Friday, January 27, 2012

HambaMu

Tajuk entry adalah berdasarkan lagu yang saya mainkan berulang2 yang bertajuk HambaMu oleh Akhil Hayy and Mawi!! Hai World!

Okey update terbaru saya adalah saya berjaya pulang ke kampung cuti raya cina baru2 ni. Yela baru2 ni kan cuti raya cina. Pulang ke kampung sangat bermakna sebab tidak perlu lagi ber tongue twist dan juga saya jadi tidak perlu menghafal resipi bila teng teng teng buka mata dah siap hidangan di dapur halaman.oh heaven!

Entry ni saya dedicate pada follower dan juga pada pembaca sekali imbas. Sekali imbas mungkin beliau akan berada disini untuk kedua kali imbas dan seterusnya. Saya juga nak beritahu saya selalu ingin masuk kedalam mesin pemutar masa dalam laci nobita jikalau wujud lah dan replay saat2 indah dalam kehidupan saya bersama anda.ye anda!!sila lihat pada batang hidung anda dengan menjulingkan mata ditengah2 sekarang!

Saya juga ingin tegaskan bahawa saya sekarang sangat kehampaan dengan wang ringgit. atau mungkinkah wang ringgit hampa dengan sikap keborosan saya maka mereka mula menjauh, Tapi benda2 begini memang biasa terjadi di akhir bulan. Dear follower, jangan susah2 buat tabung" bersamamu Tomoko". Saya tak suka tapi jika ada cheque atas nama saya.ehem!!saya sangat suka.!!![pssst...Maybank ok?]

Siapa nak tengok pic terbaru saya??!!

Saya adalah seperti perwatakan Erra Fazira.ceteka ceteka.!

Tuesday, January 17, 2012

TONGUE TWIST

Hai semua. Bertemu lagi kita di alam maya.

Jadi hari ni hari selasa.Jadi kita akan bercakap pasal lidah pada hari selasa.

Disebabkan sekarang saya sudah bekerja di area KL, jadi saya mula mengubah dialek kelantan saya agar mudah difahami rakan2 yang berada di KL. rakan2 ni termasuklah patients, housmates, officemates, soulmate. Soulmate disini bermaksud calon2 yang nampak macam berkelayakan untuk menjadi soulmate.

Jadi saya fikir (fikir lagi..)~~ini membuktikan saya sentiasa berfikir untuk kemashalatan hidup.~~bertukar dialek adalah seperti memasak spageti oleh chef riz.senang!!

Tetapi keadaannya adalah seperti memasak gulai kawah campur asam jawa campur santan campur bunga kantan campur kacau2 sehingga empuk tunggu sehingga bergelegak dan eh ~~da tak ingat bahan apa lagi~~

Jadi ada beberapa scenario yang membuktikan ia adalah seperti memasak gulai kawah.

1) saya selalu di ejek suka makan tosei sebab selalu respon dengan word "toksei" as "taknak"

2) housemate saya meminta memberi kata2 semangat. Maka dengan semangat berkobar2 saya memberi semangat "koho kite rajin koho panda la nati". Housemate: koho?panda? eeee apa ni.....

3) tetiba malas nak taip.

ok tu saja. Selamat memasak gulai kawah.

Tuesday, January 10, 2012

Berfikir

Semalaman aku berfikir. My life is about same routine.

Jadi ia buat aku terfikir. kenapa? mengapa? kenapa aku berfikir begini. bukan ke semua orang ada rutin yang sama. Kerja dan balik dan makan dan menonton dan gelak2.

Jadi aku berfikir lagi. mungkin kah aku terlalu berfikir tentang rutin sampai terlupa menikmati setiap saat ketika berada dalam rutin tu.

Jadi aku come up dengan satu solution.

menikmati rutin itu

jadi aku tulis entry ini di waktu bekerja.

So i felt that i had rejoiced my routine ;)