Saturday, December 24, 2011

Dec dah

Hi kawan2. eh Assalamualaikum salam 1 Malaysia!

Berita hangat bulan Disember ini adalah Januari depan bukan lagi ditulis 2011 dibelakang nya, tapi ditulis 2012. Dibelakang nya bukan didepan! Hebat bukan?!! Hebat tak intro ni..

Sudah makan ke belum?mandi dah?gosok gigi tak? minum air kosong banyak tak pagi ni? tahu tak air kosong baik untuk memuluskan kulit. bila kulit mulus hati pun riang. momentum bekerja juga makin mantap dan kecerian harian berganda. Sedar tak itu semua boleh dicapai dengan air kosong tanpa gula.

sempena minggu terakhir bulan Disember ni saya mahu mengucapkan selamat berdisember. Juga nak baeritahu suasana bekerja saya sudah berubah. sudah...1,2,3 bulan saya menukar tempat kerja. senang saja untuk bertukar tempat kerja anda perlu sebut BERTUKAR!!!!!(tangan kanan angkat keatas melepasi kepala)...awas kalau angkat tangan kiri nanti jadi sailormoon.

Huh..apa ni entry tak bermanfaat.

Cuma nak cakap rindu betul time belajar dulu. kalau lah... kalau lah kail panjang sejengkal.(lalalala..)bye!

Thursday, November 24, 2011

Learning Process~1

I just need to stay away from the phone.

It can keep me free from text-him-oh-text-him-please radiation

Pathetic!;(

Saturday, August 13, 2011

Kenapa duit ada ketka berusaha sahaja.

Assamualaikum dan selamat pagi kawang2!!

Ucapan hari ni: Sahur tak sahur puasa tetap ong ye!

Ok, lepas dalam 3 bulan, lebih kurang lah dah kerja. Income harus diperuntukkan untuk saving dan investment juga. Dengan semangat berkobar2 seperti 3 bulan bekerja, aku telah pergi ke Bank Islam. Nak cucuk2. Sampai je sana ada lah 2 orang Puan tengah duk promote pasal Takaful. Sebab sebelum tu dah frust buat talk kat UIA, aku pun layan lah agen Takaful nie.

Jarang je aku ni nak melayan orang, lagi agen2 insurans ni. Lainlah kalau agen tu adalah promoter makanan kat Tesco ke. Konpem round 2,3 kali area tu sebab nak suruh agen tu offer try rasa. Hehe.

Ok. Berdasarkan pengalaman aku yang tak amik kos finance ni. Skim ni quite good lah. Sebab dia ada peruntukkan sikit dari simpanan kita untuk disedekahkan. Maksudnya even kita dapat dividen, dividen tu telah di potong untuk disedekahkan. Maknanya kita saving duit setiap bulan dan sambil tu juga dalam diam2 kita dah bersedekah rupanya. Macam diam2 jatuh cinta edisi Ramlah Ram lah.

Lepas tu skim ni pulak memberi kelonggaran pada kita nak set berapa ringgit sebulan untuk kita saving. Dan dia juga cover insurans. Tapi tak dapat dipastikan apa yang dia cover dan lama mana. Dan tempoh matang skim ni adalah 3 tahun. Maknanya bila dah 3 tahun kita boleh lah nak withdraw. (explanation matang ni sebab aku andaikan pembaca adalah mereka yang tak amik finance juga lah). Juga tak dapat dipastikan skim2 lain matang berapa tahun. Ni bukan entry untuk compare antara skim ye. Kalau nak compare semesti lah skim cepat kaya juga lah nak menang kan.

Dan siapa nak? Mesti lah dah kerja ok. Atau pun tak kerja tapi dapat income tetap pun boleh la dop. Ok boleh contact Puan Ummi ye. 01309861498.

Dan servis percuma bila dah start contact2 dia, boleh dapat servis free menilik.

Puan Ummi: awak ni anak no berapa (stendek nak beramah mesra la kan)

Cik Tomoko: oh saya anak no 2

Puan Ummi: anak no 2 ni biasanya ada jati diri yang tinggi.

