Thursday, June 16, 2011

hebat sangat

Dulu aku pernah bercita2 nak jadi seorang hacker. Tapi bila difikir2 balik masa buat belajar dulu, guna spss and adobe photoshop, dah banyak kali aku caci dan hina laptop seperti dia ada hati nak terasa.. aku dah lupakan cita2 tu.

Nak2 bila aku baca hacker masuk websites gov dan hack dengan jayanya. Kononya mereka tak puas hati bila SKMM block websites kesukaan mereka.
Lagi satu aku tak faham dengan hackers ni, kalau dah hebat sangat maka logiklah mereka dapat hack balik website yang telah di block oleh gov kan. Daripada buat kerja nak hack websites gov yang dah sah2 ramai lagi nak guna pakai. Kan namanya menyusahkan orang. Apa kes nak hack Jobmalaysia? nampak sangat suka populariti dan kontroversi. Try praktik tagline melodi "kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi" kan ada juga gunanya.

cek websites yang hacker hack

cek websites yang gov block

Sila jangan hack website ini. Haha..

Wednesday, June 15, 2011

rain and BOW

wah!! lately, rajin yang amat menhapdate yep.

cuba kalau rajin begini dalam kerjaya. semesti jadi kesayangan bos. gaji pun harus2 dekat dengan nilai gaji bos*tangan kedada*


semalam aku bersama2 housmates memasak ikan cencaru bakar plus ikan sweet sour. dalam bak2 bergotong royong memasak harus ada aku untuk melancarkan segala proses. yela macam mana nak nak masak kalau aku tak kupas bawang. kupas bawang je lah,yang campak2 dalam kuali periuk tu harus lah mereka2. tapi disebabkan bawang YANG DIKUPAS itu, masakan jadi amat enak. i wonder why?


setelah 3 minggu kat kuantan, aku mula lah berani untuk pulang dengan mengambil jalan short cut. disebabkan hari tu macam mendung dan macam nak hujan yang dijangka lebat so dengan mengambil jalan short cut harap2 dapat menyelamatkan diri pasal binatangku tiada bumbung. so dengan langkah kanan,(maksudnya kaki kanan atas brek motor) mula la mencilok2. kadang2 bangga bila dapat cilok2 sedangkan mereka2 masih lagi stuck disitu.(siapa soh rajin2 letak bumbung atas binatang tu)haha


okeh lepas cilok2, aku pun perasan apasal tak nampak kubur lagi? landmark untuk short cut ini adalah kubur okeh. bila dah agak2 memang tak ada kubur aku dah start menggelabah. nak2 hujan dah turun. so berenti la bawah pokok tepi jalan.(cis!!!) nasib minyak ni baru isi penuh semalam. pathetic giler dok bawah pokok dalam hujan.


sempat lagi berangan kot2 ada yang berenti bagi payung ka. bagi kereta ka. temankan sekali dok bawah pokok ka. padahal berangan nak hilangkan gelabah. aku dah sesat. what the fool?? sesat kat kuantan!!!

tak pasal2 15 minit untuk balik rumah tak perlu guna short cut kini dah jadi 1 jam lebih.


nak juga jadi sombong tak nak bertanya orang. kang dah jadi. perasan hidung tinggi la tu.


hari ini ikut jalan biasa. malas mencuba meneroka jalan baru dah.

Tuesday, June 14, 2011

kerja ini

tetiba teringat anuar zain. dulu bukan main tak suka aku dengan dia. lagi2 dulu tv suka la ulang tayang lagu dia yang tajuk "keabadian cinta". nyanyi macam nak feel lebih. dah tu macam orang baru bangun tidur je. senang cerita cukup2 menyampah

tapi itu dulu. sekarang bila dah kenal erti cinta macam semua lagu ditujukan untuk aku. lagi2 lagu "sedetik lebih". dibuai2 mimpi.

baru aku faham kalau benci jangan benci lebih2 kalau sayang jangan sayang lebih2.

ok move on!

tapi lately bila dah putus cinta aku nak start tak suka anuar zain balik. kenapa lagu2 dia sering je macam senasib dengan aku. adakah nanti calon akan datang ada iras anuar zain?? kalau tak iras pun harap2 suara macam anuar zain pun kira lepas lah. kan?

Thursday, June 9, 2011

musim mencari rezeki

assamualaikum

hye everibodi! good condition or not? if not then be good lah. why put bother in yourself to be not in good condition? hailah.

musim bekerja amat seronok jika diberi sentuhan dalam bahasa ibunda. cuma kadang2 starting harus diluahkan dalam bahasa kekanda.

ok. sekarang saya sudah mulai meluncurkan keringat demi sebuah rantaian kehidupan. ia bermaksud bila dah besar cepat2 tolong mak jangan sedap duduk tidur dan makan dan tengok spongebob dirumah dan kadang2 intai2 jejaka2 kampung yang pulang bercuti cuti semester nie. harus ingat umur sudah meningkat jadi tanggungjawab juga harus bertambah dan kena start belajar kerut2 kening masa bekerja

antara scope kerja yang patuh dipatuhi.

1) menjawab call.

seharusnya suara tidak semesti kena menggoda tapi disebalik suara mesti ada kerakusan untuk menarik pelanggan. butir2 perniagaan yang dijalankan harus diterangkan sejelasnya agar situasi perniagaan dikenal pasti oleh pelanggan yang berpotensi.

berpotensi disini bermaksud * harus mempunyai wang* jika anda ada wang maka anda adalah berpotensi menjadi pelanggan kami

pelanggan berpotensi (PB): HALLO... ini ada jual ******** (mumble version)?
pencari rezeki: hah?apa?
PB: sini tempat ada jual *******(mumble version yang agak2 jelas)?
pencari rezeki: apa? rabbit?maaf encik kami ni hearing aid centre.
PB: ada jual dry kit untuk hearing aid tak?
pencari rezeki:ohhh..ada.sila lah datang ke bla bla bla....

mumble version disebabkan oleh pendengaran si pencari rezeki yang agak terbatas. kesimpulan: PB tidak muncul2. mungkin agak terkecil hati dengan sikap pencari rezeki.

*dedicated to my office mate in ipoh. nanti saya akan calibrate my hearing ok tak.
*lain2 scope kerja akan di hapdate kemudian disebabkan masa terbatas.(nak pukul 5 dah oii)