la naga tu nak bangun. tapi kenapa naga tu tak terbang eh? naga bukan ke boleh terbang ke? macam cerita Merlin tu. ataupun cerita How to Train Your Dragon. ke naga Gunung Merapi lumpuh sayap nya, ke naga tu tak bangun lagi cuma menggeliat je. boleh bayang tak kalau naga tu tiba2 bangun dan "waooooo" (maksudnya sembur api dari mulut..) mesti ramai lagi yang terkorban dop. hem..

oh.tak lambat lagi kan nak kata tahniah kepada Red Warriors kita. walaupun bukan semua player Kelantan tu orang Kelantan tapi nama Kelantan yang diorang bawa tu tetap buat kami bangga okeh. kamu ada? bagi saya kan (eh saya?) meriahnya sebuah pasukan bila sepak tu adalah berdasarkan meriahnya penyokong2 mereka. umum tahu penyokong Kelantan ni kontroversi nya aaamaaaat banyak.malas nak type. tapi tanpa kami, tak meriah kot bola sepak Malaysia. bukan nak bangga tapi jangan la sebab nila setitik habis semua orang Kelantan kamu nak cop samseng. dalam pisang setandan ada juga yang buruk okeh. tak yah nak prejudis sangat..

sangat tak suka bila dengar "nasib la Kelantan menang hari tu.kalau tak apa la yang jadi kat stadium?"..

apa..? kamu ingat kami tak ada perasaan eh. tiba2 emo.

umum tahu penyokong Kelantan adalah penyokong paling ramai ada kat stadium semasa sesuatu perlawanan. so bila dah ramai banyakla ragam dia. paling tak tahan bila kami buat hal, nak juga letak nama MB kami sebagai penyebab penyokong Kelantan tak berdisiplin.? ada kaitan eh? mana kaitan dia. try bagitahu sikit. angin!

4 comments:

INFINITY said...

Hak hak hak. Banyaknya ayat 'umum tahu...'.

Kuang kuang. Menang bola!

tomoko said...

umum tahu kami menang bola.
umum tahu

lunar wolf said...

..aku cari button 'like' tapi takda..camna nie..camna?~

han.nan.ni said...

go klate go!!!
wpun aku duk jauh,
tp aku sgt2222 bgga dgr berita ni
hahaha.

sini sejuk lagi la ikaaaa
x cukup stokin nk pakai ;p