Cik Tomoko hanya sengeh.

Tetiba...

Cik Tomoko: anak no 2 ni biasanya jodoh dengan anak no berapa?(ok dah keluar angin nak beramah mesra dia)

Puan Ummi: biasanya anak no 5.

..Alang2 dah mesra kan. Ok done.

BTW, siapa anak no 5? Bukan ada anak 5 orang yer. Bukan.

Tuesday, August 2, 2011

Sebab meletakkan sesuatu di dalam hati

Teringat satu point didalam buku La Tahzan, JANGAN MELETAKKAN SESUATU DI DALAM HATI.


Sebab bila dah ada dalam hati, sangat tidak senang untuk melepaskan bila sampai masa sesuatu itu akan pergi. Kan setiap sesuatu yang datang pasti pergi. Tapi bila dah ada dalam hati mungkin hati ni tak kuat nak melepaskan.


Saya pun selalu terfikir kalau menangis pun benda yang pergi takkan datang balik. Menangis adalah bukan tanda usaha. Menangis dan bersedih bukan tiket untuk dapatkan sesuatu. Tapi menangis juga lah yang nak dilakukan. Nak juga menangis nak lepaskan kesedihan. Tapi yang ditangisi bukan nya datang balik.


Tapi kan. Kalau lah... Sharbinie tak main masa first game lawan Singapore hari tu mungkin kita still layak kan.


Dem! Nak juga ada kalaulah.

Tuesday, July 26, 2011

sesungguhnya

Apa nak taip bila jiwa kacau ni. bukan tak bersyukur tapi perasaan sekali sekala memberontak adalah normal kan. MARILAH MEMBERONTAK!!eh tertekan caps lock.

Tajuk hari ni adalah jiwa kacau.padahal setiap entry mesti dalam keadaan jiwa kacau. dem!

Saat terfikir kenapa lah sangat tidak bersemangat nak bekerja ni. dulu excited nak habis belajar nak kerja. bila dah kerja terus emo nak gi belajar balik. memang manusia ni susah nak bersyukur kan? maksud aku suka memberontak kan?rasa nak tampar muka tapi sakit pula. rasa nak gi naik gunung dan terjun sahaja.~ada tali ikat kat pinggang~

Kadang2 tak pasti apa lagi yang dikejar dalam hidup ni sedangkan mati itu adalah pasti datang.

Letih.dah.mengeluh.

Thursday, June 16, 2011

hebat sangat

Dulu aku pernah bercita2 nak jadi seorang hacker. Tapi bila difikir2 balik masa buat belajar dulu, guna spss and adobe photoshop, dah banyak kali aku caci dan hina laptop seperti dia ada hati nak terasa.. aku dah lupakan cita2 tu.

Nak2 bila aku baca hacker masuk websites gov dan hack dengan jayanya. Kononya mereka tak puas hati bila SKMM block websites kesukaan mereka.
Lagi satu aku tak faham dengan hackers ni, kalau dah hebat sangat maka logiklah mereka dapat hack balik website yang telah di block oleh gov kan. Daripada buat kerja nak hack websites gov yang dah sah2 ramai lagi nak guna pakai. Kan namanya menyusahkan orang. Apa kes nak hack Jobmalaysia? nampak sangat suka populariti dan kontroversi. Try praktik tagline melodi "kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi" kan ada juga gunanya.

cek websites yang hacker hack

cek websites yang gov block

Sila jangan hack website ini. Haha..

