Saturday, May 7, 2011

jauh

hati bila dah rasa sayang.semua nampak baik. setiap apa yang dia berubah, semua akan nampak sempurna.

setiap kali terasa hati, setiap kali tu akan pujuk diri sendiri. bila dah sayang tak tahu rasa penat. berharap pada seseorang sampai lupa berharap pada cinta lain yang maha agung.

betapa percaya pada luahan bibir. konon cinta akan sepanjang masa. hati akan kasih tak kira masa. tapi lupa pada pemilik hati yang maha berkuasa merubah hati sekelip mata.

mengenang2 cinta si dia. siang malam terbayang. hebat sungguh cinta manusia. hati dulu penuh hanya kenal kasih ibu bapa kini sudah separuh simpan cinta si dia. lalu mana lagi ruang untuk cinta pada sang pencipta.

kalau dulu airmata sangat mahal tapi sejak2 akhir ni mudah saja jatuh sebab cinta ini. apa lagi nak diharap pada cinta tak pasti ini wahai hati.!!!

jangan ditanya pada hati yang penuh dengan cinta manusia, pasti jawapan akan menyebelahi cinta ini. tapi kembali lah pada rasional akal. sanggupkah merubah diri untuk cinta dan makin jauh dari cinta ilahi atau tidak.

dan hati2 bila terjatuh. sebab bila cinta itu jauh dari cinta Ilahi, impak jatuh adalah sangat hebat.

dan ketika bahagia, jangan lupa simpan ruang hati untuk dikecewakan. cinta manusia. pasti tiada yang kekal.

No comments: