Friday, March 23, 2012

Warna warni


Assalamualaikum everyone. Peace no war ok!

Sempena bulan ketiga tahun 2012 ini saya mahu anda semua makin bersemangat menempuh onak duri halangan dan juga ketidakpuasan jiwa kacau dan sebagainya. Sebab apa? sebab hidup ni ada warna warni. Tu pun nak cakap ke..

Mari kita sentap dengan berita ni.~~lari rumah ikot jantan dan buat drama macam diculik~~ itulah pasal suka tengok drama tanpa bimbingan. Budak2 macam ni kalau jumpa je terus lempang dua das, pasal dia tak kesian adik-adik dia yang trauma sebab tengok kakak diculik depan mata. Adoyaiii panjang akal pula budak ni buat drama..kalau lah kau panjang akal masa jawab esei PMR nanti ado jugak moleknya..

Sekarang ni musim bebudak perempuan gatal geletik ikot jantan ke hape hah? macam trend pulak. Bebudak sekarang tak sensitif ke perasaan reader newsfeed yang pergi kerja muka stress sebab fikir dunia sekarang makin bahaya dengan penculik sedang berleluasa padahal engkau yang merela hati buat drama. oooiii dik!!stress tau tak. Mahu jugak lempang tiga das kang..

Apa pun dik akak harap kes ni jadi turning point untuk awak jadi lagi matang. Apa kebenda nak hadap sangat jantan yang bukan suami kita tu dik. Banyak benda lagi dalam hidup selain couple dik oiii..keluarga ni jahat mana pun mereka tetap darah daging sendiri, ada apa dengan orang luar tu. Akak ni penah amik PMR, akak tahu la stress macamana..jangan buat drama sudah ler. Peace!

2 comments:

han.nan.ni said...

bekengnye kak ni.takut adik.hahaha

tomoko said...

maklumlaa akak ni mmg bekeng.adik jgn bt hal suda..haha