Wednesday, June 15, 2011

rain and BOW

wah!! lately, rajin yang amat menhapdate yep.

cuba kalau rajin begini dalam kerjaya. semesti jadi kesayangan bos. gaji pun harus2 dekat dengan nilai gaji bos*tangan kedada*


semalam aku bersama2 housmates memasak ikan cencaru bakar plus ikan sweet sour. dalam bak2 bergotong royong memasak harus ada aku untuk melancarkan segala proses. yela macam mana nak nak masak kalau aku tak kupas bawang. kupas bawang je lah,yang campak2 dalam kuali periuk tu harus lah mereka2. tapi disebabkan bawang YANG DIKUPAS itu, masakan jadi amat enak. i wonder why?


setelah 3 minggu kat kuantan, aku mula lah berani untuk pulang dengan mengambil jalan short cut. disebabkan hari tu macam mendung dan macam nak hujan yang dijangka lebat so dengan mengambil jalan short cut harap2 dapat menyelamatkan diri pasal binatangku tiada bumbung. so dengan langkah kanan,(maksudnya kaki kanan atas brek motor) mula la mencilok2. kadang2 bangga bila dapat cilok2 sedangkan mereka2 masih lagi stuck disitu.(siapa soh rajin2 letak bumbung atas binatang tu)haha


okeh lepas cilok2, aku pun perasan apasal tak nampak kubur lagi? landmark untuk short cut ini adalah kubur okeh. bila dah agak2 memang tak ada kubur aku dah start menggelabah. nak2 hujan dah turun. so berenti la bawah pokok tepi jalan.(cis!!!) nasib minyak ni baru isi penuh semalam. pathetic giler dok bawah pokok dalam hujan.


sempat lagi berangan kot2 ada yang berenti bagi payung ka. bagi kereta ka. temankan sekali dok bawah pokok ka. padahal berangan nak hilangkan gelabah. aku dah sesat. what the fool?? sesat kat kuantan!!!

tak pasal2 15 minit untuk balik rumah tak perlu guna short cut kini dah jadi 1 jam lebih.


nak juga jadi sombong tak nak bertanya orang. kang dah jadi. perasan hidung tinggi la tu.


hari ini ikut jalan biasa. malas mencuba meneroka jalan baru dah.

Tuesday, June 14, 2011

kerja ini

tetiba teringat anuar zain. dulu bukan main tak suka aku dengan dia. lagi2 dulu tv suka la ulang tayang lagu dia yang tajuk "keabadian cinta". nyanyi macam nak feel lebih. dah tu macam orang baru bangun tidur je. senang cerita cukup2 menyampah

tapi itu dulu. sekarang bila dah kenal erti cinta macam semua lagu ditujukan untuk aku. lagi2 lagu "sedetik lebih". dibuai2 mimpi.

baru aku faham kalau benci jangan benci lebih2 kalau sayang jangan sayang lebih2.

ok move on!

tapi lately bila dah putus cinta aku nak start tak suka anuar zain balik. kenapa lagu2 dia sering je macam senasib dengan aku. adakah nanti calon akan datang ada iras anuar zain?? kalau tak iras pun harap2 suara macam anuar zain pun kira lepas lah. kan?

Thursday, June 9, 2011

musim mencari rezeki

assamualaikum

hye everibodi! good condition or not? if not then be good lah. why put bother in yourself to be not in good condition? hailah.

musim bekerja amat seronok jika diberi sentuhan dalam bahasa ibunda. cuma kadang2 starting harus diluahkan dalam bahasa kekanda.

ok. sekarang saya sudah mulai meluncurkan keringat demi sebuah rantaian kehidupan. ia bermaksud bila dah besar cepat2 tolong mak jangan sedap duduk tidur dan makan dan tengok spongebob dirumah dan kadang2 intai2 jejaka2 kampung yang pulang bercuti cuti semester nie. harus ingat umur sudah meningkat jadi tanggungjawab juga harus bertambah dan kena start belajar kerut2 kening masa bekerja

antara scope kerja yang patuh dipatuhi.

1) menjawab call.

seharusnya suara tidak semesti kena menggoda tapi disebalik suara mesti ada kerakusan untuk menarik pelanggan. butir2 perniagaan yang dijalankan harus diterangkan sejelasnya agar situasi perniagaan dikenal pasti oleh pelanggan yang berpotensi.

berpotensi disini bermaksud * harus mempunyai wang* jika anda ada wang maka anda adalah berpotensi menjadi pelanggan kami

pelanggan berpotensi (PB): HALLO... ini ada jual ******** (mumble version)?
pencari rezeki: hah?apa?
PB: sini tempat ada jual *******(mumble version yang agak2 jelas)?
pencari rezeki: apa? rabbit?maaf encik kami ni hearing aid centre.
PB: ada jual dry kit untuk hearing aid tak?
pencari rezeki:ohhh..ada.sila lah datang ke bla bla bla....

mumble version disebabkan oleh pendengaran si pencari rezeki yang agak terbatas. kesimpulan: PB tidak muncul2. mungkin agak terkecil hati dengan sikap pencari rezeki.

