Tuesday, January 17, 2012

TONGUE TWIST

Hai semua. Bertemu lagi kita di alam maya.

Jadi hari ni hari selasa.Jadi kita akan bercakap pasal lidah pada hari selasa.

Disebabkan sekarang saya sudah bekerja di area KL, jadi saya mula mengubah dialek kelantan saya agar mudah difahami rakan2 yang berada di KL. rakan2 ni termasuklah patients, housmates, officemates, soulmate. Soulmate disini bermaksud calon2 yang nampak macam berkelayakan untuk menjadi soulmate.

Jadi saya fikir (fikir lagi..)~~ini membuktikan saya sentiasa berfikir untuk kemashalatan hidup.~~bertukar dialek adalah seperti memasak spageti oleh chef riz.senang!!

Tetapi keadaannya adalah seperti memasak gulai kawah campur asam jawa campur santan campur bunga kantan campur kacau2 sehingga empuk tunggu sehingga bergelegak dan eh ~~da tak ingat bahan apa lagi~~

Jadi ada beberapa scenario yang membuktikan ia adalah seperti memasak gulai kawah.

1) saya selalu di ejek suka makan tosei sebab selalu respon dengan word "toksei" as "taknak"

2) housemate saya meminta memberi kata2 semangat. Maka dengan semangat berkobar2 saya memberi semangat "koho kite rajin koho panda la nati". Housemate: koho?panda? eeee apa ni.....

3) tetiba malas nak taip.

ok tu saja. Selamat memasak gulai kawah.

4 comments:

nadiah si kalut dan kelam kabut said...

Sejak2 jd org kl semakin hebat memasak siap bg resepi sebaris. Nak jd org kl jugaklah.

tomoko said...

haha..nama samaran tu sgt nad ok.
mehla hafal resepi sama2 sb sma2 dh jd org kl skang.kuikui

aim is ya hid ah said...

orang KL bila nak jumpa orang shah alam

tomoko said...

hi org shah alam.!!!~~xde idea nak jawab apa~~hehehe