*dedicated to my office mate in ipoh. nanti saya akan calibrate my hearing ok tak.
*lain2 scope kerja akan di hapdate kemudian disebabkan masa terbatas.(nak pukul 5 dah oii)

Sunday, May 8, 2011

denial

i suspect me, myself is in denial stage.

having newspaper around me with full of hatred, criminals, sorrows, ugly politics with 'ugly' people, nonsense rules, puppets.

i just cant think why they have heart to live like this.

making jokes to people.

taking someone's love.

hello!! what kind of dress hugging your body??

people lost of respects.

treat baby as trash.

Illuminati things.

bla bla bla.....


i keep telling myself, all these are kind of action of creepy annoyed movies.

but when it comes to date,

then i know this is some reality shows which currently propagating through my world.

and somehow, i wish don't have to think crucially

just like when i was in childhood time.


just wish.to be a kid again.

cause world wont be better anymore.

Saturday, May 7, 2011

jauh

hati bila dah rasa sayang.semua nampak baik. setiap apa yang dia berubah, semua akan nampak sempurna.

setiap kali terasa hati, setiap kali tu akan pujuk diri sendiri. bila dah sayang tak tahu rasa penat. berharap pada seseorang sampai lupa berharap pada cinta lain yang maha agung.

betapa percaya pada luahan bibir. konon cinta akan sepanjang masa. hati akan kasih tak kira masa. tapi lupa pada pemilik hati yang maha berkuasa merubah hati sekelip mata.

mengenang2 cinta si dia. siang malam terbayang. hebat sungguh cinta manusia. hati dulu penuh hanya kenal kasih ibu bapa kini sudah separuh simpan cinta si dia. lalu mana lagi ruang untuk cinta pada sang pencipta.

kalau dulu airmata sangat mahal tapi sejak2 akhir ni mudah saja jatuh sebab cinta ini. apa lagi nak diharap pada cinta tak pasti ini wahai hati.!!!

jangan ditanya pada hati yang penuh dengan cinta manusia, pasti jawapan akan menyebelahi cinta ini. tapi kembali lah pada rasional akal. sanggupkah merubah diri untuk cinta dan makin jauh dari cinta ilahi atau tidak.

dan hati2 bila terjatuh. sebab bila cinta itu jauh dari cinta Ilahi, impak jatuh adalah sangat hebat.

dan ketika bahagia, jangan lupa simpan ruang hati untuk dikecewakan. cinta manusia. pasti tiada yang kekal.

Wednesday, May 4, 2011

just let me in.

If there were no words,
No way to speak,
I would still hear you.
If there were no tears,
No way to feel inside,
I'd still feel for you.

Sunday, May 1, 2011

kita tak serupa

siapa serupa dengan saya?tiada.

mungkin ERRA ada macam nak sama dengan saya tapi kami tetap TAK SERUPA.
~harap faham~

ok.mari melangkah dengan riang bila tahu tiada siapa serupa dengan kita.

dan mari juga mengimbas detik2 kita tak serupa.


mengimbas



mengimbas




mengimbas








mengimbas......

oleh sebab kita tak serupa, jangan mengeji seseorang yang tidak menyerupai kita. jangan sebab kita tak serupa, tidak bermakna diri kita adalah terbaik. menerima kekurangan apatah lagi kelebihan seseorang mungkin buat hidup kita lagi riang bila dikelilingi oleh mereka yang tak serupa dengan kita.

seperti kuda belang yang tak serupa dengan gajah belang apatah lagi dengan lelaki belang.

eh.. lelaki suppose ada hidung belang kan.ikutla.malas nak backspace

Tuesday, February 22, 2011

bulan 2 lagi

assalamualaikum. hai!!!

mari kita berceloteh lagi. pot pet pot. sangat penting untuk menyihatkan alat2 artikulasi.
bayangkan jika alat2 artikulasi tidak digunakan dengan sekerap mungkin, seperti besi yang lama tidak digunakan maka berkaratla ia.

hoi.intro skema

hai..

blog ini jarang di update.bukan tuan dia sibuk. cuma tidak sempat cari masa untuk meng'update'. bukan sibuk tapi tak sempat cari masa. masa2 lain terisi dengan benda2 yang tak penting juga tapi yela...(malas nak update)

saya pernah baca apabila kita buat dosa jangan takut untuk bertaubat sebab pintu taubat selalu terbuka dan Allah itu maha pengampun. tapi itu bukan tiket untuk kita terus buat dosa. kita mengenali dosa apabila kita melakukan benda yang boleh membuatkan hati tidak tenang kerna lumrah manusia suka pada kebaikan bukan kejahatan. pernah anda tidak tenang??

ya!!!!saya pernah! dan sedang!!

doakan saya! dan kamu juga.

btw, doakan saudara2 kita kat asia barat sentiasa bersatupadu. dapat apa yang diperjuangkan. insyAllah.

bayangkan lebih 100 paus begini terdampar mati kat pantai di New Zealand. hai dunia..!!

natakakisangatpentingkadang2: bila nak pandai berenang. nanti boleh berenang bersama si paus! aummmm!

Friday, February 11, 2011

blues and steps.

ok.

minggu ini banyak perkara terjadi. sama macam minggu lepas cuma nak tegaskan minggu ini sebab banyak the blues jadi nak tulis minggu ini banyak perkara terjadi.

ok ok..gerak kedepan.

hai semua.sehat? mari kita bersama2 sihat dengan berjoging. tak pun berjalan kaki. berbasikal juga sihat. tak lupa juga pada bersukan. tidur sepanjang hari tak sihat. atau kalau anda kata sihat, tak apa, mungkin sihatkan emosi anda. maka tidurla..

gerak kedepan bermakna, tinggalkan lubang yang pernah anda jatuh dengan panjat2 keluar dengan cepat2. gunakan tangan2 yang dihulurkan. jika tiada tangan2 yang dimaksudkan, jangan bimbang sebab jika anda mempunyai kekuatan emosi yang tinggi anda juga mampu keluar. ala..

pertandingan katak memanjat pokok pinang.

ada 3 ekor peserta. 2 katak ada pendengaran yang normal dan seekor lagi pekak.yang.amat.

penonton akan bersorak dengan menjerit "oooo tak boleh panjat. jangan panjat sia2 je.tak boleh panjat punya.kau tu mana mampu panjat..."sepanjang pertandingan berlangsung

pertandingan akhirnya dimenangi oleh katak yang.pekak.amat.

sekian.

faham tak. ok. tak faham sila tanya,malu bertanya sesat jalan.

nota.akhir:.. mungkin kulit kita lembut tapi kita bukan katak.oink!

Tuesday, February 8, 2011

ini la febuari

apa kata mari kita melihat setiap segala yang berlaku dari sudut bawah, tak sama bila melihat dari sudut atas kan. nampak lagi besar. jadi besarkan hati untuk lagi bertabah.

memory will always be there and seconds will keep ticking right?


things will get better.

Tuesday, January 18, 2011

hai blogspot!!

seperti biasa simptom2 balik kampung kembali lagi.

ia adalah berkadar terus dengan minggu berada di tempat pengajian

berkadar terus dengan kebanyakan kerja

berkadar terus dengan kalau baca status2 di fb berkenaan anak yang soleh, kasih ibubapa, rumahku syurgaku,buat baik berpada2, jpA bulan feb....


ok.

ingin menukar imej.blogspot.tapi tak ada masa.tunggu!

haaa....


"..kamu tak akan tahu apa akan dilakukan esok dan di bumi mana kamu akan meninggal..."Luqman,34